Berpautkan Iman,tenteram aman...

Assalamualaikum para penunjung blog!

Terus terang,rasanya tak ramai yang kunjung blog Qur ni sebab sekarang ni masih musim peperiksaan kan?
Qur pun masih dalam perjuangan O level lagi.Petang nanti ada kertas Physics...fuh,gabrah rasanya.Macam dah bersedia,tapi belum seratus peratus konfiden...
Doakan Qur ye?

Semalam Qur teman mak pergi Johor.Mak nak carik buku Hijab Sang Pencinta..Karya Ramlee Awang Murshid yang terbaru tu.
Nak biarkan mak pergi seorang diri,kesian pula.Takut juga kalau-kalau apa-apa terjadi...menyesal seumur hidup nanti.Na'udzubillah!

Usai membeli novel,kami jalan-jalan sekejap..hilangkan stress di kepala.heh.
Tengah toleh kanan,toleh kiri,mata Qur terpandang sesuatu.EH,macam kenal je..
Album FarEast yang terbaru. :D
Album ini mengandungi lagu-lagu hits kumpulan FarEast.Ada juga dua lagu baru iaitu Eksplorasi dan Harga Sekuntum Cinta.
Sedap lagu Eksplorasi tu.Kat playlist Qur di kanan tu ada.Dengar lah.Tak rugi pun. :)

Lagu yang lain termasuk Cinta Pertama,Nur Syahadah,Habil Dan Qabil,Al Hambra dan yang lain-lain. Tetapi,lagu Al Hambra di album ni lain pula dari yang Qur selalu dengar...mengapa ya?

Apa yang membuatkan kumpulan FarEast ni istimewa,ialah mereka memartabatkan lagu-lagu berunsurkan tarannum Al-Quran. Seperti di lagu Menanti di Barzakh,Ahlan Bina dan Eksplorasi tu. Memanglah best. Dulu Qur tak tau tentang ni. Abang Qur yang beritahu. hehe..
Dah lepas beli album tu,kami pun berjalan lagi..nak tunggu waktu orang dari Johor habis pulang kerja.Kalau tak kastam sesak nanti.
Sambil jalan-jalan,teringin pula nak beli novel baru...
Qur pun beli lah novel ini:-

Qur belum baca lagi.Jadi tak boleh nak buat review.heh.

Dah penat kaki membawa tuan,tuan pula menyeret kaki untuk pulang ke tanahair.(perghh,bukannya jauh mana pun Singapura dari Johor kan?)
Sampai Singapura,mak ajak singgah Sheng Shiong sekejap. Tetiba pula,Qur teringin nak makan coklat yang dalamnya ada inti yang seperti cecair..jadi bila gigit tu macam- mmmnyamnyam.

Tengah pusing-pusing rak coklat,ternampak pula seseorang yang sangat-sangat Qur kenal.
Aminah. huhu..Dia bersama maknya juga.Dua-dua sedang mencari coklat.Serupalah kita ye minah?Namanya pun kembar... huhu..(bukan kembar betul.Hari jadi kami jatuh pada tanggal yang sama. :D )

Dah puas pusing-pusing,baru kami pulang ke rumah dengan kaki yang sengal-sengal,minda yang lebih jernih,dan hati yang puas. kehkehkeh...
Lepas mandi terus sambung belajar.huhu.

Bailah,nak buat lagi sekali TYS physics tu.
Assalamualaikum. :)

No comments