Alhamdulillah...

Assalamualaikum para pengunjung blog!
Alhamdulillah,tamat sudah prelim O Level kami..
Rasa macam ada sesuatu berat telah diangkat dari kepala,bahu dan otak.
Lega betul rasanya...

Tinggal tunggu resultnya aja..
Part ni yang lemah sikit ni.Tapi tak apa.Kita mesti hadapi kenyataan.

Masa buat kertas tadi punyalah ngantuk...
Tak tahan betul rasanya.
Sebab apa,malam sebelumnya,Qur tak boleh nak tidur.
Pukul 2 pagi baru boleh terlelap.Tu pun sekejap-sekejap terbangun..entah lah kenapa.
MRT pagi tadi pula sesak..
Dah lah tu,tak bawak beg jadi buku-buku Qur pegang di tangan sahaja..

Dekat kelas,tangan lenguh macam jelly.
Nak tulis pun menggigil.
Maaf lah ye Mr Ismail,tulisan buruk,tangan gigil. :D

Ni,Qurcya nak kongsi nasyid selawat ni dengan korang.
Sedap sangat.Syahdu dengar..kalau ikut kata orang Malaysia,memang layan dengar lagu ni.



Penyanyinya,Naim dari kumpulan Mirwana(dulu dari kumpulan Fareast),Syah dari kumpulan In Team,Salleh dari kumpulan Brothers dan Izzat dari kumpulan Mirwana.

Dengarlah.Tak rugi apa pun. :)

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

No comments