La Tahzan,terimalah kenyataan...

Assalamualaikum shahibi al muhibbah.


Pening betul kepala ulangkaji Human Geography...
Al maklum,dah lama tak revise..balik-balik baca geography yang lagi satu tu..(apa nama dia?lupa pulak tiba-tiba...)
Pokoknya,masa baca balik human geog tu,panik pun datang.
Banyak betul nak baca balik..

Sedang pening-pening tu,masa tengah geleng-geleng kepala dengan kononnya boleh hilang pening,Qur terpandang pula kat buku kuning kecik kat rak buku.
Buku La Tahzan.

Lama dah tak sentuh buku tu..

Buka mukasurat yang dilipat kemarin,Qur baca titlenye...
Jangan Bersedih,Hadapilah Kenyataan...

Dah baca semua tiba-tiba rasa hati ni tenang sangat.
Dah tak berkecamuk..
Kepala pun hilang pening.

Kadang-kadang,kita manusia ni,atas sebab yang remeh pun nak merungut kan?
Qur ingat masa dekat kem SanLat,ustaz Rizal ada cakap,antara pantang orang yang beriman ialah Pantang Mengeluh.

Kita semua mengeluh kan?
Ada ke yang berani kata dia sekali pun tak pernah mengeluh?
Siapa?Awak?Tak baik tipu bulan puasa ni... Jangan kata bulan puasa je,menipu tu dosa!
Astarghfirullah..
Haa..mengeluh kan?Dah agak dah...

Bila mak kata; amat,pegi kedai jap belikan tepung,mak lupa lah tadi...
Awak kata; sigh...ye mak..

Bila cikgu kata; ni saya beri kamu homework untuk buat time cuti...30 muka surat.
Awak kata; sigh...alaaaaahhhhh cikgu ni tak sporting ah...

Bila adik kata; kakak,buatkan adik milo boleh?
Awak kata; sigh,alah,pegilah buat sendiri!

Bila mak kata; ina,pegi kejut bapak tu,nak sahur ni...
Awak kata; alah,kena kejut ke???

Ada antara ayat-ayat ni yang familliar pada antum?
Kalau tak serupa pun,mungkin ada lah kena mengena jugak kan?
Itu perkara biasa..
Kalau perkara lagi besar lagi??

Bila markah ujian teruk; Tsk,belajar teruk-teruk sampai tak makan sebulan dapat markah macam ni???
Bila bergaduh dengan kawan; alah,teruk lah perangai dia tu!tak kawan dgn dia pun tak rugi.
Bila break/misunderstanding dengan kekasih; tsk,kenapa u macam ni?I tak faham lah...
Bila doktor kata kaki awak harus dipotong..???
Bila doktor kata awak tak akan hidup lama..???
Bila ada ahli keluarga/orang tersayang kita meninggal...???

Pastinya,perasaan berkecamuk.
Pastinya rasa seperti tak ada gunanya hidup.
Pastinya kamu akan merungut dan mengatakan hidup ini tidak adil.

Meh,Qurcya kongsi satu cerita dari buku La Tahzan ni...
"Saya mengenali seseorang yang putus tangan kirinya dari paras bahu akibat kemalangan yang menimpanya.
Ia masih hidup sampai sekarang,telah bernikah dan dikurniai zuriat.Ia boleh memandu kenderaannya dengan lancar dan melakukan pekerjaannya dengan sukacita,padahal Allah hanya memberinya satu tangan."
(actually,gambar kat atas tu Qur kaup je dari google..nak kasi kesan yang lebih mendalam.Heh.)

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang Allah telah berikan kepadamu,nescaya kamu menjadi manusia yang lebih kaya."(Al-Hadith)

Nilai insan yang mulia diukur dari keilmuannya,kedermawannya,kesabarannya dan aqalnya.
Hadapilah masalah atau kecelakaan dengan tenang dan sering mengingati Allah.

Firman Allah swt dalam Surah Al -Baqarah,ayat 155;
"...dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sungguh kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali.) "

Jadi,apa-apa pun yang terjadi,terimalah kenyataan...
Dan selalulah ingat bahawa setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya.
Jangan bersedih!(Qur remind diri Qur terutamanya..dan kepada sekalian pembaca blog yang Qur hormati..)

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,bulan yang pintu-pintu Syurga Allah dibuka,marilah kita merenung bersama atas setiap kecelakaan atau bencana yang menimpa kita,yang kita masih tak boleh terima...
Marilah kita bersama istirghfar bersama,dan lupakan hal lama itu.
Sesungguhnya hari esok adalah hari yang baru,dan semoga ia akan menjadi lebih baik insyAllah...





Qurcya ni,umur baru 17..O level pun belum tentu pass.
Bual macam betul je..








Terpulanglah kepada kamu.
Ni ditulis oleh Qurcya berdasarkan isi kandungan buku La Tahzan dan ada tambahan dari pendapat Qur sendiri...













Samapi di sini sahaja.
Assalamualaikum.

No comments