Ingatkah anda...???

Assalaamu'alaikum semua!

Tadi,masa balik dari tusyen,Qur nampak pulak satu budak kecik ni bersama mak dia...
Umurnya dalam 3/4 tahun gitu kot..
Mak dia sedang pilih kuih..kemungkinan untuk dihidang sewaktu berbuka puasa nanti..
Sedang asyik lihat budak tu,Qur terkenang pula semasa Qur kecik-kecik dulu...


Ingat tak masa kecik,
waktu bulan Ramadhan,mak kita menyuruh kita berpuasa walaupun setengah hari.
"Nah Koko Crunch.Kalau tak tahan baru makan ok?" kata mak.
Qur angguk dengan semangatnya.
Pukul 10 lebih kotak koko crunch tu dah kosong.
Batal puasa...


Ingat tak,mak bapak kita cuba bermacam cara untuk menyuruh kita puasa.
"Hmmm...KFC!" dengan semangatnya Qur join keluarga di meja makan untuk menikmati kelazatan ayam berempah tu.
"Eh,kan tak puasa.Tak boleh makan sama-sama.Pergi duduk sana dulu."Bapak kata.
Bila orang lain dah habis makan,Qur pun datang ke meja makan dengan harapan nak makan ayam KFC.
Malangnya dah habis...
A lesson learned.


Ingat tak,zaman kita tak faham lagi hukum hakam sewaktu berpuasa?
"Mak,adik dah batal puasa..."
"Kenapa?Adik makan ke?"
"Tak...Adik terbuang angin."

Sah sangat blur.

Itu semua zaman kecil,sewaktu kita tidak mengetahui apa-apa.
Sewaktu ilmu di dada masih sedikit sangat.
Sewaktu ibu bapa adalah tempat kita bertanya.

Sekarang,kami sudah besar.
Sudah tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.
Maka berpuasalah kamu.Dan janganlah mencari alasan untuk membatalkannya.
PUASA JANGAN TAK PUASA! :)

Tadi Qur baru terperasan result slip Qur.
(yeah,baru terperasan.Sibuk sangat lah beberapa hari ini..heh.)
Alhamdulillah, Qur dapat capai A utk subjek bahasa dan geografi.
Sains agak mengecewakan...C.
Maths pula...ehem....*coughcough*F.

Haha...ntah lah mana satu kertas ujiannya pun Qur tak tau.
Pokoknya,ini cuma mock test.
InsyaAllah Qur akan cuba lagi untuk prelim yang akan datang.
DOAKAN QURCYA YA? heh.(muka tak tau malu.)

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

No comments