kenangan bahgia bersamamu teman

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara...." Surah Al-Hujurat:10

Hari ini,selepas tamat waktu sekolah,Qur dan rakan-rakan sekelas tidak terus pulang.
Sebaliknya,kami berkumpul di kelas.
Mengapa? Hmm..kami sedang bersiap-sedia untuk persembahan hari graduation kami Jumaat nanti..
Apa persembahannya? Hehe..itu rahsia.


Tetapi waktu bersama teman-teman tadi cukup menggembirakan Qur.
Entah kenapa tetapi hati Qur sejuk melihat semua tertawa,tersenyum dan bergembira bersama.
Tidak ada pula yang bermasam muka,dan tidak ada juga yang bermurung bersendirian.

Walaupun tidak semua yang hadir,tetapi ianya cukup menghiburkan hati...
Kelihatan teman-teman Qur semakin akrab persahabatannya...
Syukur Alhamdulillah...
Semoga persahabatan kita diredhai Allah dan moga ia kekal ke akhirat kelak insyaAllah.. amin.

Hmm..dengar khabar,tahun ini,kami akan mempunyai yearbook kan?
Kalau tak silap,para ahli kelab journalism akan membuatnya.
Interesting....

Eh,ada cerita Jurassic Park lah di TV.
Nak join sekaki lah tengok.Bukannya hari-hari dapat tonton TV.
hehe..
Assalamualaikum.

No comments