Semalam....

Assalamualaikum semua!

Semalam adalah hari jadi Taufiq (adik Qur) yang ke 14!
Yok nyanyi lagu sama-sama.

Ehem.
Selamat haaari jaaaadiiii.
Selamat haaari jaaaadiiii..
Selamat haaaaariiiii jaaaaaadiiii taufiiiiiiiiiiiq.
Selamat haaariii jaaadiiiiiii..

:D

Tapi Taufiq macam biasa,muka maintain... =.='
Sempena hari jadi dia,Qur pun masak special- PIZZA!
Pizza-pizza yang anda bakal lihat hanya boleh didapati di Qurqur's Restaurant.
Ia tidak boleh didapati di mana-mana cawangan pizza yang lain.
Terima kasih.








Sebenarnya,ada lagi dua jenis pizza,tapi tak sempat nak petik gambar.heh.
Makanan dah sedap-sedap(tak lah sedap mana pun.haha),presentation mestilah cantik juga.
Susun punya susun,jadilah macam ni...





Itulah cerita semalam...
Cerita hari ini pula?Hmmm...
Hari ini belum ada apa-apa sangat.
Kalau ada,insyaAllah esok atau lusa atau hari-hari yang akan datang nanti Qur kongsi ye? :)

Oh,pagi tadi,Qur bosan sekejap.
Jadi semasa ulangkaji maths sekejap,Qur TERlukis gambar ini...

Ye,Qur sedar lukisan Qur tak lah cantik mana..
Saje nak kongsi lukisan ni dengan semua pembaca blog. :)
Salam lebaran!

Assalamualaikum.

Hari Raya muncul lagi...

Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat yang tersayang. :)

Layankan lah mood Qur hari ini ye?
Entah kenapa..
Dari pagi tadi,bangun tidur,terus duduk atas katil dan tersenyum sorang-sorang.
eheh...

Hari ini,sepatutnya Qur kene pergi sekolah.
Tetapi memangdangkan kerja di rumah banyak lagi yang belum habis,Qur duduk rumah lah..
Kasihan tengok mak susah payah buat semua kerja.
Siapa lagilah harapan seorang ibu kalau bukan anak perempuannya??
Kehkehkeh

Kemungkinan besar Qur tak dapat nak update blog sangat selepas ni sebab O level dah dekaaaaaaat sangat.
Lagi 16 hari sahaja.
Makanya,sempena bulan Ramadhan yang dah nak tamat ni,dan bulan Syawal yang bakal tiba...
Boleh tak tolong doakan Qur agar Qur:-

1.rajin revise
2.tenang dalam bilik peperiksaan
3.ingat semua formula yang Qur hafal?

Heh.
Semoga antum semua dimurahkan rezeki dan selamat dunia&akhirat. :)

Nak hantar kad raya,terlupa nak beli stem.
Nak hantar SMS,banyak pakai duit.(inflasi!inflasi!)
Jadi,Qur telah pun meletakkn kad raya digital Qurcya di bulletin Friendster & MySpace. Siapa yang nak lihat,lihatlah. :)

Dan kepada sesiapa yang tak ada account Friendster atau MySpace,tak mengapa.
Qur akan bersikap kiasu hari ini dan postkan kad digital itu di sini. :D




Maaflah kalau terlampau simple.
Yang penting ialah niat di sebaliknya...

Semalam waktu buka,tetiba Qur tersentak.
Telinga Qur seakan tertangkap musik lagu yang Qur kenal sangat...
Bila kuatkan volume radio; lagu Doa Perpisahan...

Terus dengan penuh kekiasuan,Qur ambil handphone Qur dan tulis;
"bkk warna.lagu ni utk korang. :D"
lalu Qur send kepada rakan-rakan wanita Qur..(maaf tak sempat nak send pada yang lelaki..
Takut lagu habis.heh)

Yang sempat dengar cume 2 orang je.
Fatino dan SyairaH. haha..
Yang lain semua terlepas..Tak mengapa..

Raya tahun ni,agak menggembirakan sebab rumah dah dicat!
haha..
Bermacam-macam warna!
Ruang tamu warna biru.
Ruang makan warna coklat pucat dan beige kekuningan.
Ruang lepak warna hijau lime.
Bilik abang&adik-adik warna hijau.
Bilik mak bapak gabungan warna hijau tua,hijau muda dan ungu.
Bilik Qur pula,warna ungu!Dan mak belikan Qur cadar katil baru warna ungu gak!
Terima kasih mak. :)

Tetapi,Qur agak sedih sebab tahun ni ...
Qur tak dapat nak bake cookies. :(
haha.
Apa je Qur ni..
Tak dapat bake cookies pun sedih.
haha..tak mengapa.
Ini yang terbaik. :)

Eh,panjang berjela pula post Qur yang ni.
huhu..
Qur pergi dulu lah ya?


Selamat berbuka buat kali yang 2nd last!
Jangan lupa terawikh!Esok dah tak ada terawikh dah...
Selamat menyambut Hari Raya!
Assalamualaikum.

Cinta Pertama- FarEast

Mekar di kamar hati cinta pertama,
Engkau ciptaan seni idaman kasih.
Antara bibir tersiratnya pekerti,
Kelembutan yang mendamaikan jiwa.

Bermula kau di sini penentu bicara,
Kalam kebenaran tiada berdusta.
Dirimu berharga dari segala-galannya, (diri kita sendiri lah tu...)
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan.

Hadirlah cinta,cinta pertama.
Hadirlah cinta,cinta utama.
Sayangi diri ini cinta,cinta pertama.
Hati ini cinta,cinta pertama.

Tiada sia-sia menyintai diri,
Sempurna sejahtara.

-------------------------------------------------------------------------------

Cinta #1; Cinta kepada yang Maha Esa- Allah swt.
Cinta #2; Cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Cinta #3; Cinta kepada Ibu Bapa.

Tu yang basic.
Tapi yang paling penting,kita harus cintai diri kita sendiri.
Tak mungkin akan muncul perasaan cinta kepada yang lain sebelum kita menyintai diri kita sendiri.

Kita tak boleh terlalu fikirkan orang lain.Tu namanya selfless.
Fikirkan diri sendiri sahaja pun tak bagus.Tu namanya selfish.

Islam mengajar kita untuk lakukan semua dengan sederhana.
Maka janganlah terlalu fikirkan orang lain sampai diri kita bersedih.
Jangalah asyik terlalu menjaga hati orang sehingga hati kita hancur berderai.

Janganlah pula kita terlalu fikirkan diri sendiri sehingga yang lain disingkirkan.
Janganlah pula kita terlalu pentingkan perasaan sendiri sehingga mengecilkan hati orang lain.

Utamakan diri anda,tetapi ingatlah mereka yang tersayang.

Sekian,
Assalamualaikum.

Feels Good Doesnt It?

Assalamualaikum fellow readers.

Prelim results are out.
Honestly,i achieved worse than expected.
Honestly,im disappointed with the marks i get for my geography and languages.
I aimed higher...

But then again,perhaps,this is the best for me.
I found something in Atiqah Haizan's blog that i thought was very motivating.
It stated that;

If we were to supplicate to Allah,and He ansewered our suplication immedietely,that means He loves us.
If He ansewers it later,that means He's testing us.
If He doesn't answer at all,that means He has something BETTER planned for us.
Allah loves us.Never think bad towards Allah.Never assume that Allah hates you,because He doesnt.

So lets say we prayed hard,supplicated a lot and really studied hard for our prelims and our results are very very very disappointing,
To the extend that we want to give up and just get on with O levels without even trying,
To the extend that we label ourselves as stupid and worthless human being,
always remember that Allah is there for us,watching us.

So maybe my results are open windows for a new beginning.
For me to do even better.For me to try harder.
Nothing's free in this world.Seriously.We have to work hard.
And that's what i intend to do.
Work harder.Better.And be a stronger muslimah,mu'minah and student,insyaAllah...

Oh,im in love with this selawat at the moment. :D



That's about all for now.
Assalamualaikum.

Akan kumerinduimu...

Assalamualaikum semua!

SubhanAllah...
Tak rasa pun masa berlalu...
Tau-tau tengok kalendar dah 21 Ramadhan..
Dah pun 21 hari kita berpuasa kan?
Tinggal lagi 9 hari sahaja untuk kita berkejar untuk membuat ibadah di bulan yang penuh marghfirah dan barakah ini...




Esok pun dah mula sekolah selepas 2 minggu bersusah payah perah otak buat prelim dan 3 hari cuti rehat.
Kemungkinan besar,esok dah dapat markah prelim kot.
Nak kata seram tu,tak lah seram mana.Tapi rileks pun tak juga.
Entah apa perasaan Qur pun Qur tak tau.
heh.

Layout dah ubah lagi! :D
Maaflah ye..
Qur ni cepat sangat bosan dengan layout sendiri.
Apa nak buat..

















Eh,sabar.













Eh,wah,hidung Qur berdarah lah!
Hahaha..ingatkan hingus tadi.
Sekali kesat warna merah!Terkejut sekejap.
Hmm...ni mesti sebab panas dalam ni...Maklumlah,sejak bulan puasa ni,Qur kurang minum air jarang..
Jadi,selalulah bekalkan badan anda dengan kuantiti air jarang yang cukup agar badan sihat sejahtera! :D
Habis tisu ni berlumuran darah...tsk3...

.
.
.
.
.

Oh,ni gambar-gambar dari Iftar Menengah 5 Jumaat lepas.







Tu je..
Oklah,hari pun dah larut malam.
Esok sekolah.Qur tidur dulu ye?
Assalamualaikum.

Not For The Faint Hearted

Assalamualaikum semua.
Video ni,Qur jumpa dekat Youtube.com.
Mungkin ada yang dah tengok,ada juga yang belum.

Untuk sesiapa yang kuat semangat,tengok lah..
Untuk yang semangatnya agak lemah,jangan tengok waktu malam.
Qur tengok juga.Sekarang ni lampu satu rumah dibuka.
haha..
Memain je lah.



Macam mana?
Ada terkejut atau rasa seram semacam tak?
Yang buat effect dia lebih tu ialah background music.
Tanpa background music tu,gambar ni biasa je.

Jadi,tips untuk menonton cerita hantu,kalau nak tengok tapi takut,volume TV tu kecikkan atau mute terus.:)

Assalamualaikum

Alhamdulillah...

Assalamualaikum para pengunjung blog!
Alhamdulillah,tamat sudah prelim O Level kami..
Rasa macam ada sesuatu berat telah diangkat dari kepala,bahu dan otak.
Lega betul rasanya...

Tinggal tunggu resultnya aja..
Part ni yang lemah sikit ni.Tapi tak apa.Kita mesti hadapi kenyataan.

Masa buat kertas tadi punyalah ngantuk...
Tak tahan betul rasanya.
Sebab apa,malam sebelumnya,Qur tak boleh nak tidur.
Pukul 2 pagi baru boleh terlelap.Tu pun sekejap-sekejap terbangun..entah lah kenapa.
MRT pagi tadi pula sesak..
Dah lah tu,tak bawak beg jadi buku-buku Qur pegang di tangan sahaja..

Dekat kelas,tangan lenguh macam jelly.
Nak tulis pun menggigil.
Maaf lah ye Mr Ismail,tulisan buruk,tangan gigil. :D

Ni,Qurcya nak kongsi nasyid selawat ni dengan korang.
Sedap sangat.Syahdu dengar..kalau ikut kata orang Malaysia,memang layan dengar lagu ni.



Penyanyinya,Naim dari kumpulan Mirwana(dulu dari kumpulan Fareast),Syah dari kumpulan In Team,Salleh dari kumpulan Brothers dan Izzat dari kumpulan Mirwana.

Dengarlah.Tak rugi apa pun. :)

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

La Tahzan,terimalah kenyataan...

Assalamualaikum shahibi al muhibbah.


Pening betul kepala ulangkaji Human Geography...
Al maklum,dah lama tak revise..balik-balik baca geography yang lagi satu tu..(apa nama dia?lupa pulak tiba-tiba...)
Pokoknya,masa baca balik human geog tu,panik pun datang.
Banyak betul nak baca balik..

Sedang pening-pening tu,masa tengah geleng-geleng kepala dengan kononnya boleh hilang pening,Qur terpandang pula kat buku kuning kecik kat rak buku.
Buku La Tahzan.

Lama dah tak sentuh buku tu..

Buka mukasurat yang dilipat kemarin,Qur baca titlenye...
Jangan Bersedih,Hadapilah Kenyataan...

Dah baca semua tiba-tiba rasa hati ni tenang sangat.
Dah tak berkecamuk..
Kepala pun hilang pening.

Kadang-kadang,kita manusia ni,atas sebab yang remeh pun nak merungut kan?
Qur ingat masa dekat kem SanLat,ustaz Rizal ada cakap,antara pantang orang yang beriman ialah Pantang Mengeluh.

Kita semua mengeluh kan?
Ada ke yang berani kata dia sekali pun tak pernah mengeluh?
Siapa?Awak?Tak baik tipu bulan puasa ni... Jangan kata bulan puasa je,menipu tu dosa!
Astarghfirullah..
Haa..mengeluh kan?Dah agak dah...

Bila mak kata; amat,pegi kedai jap belikan tepung,mak lupa lah tadi...
Awak kata; sigh...ye mak..

Bila cikgu kata; ni saya beri kamu homework untuk buat time cuti...30 muka surat.
Awak kata; sigh...alaaaaahhhhh cikgu ni tak sporting ah...

Bila adik kata; kakak,buatkan adik milo boleh?
Awak kata; sigh,alah,pegilah buat sendiri!

Bila mak kata; ina,pegi kejut bapak tu,nak sahur ni...
Awak kata; alah,kena kejut ke???

Ada antara ayat-ayat ni yang familliar pada antum?
Kalau tak serupa pun,mungkin ada lah kena mengena jugak kan?
Itu perkara biasa..
Kalau perkara lagi besar lagi??

Bila markah ujian teruk; Tsk,belajar teruk-teruk sampai tak makan sebulan dapat markah macam ni???
Bila bergaduh dengan kawan; alah,teruk lah perangai dia tu!tak kawan dgn dia pun tak rugi.
Bila break/misunderstanding dengan kekasih; tsk,kenapa u macam ni?I tak faham lah...
Bila doktor kata kaki awak harus dipotong..???
Bila doktor kata awak tak akan hidup lama..???
Bila ada ahli keluarga/orang tersayang kita meninggal...???

Pastinya,perasaan berkecamuk.
Pastinya rasa seperti tak ada gunanya hidup.
Pastinya kamu akan merungut dan mengatakan hidup ini tidak adil.

Meh,Qurcya kongsi satu cerita dari buku La Tahzan ni...
"Saya mengenali seseorang yang putus tangan kirinya dari paras bahu akibat kemalangan yang menimpanya.
Ia masih hidup sampai sekarang,telah bernikah dan dikurniai zuriat.Ia boleh memandu kenderaannya dengan lancar dan melakukan pekerjaannya dengan sukacita,padahal Allah hanya memberinya satu tangan."
(actually,gambar kat atas tu Qur kaup je dari google..nak kasi kesan yang lebih mendalam.Heh.)

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang Allah telah berikan kepadamu,nescaya kamu menjadi manusia yang lebih kaya."(Al-Hadith)

Nilai insan yang mulia diukur dari keilmuannya,kedermawannya,kesabarannya dan aqalnya.
Hadapilah masalah atau kecelakaan dengan tenang dan sering mengingati Allah.

Firman Allah swt dalam Surah Al -Baqarah,ayat 155;
"...dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sungguh kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali.) "

Jadi,apa-apa pun yang terjadi,terimalah kenyataan...
Dan selalulah ingat bahawa setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya.
Jangan bersedih!(Qur remind diri Qur terutamanya..dan kepada sekalian pembaca blog yang Qur hormati..)

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,bulan yang pintu-pintu Syurga Allah dibuka,marilah kita merenung bersama atas setiap kecelakaan atau bencana yang menimpa kita,yang kita masih tak boleh terima...
Marilah kita bersama istirghfar bersama,dan lupakan hal lama itu.
Sesungguhnya hari esok adalah hari yang baru,dan semoga ia akan menjadi lebih baik insyAllah...





Qurcya ni,umur baru 17..O level pun belum tentu pass.
Bual macam betul je..








Terpulanglah kepada kamu.
Ni ditulis oleh Qurcya berdasarkan isi kandungan buku La Tahzan dan ada tambahan dari pendapat Qur sendiri...













Samapi di sini sahaja.
Assalamualaikum.

Mata Sakit

Assalamualaikum ahli-ahli blog!

Al kisah...
Lusa ada kertas prelim lagi 2 hari...
Al kisah...
Malam-malam buta ni Qurcya dok mencangkung atas kerusi buat layout baru...

Begitulah kisahnya...

Sebenarnya kan,Qurcya ada fikir nak share layouts Qurcya yang lama atau tak pernah gunakan pun dengan semua...
Manalah tau kot-kot ada yang nak gunakan kot..
Manalah tau kan?

Tetapi....
Dah malam sangat ni.Nanti lah ye,selepas prelim InsyaAllah,Qur humban banyak-banyak kat blog ni..jadi sesiapa nak gunakan,silalah...

Tetiba rasa macam nak kunyah sesuatu dari Delifrance pula...
Oklah,
Assalamualaikum. :)

Ini yang terbaik...

Assalamualaikum semua!
Rasanya baru semalam kelip mata,tau-tau bila bukak,dah pun hari Sabtu..
Dah pun 12 hari kita berpuasa...
Dah pun seminggu prelim...Tinggal lagi 4 kertas je..
Melayu1,Melayu2,geography2 dan Science. :D

Alhamdulillah...
Minggu depan pun ada iftar bersama rakan-rakan sec5!
Tak sabar rasanya.
Actually tak lah..boleh gak sabar...
heh.

Sebenarnya,Qur tak tau sangat apa nak cakap pagi ni..
Al maklum,hujan lebat kat luar..
Otak pun beku.
heh.

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum

Ingatlah kamu...

Assalamualaikum semua!

Kepada rakan-rakan Qur sekalian...
Ingatlah kamu...








Bahawa....









ESOK DAH MULA PRELIM!
Belajar rajin-rajin tau?
Jangan asek cakap:" tak apa..fail sama-sama."
Itu tidak memberi semangat langsung.

Kita seharusnya kata:"Yok pass sama-sama!"
Macam tu...Haa...

Maka marilah kita pass sama-sama insyaAllah dengan berkat bulan Ramadhan ni.
Belajar jangan tak belajar! :)

Assalamualaikum.

Ujian dilalui bersama

Assalamualaikum rakan,taulan dan sahabatku.

Yang sebenarnya,Qurcya tengah geram sesangat ni.
Ni lah ceritanya....
Sedang Qur browse videos dekat YouTube,ada lah satu video ni..(tak ingat pula video apa..)
Yang Qur ingat dia berkenaan dengan Islam.Tak silap video lagu nasyid.

Tak,Qur tak geram pasal video tu..
Yang membuat darah Qur meluap-luap ialah comments dekat video tu.
Ada kah patut sesorang ni letak comment yang merendahkan,meremehkan dan menghina Islam?
Sebak betul hati membaca...
Dari sedih,terus jadi geram sebab dia mentafsirkan ayat Quran di situ..
Dan tafsirannya tu SALAH.
Kalau kot kot ada yang blur pegi baca kan susah ...kesian orang tu...
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.Amin.
(moga doa diqabulkan di bulan Ramadhan ini..)

Ok,tolak cerita sedih tu ke tepi.
Prelim practical tadi alhamdulillah boleh tahan senang.
Haha..tapi masa tengah cari anion untuk substance yang diberi tu,
Ntah apa entah yang Qur buat,masa heating kan substance tu yang telah dicampur dengan acid dan aluminium foil,tetiba...

POOF!

Ada explosion kecik dekat-dekat mulut test tube tu.
Terkejut jugak mula-mula.
Tapi macam cool lah pulak explosion tu.
Tengah excited nak try lagi tetiba ada bayangan orang datang dari tepi...
Mr I rupanya...nampak macam tergesa-gesa.
Entah entah dia nampak explosion kecik Qur tu.
heh.
Niat nak try explosion untuk kali kedua pun dibatalkan...
Tapi Alhamdulillah,Qur dapat habiskan semua sebelum waktu tamat.
Tapi....

Pagi tadi,selepas sahur Qur tak tidur.
Jadi,dekat dalam lab tu,dalam pukul 4 lebih,mata Qur pun dah berat...
Sambil tunggu waktu habis,Qur tersengguk-sengguk.
Tetiba tenguk kat depan,Mr M sedang memerhati.
Oh paiseynya muka...haha.
Terus duduk tegak-tegak,eksyen-eksyen semak kertas jawapan.
Perghh.

Dah habis practical,Qur,Az dan Syaiwa singgah ke Masjid Sultan untuk menunaikan fardhu 'Asr.
Tengah jalan macam zombie masuk pintu gerbang masjid tu,ada pula pakcik ni panggil kitorang...
Ingatkan nak suruh tolong apa...
rupanya suruh ambil bubur lambuk..(kan?tu kan nama bubur masjid tu?)
tap tup tap tup,tau tau ada 2 container berisi bubur di tangan...
Alhamdulillah..dah rezeki.

Seusai sembahyang,singgah pula ke Zam Zam.
Hajat apa ke sana?
Beli murtabak lah! kehkehkeh.
Mak suruh...bukan Qur makan sorang...=.='

Dah tu,bounce lah pulak dari Marina Bay..nak tempat duduk punya pasal...
Kaki pun dah naik lenguh.Mata pun dah naik berat.
Alhamdulillah dapat tempat duduk.
Dari Marina Bay ke Yio Chu Kang,Qur terlelap.
Az kat sebelah kiri khusyuk main game Tower Blocks.
Kat kanan pula,Syaiwa.Duduk tak boleh diam...macam cacing kerawit.
Tengok dia sekejap,rupa-rupanya sedang main game Coaster Rush-sambil tersengih sendirian.
Biarkan....

Dah sampai Yishun kena turun lah pula...
Tak apa..Yishun ke Admiralty tak jauh mana pun.
Bila next train dah sampai,aduh....
Penuhnya macam nak meletup train tu.
Dah bukan macam tin sardin dah...dah macam tin gajah.

Jadi kitorang pun tunggulah next train nya...
Malangnya,next train pun sama penuh.
Atas sebab bosan,penat,letih dan mood tak tau apa,kami pun naik MRT patah balik ke Yio Chu Kang ,dan tunggu train di sana.
Ya,memang lah ni kerja yang membuang masa..Kita sedar...

TETAPI,train yang datang tu boleh tahan renggang.
Boleh lah selit-selit masuk...Alhamdulillah.
Sampai rumah pukul 7.
Siap-siap untuk buka 5 minit.
Duduk termenung depan meja makan 3 minit.
Tunggu laungan azan 1 minit.
Dah masuk waktu berbuka....
:D

Sekarang ni pula,Qur tak boleh tidur...
Entah mengapa,Qurcya pun tak tahu...
Layan je lah mata ni...

Hai lah mata...kenapa tak mahu tidur?
Saya sedang merajuk ni...
Kenapa merajuk?
Sebab tadi petang saya hendak tutup berehat..tapi kamu memaksaku terbuka.
Eh,bukan salah saya..Kan ada practical exam tadi...
Itu bukan masalah saya.Pokoknya,sekarang saya merajuk dan tak mahu tutup.
Adoilah mata...tak kasihan kah pada saya?
Peduli apa!
Tsk,Ok ok.nanti lepas sahur kita rehat ya?
......






Erm...






*creekcreek*







Qur pergi cari makanan dulu ya?Lapar pula perut.
Assalamualaikum.

Health Tips For Ramadhan

Assalaamualaikum readers!
Well,as i was browsing through the net,i found this article which i think is very beneficial to all.I found it on pinkislam.net.(its a muslimah site..)

Read on if you want to stay healthy and fit throughout the month of Ramadhan!

Consume Slow Digesting Foods
Slow digesting food includes fibre containing-foods.
These foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.

Slow-digesting foods are foods that contain: grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, wholemeal flour, unpolished rice, etc. (called complex carbohydrates).

Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (called refined carbohydrates).

Fibre-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains and seeds, vegetables like green beans, peas, spinach, and other herbs like methie, the leaves of beetroot ,fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc..

The foods eaten should be well balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods are unhealthy and should be limited. They cause indigestion, heartburn, and weight problems.

Avoid
-Fried and fatty foods.
-Foods containing too much sugar.
-Over-eating especially at sahur.
-Too much tea at sahur. Tea makes you pass more urine taking with it valuable mineral salts that your body would need during the day.
-Smoking cigarettes. Smoking is unhealthy and one should stop completely.

Eat
Eat complex carbohydrates at sahur so that the food lasts longer making you less hungry. Dates are excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium and magnesium. Almonds are rich in protein and fibre with less fat. Bananas are a good source of potassium, magnesium and carbohydrates.

Drink
Drink as much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.

Here are some common illness during Ramadhan.

Constipation
Constipation can cause piles (haemorroids), fissures and indigestion with a bloated feeling.
Its caused by too much refined foods, too little water and not enough fibre in the diet.
Remedy: Avoid excessive refined foods, increase water intake, and use bran in baking, brown flour when making roti.

Lethargy ('low blood pressure')
Excessive sweating, weakness, tiredness, lack of energy, dizziness, especially on getting up from sitting position, pale appearance and feeling faint are symptoms associated with "low blood pressure". This tends to occur towards the afternoon.
Caused by too little fluid intake, decreased salt intake.
Remedy: Keep cool, increase fluid and salt intake.
Caution: Low blood pressure should be confirmed by taking a blood pressure reading when symptoms are present. Persons with high blood pressure may need their medication adjusted during Ramadan. They should consult their doctor.

Headache
Caused by caffeine and tobacco-withdrawal, doing too much in one day, lack of sleep, hunger usually occurs as the day goes by and worsens at the end of the day. When associated with "low blood pressure", the headache can be quite severe and can also cause nausea before Iftar.
Remedy: Cut down caffeine and tobacco slowly starting a week or two before Ramadan. Herbal and caffeine-free teas may be substituted. Reorganise your schedule during the Ramadan so as to have adequate sleep.

Low Blood Sugar
Weakness, dizziness, tiredness, poor concentration, perspiring easily, feeling shaky (tremor), unable to perform physical activities, headache, palpitations are symptoms of low blood sugar.
Causes in non-diabetics: Having too much sugar (i.e. refined carbohydrates especially at suhur (sahur)). The body produces too much insulin causing the blood glucose to drop.
Remedy: Eat something at sahur and limit sugar-containing foods and drinks.
Caution: Diabetics may need to adjust their medication in Ramadan, consult your doctor.

Muscle Cramps
Caused by inadequate intake of calcium, magnesium and potassium foods.
Remedy: Eat foods rich in the above minerals (e.g. vegetables, fruit, dairy products, meat and dates).
Caution: Those on high blood pressure medication and with kidney stone problems should consult their doctor.

Peptic Ulcers, Heart Burn, Gastitis and Hiatus Hernia
Increased acid levels in the empty stomach in Ramadan aggravate the above conditions. It presents itself as a burning feeling in the stomach area under the ribs and can extend up to the throat. Spicy foods, coffee, and Cola drinks worsen these conditions.Medications are available to control acid levels in the stomach. People with proven peptic ulcers and hiatus hernia should consult their doctor well before Ramadan.

Kidney Stones
Kidney stones may occur in people who have less liquid to drink. Therefore, it is essential to drink extra liquids so as to prevent stone formation.

Joint Pains
Caused by: during Ramadan, when extra shalat are performed the pressure on the knee joints increases. In the elderly and those with arthritis this may result in pain, stiffness, swelling and discomfort.
Remedy: Lose weight so that the knees do not have to carry any extra load. Exercise the lower limbs before Ramadan so that they can be prepared for the additional strain. Being physically fit allows greater fulfillment, thus enabling one to be able to perform salah with ease.You should always consult with your own personal doctor or healthcare provider for appropriate advice concerning your specific health needs and care during Ramadan.

That's all.I editted a few terms so as to make it more comprehendable.
Hope it helped you in surviving a better Ramadhan!
Assalamualaikum. :)

Ingatkah anda...???

Assalaamu'alaikum semua!

Tadi,masa balik dari tusyen,Qur nampak pulak satu budak kecik ni bersama mak dia...
Umurnya dalam 3/4 tahun gitu kot..
Mak dia sedang pilih kuih..kemungkinan untuk dihidang sewaktu berbuka puasa nanti..
Sedang asyik lihat budak tu,Qur terkenang pula semasa Qur kecik-kecik dulu...


Ingat tak masa kecik,
waktu bulan Ramadhan,mak kita menyuruh kita berpuasa walaupun setengah hari.
"Nah Koko Crunch.Kalau tak tahan baru makan ok?" kata mak.
Qur angguk dengan semangatnya.
Pukul 10 lebih kotak koko crunch tu dah kosong.
Batal puasa...


Ingat tak,mak bapak kita cuba bermacam cara untuk menyuruh kita puasa.
"Hmmm...KFC!" dengan semangatnya Qur join keluarga di meja makan untuk menikmati kelazatan ayam berempah tu.
"Eh,kan tak puasa.Tak boleh makan sama-sama.Pergi duduk sana dulu."Bapak kata.
Bila orang lain dah habis makan,Qur pun datang ke meja makan dengan harapan nak makan ayam KFC.
Malangnya dah habis...
A lesson learned.


Ingat tak,zaman kita tak faham lagi hukum hakam sewaktu berpuasa?
"Mak,adik dah batal puasa..."
"Kenapa?Adik makan ke?"
"Tak...Adik terbuang angin."

Sah sangat blur.

Itu semua zaman kecil,sewaktu kita tidak mengetahui apa-apa.
Sewaktu ilmu di dada masih sedikit sangat.
Sewaktu ibu bapa adalah tempat kita bertanya.

Sekarang,kami sudah besar.
Sudah tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.
Maka berpuasalah kamu.Dan janganlah mencari alasan untuk membatalkannya.
PUASA JANGAN TAK PUASA! :)

Tadi Qur baru terperasan result slip Qur.
(yeah,baru terperasan.Sibuk sangat lah beberapa hari ini..heh.)
Alhamdulillah, Qur dapat capai A utk subjek bahasa dan geografi.
Sains agak mengecewakan...C.
Maths pula...ehem....*coughcough*F.

Haha...ntah lah mana satu kertas ujiannya pun Qur tak tau.
Pokoknya,ini cuma mock test.
InsyaAllah Qur akan cuba lagi untuk prelim yang akan datang.
DOAKAN QURCYA YA? heh.(muka tak tau malu.)

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.