Ujian dilalui bersama

Assalamualaikum rakan,taulan dan sahabatku.

Yang sebenarnya,Qurcya tengah geram sesangat ni.
Ni lah ceritanya....
Sedang Qur browse videos dekat YouTube,ada lah satu video ni..(tak ingat pula video apa..)
Yang Qur ingat dia berkenaan dengan Islam.Tak silap video lagu nasyid.

Tak,Qur tak geram pasal video tu..
Yang membuat darah Qur meluap-luap ialah comments dekat video tu.
Ada kah patut sesorang ni letak comment yang merendahkan,meremehkan dan menghina Islam?
Sebak betul hati membaca...
Dari sedih,terus jadi geram sebab dia mentafsirkan ayat Quran di situ..
Dan tafsirannya tu SALAH.
Kalau kot kot ada yang blur pegi baca kan susah ...kesian orang tu...
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.Amin.
(moga doa diqabulkan di bulan Ramadhan ini..)

Ok,tolak cerita sedih tu ke tepi.
Prelim practical tadi alhamdulillah boleh tahan senang.
Haha..tapi masa tengah cari anion untuk substance yang diberi tu,
Ntah apa entah yang Qur buat,masa heating kan substance tu yang telah dicampur dengan acid dan aluminium foil,tetiba...

POOF!

Ada explosion kecik dekat-dekat mulut test tube tu.
Terkejut jugak mula-mula.
Tapi macam cool lah pulak explosion tu.
Tengah excited nak try lagi tetiba ada bayangan orang datang dari tepi...
Mr I rupanya...nampak macam tergesa-gesa.
Entah entah dia nampak explosion kecik Qur tu.
heh.
Niat nak try explosion untuk kali kedua pun dibatalkan...
Tapi Alhamdulillah,Qur dapat habiskan semua sebelum waktu tamat.
Tapi....

Pagi tadi,selepas sahur Qur tak tidur.
Jadi,dekat dalam lab tu,dalam pukul 4 lebih,mata Qur pun dah berat...
Sambil tunggu waktu habis,Qur tersengguk-sengguk.
Tetiba tenguk kat depan,Mr M sedang memerhati.
Oh paiseynya muka...haha.
Terus duduk tegak-tegak,eksyen-eksyen semak kertas jawapan.
Perghh.

Dah habis practical,Qur,Az dan Syaiwa singgah ke Masjid Sultan untuk menunaikan fardhu 'Asr.
Tengah jalan macam zombie masuk pintu gerbang masjid tu,ada pula pakcik ni panggil kitorang...
Ingatkan nak suruh tolong apa...
rupanya suruh ambil bubur lambuk..(kan?tu kan nama bubur masjid tu?)
tap tup tap tup,tau tau ada 2 container berisi bubur di tangan...
Alhamdulillah..dah rezeki.

Seusai sembahyang,singgah pula ke Zam Zam.
Hajat apa ke sana?
Beli murtabak lah! kehkehkeh.
Mak suruh...bukan Qur makan sorang...=.='

Dah tu,bounce lah pulak dari Marina Bay..nak tempat duduk punya pasal...
Kaki pun dah naik lenguh.Mata pun dah naik berat.
Alhamdulillah dapat tempat duduk.
Dari Marina Bay ke Yio Chu Kang,Qur terlelap.
Az kat sebelah kiri khusyuk main game Tower Blocks.
Kat kanan pula,Syaiwa.Duduk tak boleh diam...macam cacing kerawit.
Tengok dia sekejap,rupa-rupanya sedang main game Coaster Rush-sambil tersengih sendirian.
Biarkan....

Dah sampai Yishun kena turun lah pula...
Tak apa..Yishun ke Admiralty tak jauh mana pun.
Bila next train dah sampai,aduh....
Penuhnya macam nak meletup train tu.
Dah bukan macam tin sardin dah...dah macam tin gajah.

Jadi kitorang pun tunggulah next train nya...
Malangnya,next train pun sama penuh.
Atas sebab bosan,penat,letih dan mood tak tau apa,kami pun naik MRT patah balik ke Yio Chu Kang ,dan tunggu train di sana.
Ya,memang lah ni kerja yang membuang masa..Kita sedar...

TETAPI,train yang datang tu boleh tahan renggang.
Boleh lah selit-selit masuk...Alhamdulillah.
Sampai rumah pukul 7.
Siap-siap untuk buka 5 minit.
Duduk termenung depan meja makan 3 minit.
Tunggu laungan azan 1 minit.
Dah masuk waktu berbuka....
:D

Sekarang ni pula,Qur tak boleh tidur...
Entah mengapa,Qurcya pun tak tahu...
Layan je lah mata ni...

Hai lah mata...kenapa tak mahu tidur?
Saya sedang merajuk ni...
Kenapa merajuk?
Sebab tadi petang saya hendak tutup berehat..tapi kamu memaksaku terbuka.
Eh,bukan salah saya..Kan ada practical exam tadi...
Itu bukan masalah saya.Pokoknya,sekarang saya merajuk dan tak mahu tutup.
Adoilah mata...tak kasihan kah pada saya?
Peduli apa!
Tsk,Ok ok.nanti lepas sahur kita rehat ya?
......






Erm...






*creekcreek*







Qur pergi cari makanan dulu ya?Lapar pula perut.
Assalamualaikum.

No comments