Manusia tak akan diuji dengan ujian yang beliau tidak mampu pikul

Assalamualaikum sekalian manusia hidup!
(erm,tentulah manusia hidup.kalau manusia mati macam mana dia mampu nak baca blog ini..perghh)

Sejak beberapa hari ini,Qur rasa letih sangat.Kurang vitamin C kot.
Entahlah.
Dan tadi,buat pertama kalinya,Qur tidur diri dalam MRT.
Entah macam mana entah Qur pun tak pasti.

Tadi,pelajar-pelajar menengah 3,4 dan 5 kena kutip derma.
Qur partner dengan Az,Syaiwa dan Nabzie.
Pendekkan cerita,kitorang kena station dekat Masjid Muttaqin.(kan?)
Qur dan Az diri di pintu belakang.

Alhamdulillah,cuaca tadi baik walaupun sedikit berangin.
Walaupun tangan lenguh dan pinggang tak boleh pusing,kitorang tak lah berpeluh sangat..





Yang sebenarnya,Qur malas nak update ni...
Maaflah ya kalau cerita membosankan...
Ni Husnul lah ni paksa Qur update.hahaha..gurau je. :D

Esok kena datang sekolah...
Ada rehearsal Student Leader.Kami,Student Leaders menengah 5 dah kena letak jawatan.
Nak kata sedih,ada juga..nak kata lega pun ada.

Lega sebab satu tanggungjawap dah letak.
Sedih sebab sudah 6 tahun Qur berkhidmat sebagai Student Leader.
Macam dah terjadi satu kebiasaan...
Ia telah jadi a part of Qur...

Ah.Pedulikan lah.Tak ada yang kekal selamanya di dunia ini.
Kawan,harta,orang yang disayang,pakaian,rupa,anggota,penglihatan...semua ini hanyalah sementara sahaja.
Maka bersyukurlah atas segala kenikmatan yang anda ada sekarang ini.

Baiklah.Sampai di sini sahaja.
Siyes Qur tak tau nak update apa lagi.
Assalamualaikum.

No comments