We Are Now Ex Irsyadians

Assalamualaikum semua.

Semalam adalah hari yang penuh kenangan manis pada Qur.
Awal sekali,Qur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru atas segala yang telah disumbangkan untuk kami.Juga atas ilmu yang telah dikongsi selama ini.
Bak kata-kata Aqilah;"dari masa saya bodoh,sampai saya jadi kurang pandai..."
Jasamu akan ku kenang selalu.

Kepada juniors yang tersayang,terima kasih kerana sudi bergambar.haha.
dan terima kasih juga atas ucapan-ucapan dan pelukan mesra yang diberi. :)

Kepada kawan-kawan sedarjah,terima kasih atas kenangan indah yang telah kamu semua berikan pada Qur sepanjang 11 tahun di Irsyad.Akan Qur ingat kamu semua dalam doa Qur.

Kepada rakan-rakan sekelasku,Sec5BlkB,yang tersayang,terima kasih kerana membuat kenangan Qur di Irsyad satu kenangan yang indah. Pahit manis telah kita lalui bersama.
Suka duka kami lalui.. Titisan air mata dan gelak ketawa telah kami kongsi bersama...
Semoga kenangan ini tidak luput dari ingatan.
Kenangan share bekalan makanan bersama di kantin..
Kenangan suap-menyuap...
Kenangan sharing session di kelas...
Kenangan semasa mukhaiyyam kami yang terakhir...

Kenangan tak bisa terpadam..
Oh,dan Qur harap kamu semua enjoy Farewell Video tu.
Maaflah tak seberapa...

Apa-apa pun,yang lalu tetap berlalu. Biarlah ia kekal sebagai memori indah kita bersama.
Yang penting ialah waktu hadir ini,dan juga yang akan datang. Our present and future.
O level lagi 4 hari sahaja...Jangan lupa ulangkaji! :)

InsyaAllah,di Prom nanti,kita akan bersua dan bergambar bersama-sama lagi ya?
Akan Qur nantikan hari itu...

Assalamualaikum.

No comments