Hari Raya muncul lagi...

Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat yang tersayang. :)

Layankan lah mood Qur hari ini ye?
Entah kenapa..
Dari pagi tadi,bangun tidur,terus duduk atas katil dan tersenyum sorang-sorang.
eheh...

Hari ini,sepatutnya Qur kene pergi sekolah.
Tetapi memangdangkan kerja di rumah banyak lagi yang belum habis,Qur duduk rumah lah..
Kasihan tengok mak susah payah buat semua kerja.
Siapa lagilah harapan seorang ibu kalau bukan anak perempuannya??
Kehkehkeh

Kemungkinan besar Qur tak dapat nak update blog sangat selepas ni sebab O level dah dekaaaaaaat sangat.
Lagi 16 hari sahaja.
Makanya,sempena bulan Ramadhan yang dah nak tamat ni,dan bulan Syawal yang bakal tiba...
Boleh tak tolong doakan Qur agar Qur:-

1.rajin revise
2.tenang dalam bilik peperiksaan
3.ingat semua formula yang Qur hafal?

Heh.
Semoga antum semua dimurahkan rezeki dan selamat dunia&akhirat. :)

Nak hantar kad raya,terlupa nak beli stem.
Nak hantar SMS,banyak pakai duit.(inflasi!inflasi!)
Jadi,Qur telah pun meletakkn kad raya digital Qurcya di bulletin Friendster & MySpace. Siapa yang nak lihat,lihatlah. :)

Dan kepada sesiapa yang tak ada account Friendster atau MySpace,tak mengapa.
Qur akan bersikap kiasu hari ini dan postkan kad digital itu di sini. :D




Maaflah kalau terlampau simple.
Yang penting ialah niat di sebaliknya...

Semalam waktu buka,tetiba Qur tersentak.
Telinga Qur seakan tertangkap musik lagu yang Qur kenal sangat...
Bila kuatkan volume radio; lagu Doa Perpisahan...

Terus dengan penuh kekiasuan,Qur ambil handphone Qur dan tulis;
"bkk warna.lagu ni utk korang. :D"
lalu Qur send kepada rakan-rakan wanita Qur..(maaf tak sempat nak send pada yang lelaki..
Takut lagu habis.heh)

Yang sempat dengar cume 2 orang je.
Fatino dan SyairaH. haha..
Yang lain semua terlepas..Tak mengapa..

Raya tahun ni,agak menggembirakan sebab rumah dah dicat!
haha..
Bermacam-macam warna!
Ruang tamu warna biru.
Ruang makan warna coklat pucat dan beige kekuningan.
Ruang lepak warna hijau lime.
Bilik abang&adik-adik warna hijau.
Bilik mak bapak gabungan warna hijau tua,hijau muda dan ungu.
Bilik Qur pula,warna ungu!Dan mak belikan Qur cadar katil baru warna ungu gak!
Terima kasih mak. :)

Tetapi,Qur agak sedih sebab tahun ni ...
Qur tak dapat nak bake cookies. :(
haha.
Apa je Qur ni..
Tak dapat bake cookies pun sedih.
haha..tak mengapa.
Ini yang terbaik. :)

Eh,panjang berjela pula post Qur yang ni.
huhu..
Qur pergi dulu lah ya?


Selamat berbuka buat kali yang 2nd last!
Jangan lupa terawikh!Esok dah tak ada terawikh dah...
Selamat menyambut Hari Raya!
Assalamualaikum.

No comments