Pejuang ingin makan angin

Assalamualaikum.

InsyaAllah,dalam lagi 5 jam nanti Qur akan berangkat ke Genting Highlands bersama keluarga.
Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan ya?

Jadi ,buat sementara waktu ni,blog ni akan dibiarkan berhabuk sekejap.hehe..
Siapa yang rajin,bersih-bersihkanlah blog ni dengan tag-tag di tagboard ye?
Jangan malu-malu! :D

Oklah.Nak rehat dulu.
Assalamualaikum.

Sombong

Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

Assalamualaikum saudara dan saudari seagama.
Artikal ini Qur petik dari iluvislam.com.
Sila klik di sini untuk melihat artikel yang penuh.


Ini beberapa petua (petua?) untuk mengelakkan sikap sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah.

Semoga peringatan kecil ini melekat di dalam hati kita insyaAllah.
Assalamualaikum.

Teruskan Perjuangan....

Assalamualaikum semua.
Nampak gaya,Qur tak boleh nak update blog ni sangat.
Nenek Qur jatuh sakit jadi mak Qur tolong jagakan kat rumah nenek.
Qur pula,ganti kerja mak kat rumah.
Yep.Qur part-time suri rumah (in training). Kuang3.
Tak ada gaji pun tak apalah...Yang penting adalah ilmu yang Qur dapat,insyaAllah...

Doakan kesihatan nenek Qur ye?
insyaAllah...

Assalamualaikum.

Buat bekal dunia akhirat...

Assalamualaikum.
Petang semalam Qur teman mak ke sekolah untuk ambil result slip PSLE Luqman.
Terasa sedih melihat keadaan sekolah yang kini 'botak'.huhu..
11 tahun di bangunan tu...
11 tahun yang penuh dengan kenangan...
Aduh...kenangan...

Qur ingin ucapkan tahniah kepada adik Mus'ab kerana mencapi markah tertinggi dalam PSLE antara madrasah-madrasah di Singapura.
Dan juga kepada mereka yang mendapat tempat Top 10.
Antara yang Qur ingat adalah Nadhirah Razak dan anak Mr Najib,Fatimah.
TAHNIAH! :)

Dan tahniah juga kepada yang lain-lain. :)
Alhamdulillah,semuanya lulus.
Luqman pun lulus,alhamdulillah.
Markahnya lebih dari sangkaan Qur.huhu..tak disangka-sangka...

Terserempak juga dengan guru-guru yang sangat Qur rindu.
Mdm Surianah,Ustazah Rohana,Cikgu Zul,Mr Rahmat,Mdm Baizah,Mr Ismail,Ustaz Badrul,Mdm Faezah dan Mr Muneer.
Ustaz 'Alaina pun ada tapi tak sempat nak tegur.huhu..

Sempat juga berbasa-basi dengan mereka.
Ustazah Rohana kata,minggu depan result STE keluar. Semoga berjaya! :)
Cikgu Zul pula kata,hari Selasa nanti sekolah tu dah kosong.
Tadi pun Qur tengok barang-barang dah dimasukkan dalam kotak.
Dan dua buah lori sebesar bilik Qur ada di carpark blk B.
Dah nak kena hantar ke bangunan baru lah tu kot.

Oh,tadi Qur nampak Awang!haha
Awang si anak kucing.hehe
COMEL SANGAT!!!
Macam nak bawak balik!Malangnya,bapak Qur tak minat kucing.
kuang3.

Sempat juga Qur jenguk dalam kelas Qur- Sec5BlkB.
Macam nak terketawa pun ada..
Kelas dah botak licin!huhu.
Bukan kerusi meja aja yang tak ada,whiteboard dan noticeboard pun lesap.huhu..

Ma'assalamah ya madrasati...

Alhamdulillah..lega rasanya bila dah dapat result Luqman.
Sekarang,Qur hanya menunggu result Qur pula.
Aduh,terasa kecut perut ni.tsk.

SubhanAllah,tak terasa begitu cepat masa berlalu.
Esok dah prom!huhu..
Alhamdulillah,semuanya dah siap.
Semoga Allah memberi kita semua kesihatan yang cukup untuk hadir pada hari itu,insyaAllah...

Dan minggu depan pula,insyaAllah,Qur sekeluarga akan ke GENTING HIGHLANDS!
hehe..Qur yang mintak.
Nak sangat ke sana.Abang kata best!huhu..
Sabar Qur,sabar...

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

Apa yang boleh dikatakan?

Assalamualaikum...

Qur dapat award.hehe..
(tak tahu pula macam mana nak buat muqadimah blog hari ni. hehe)

Haha..ini dia.Best Blogger Award yang dihadiahkan oleh Kak Afzan.
Terima kasih kak. :)
Alhamdulillah,ada juga orang yang sudi berikan award pada blog Qur yang cukup tak sempurna ni.
Siap ada flag Malaysia lagi..huhu.
Tak apalah... InsyaAllah Qur pun bakal jadi rakyat Malaysia.

Huh?Tak..Qur tak pindah sana..
Tapi Qur nak belajar kat sana...InsyaAllah kalau ada rezeki,Qur nak sambung belajar di KUIS.
Doakan O level Qur pass ye?kalau Qur gagal,tak dapatlah nak belajar di negeri jiran ni..
Jangan kata negeri jiran,negeri sendiri pun tak boleh.huhu..

Sekali lagi,terima kasih kak Afzan. :D

Bila dapat award ni,Qur terfikir pula..
Kenapa sebenarnya Qur ada blog ye?

Apakah ia untuk Qur ceritakan kisah hidup Qur?
Siapa yang nak baca?
Apakah ia untuk Qur kongsi ilmu Qur yang belum cukup ni?
Ada ke yang nak dengar?

Pernah Qur fikir nak delete blog ni.
Fikir punya fikir,Qur fikir tak usah nak fikir-fikirkan sangat- takut jadi fikiran.Kan susah kene fikirkan tu semua.huhu..
Maka Qur pun lepaskan fikiran Qur di awang-awangan...

Dan sekarang,Qur pun dah ketandusan idea untuk berbual.
Sekian,
Assalamualaikum

Demi cinta yang suci


Kitab Cinta Yusuf,Zulaikha oleh Taufiqurrahman al-'Azizy.
Namanya pun Kitab Cinta.Tentunya isinya pun tentang cinta.

Pada pendapat Qur,isinya memang bermanfaat.
Ia mengajar kita tentang cinta yang dibenarkan dalam islam.
Cinta yang suci yang tidak mengikut nafsu semata-mata.

Selain itu,ciri-ciri pada watak ini..SubhanAllah...sangat mengkagumkan.
Sayangnya,ia hanya watak buku semata-mata.huhu..

Selain tu,penulis ini bijak menghidupkan watak-watak dalam buku ini.
Tika watak itu sedih,Qur pun sedih..
Waktu dia marah,Qur pun mula mengomel sorang-sorang.
Sewaktu dia gembira,Qur pun tersengih sendiri.
Macam orang tak siuman Qur baca buku ni.huhu..
Tapi insyaAllah Qur masih siuman sekarang. :D
Kepada mereka yang tak gemar membaca buku cinta,jangan baca buku ni.
Kerana memanglah isinya mengisahkan cinta Yusuf dan Zulaikha tu.
Secara umum,dari awal hingga akhir tentang cinta mereka.
Tetapi pengajarannya memanglah baik sangat.

Bahasanya ok..ditulis dalam bahasa Melayu..
Cuma ada beberapa salahcetakkan jadi kekadang baca ayat tu macam tak masuk akal..
Rupanya ejaan perkataan tu salah..
Jadi,pandai-pandailah betulkan ye?huhu

Qur sarankan mereka yang sedang dilamun cinta,telah dilamun cinta dan yang bakal dilamun cinta baca buku ni.
MEMANG bagus. :D

Sekian dari Qur,
Assalamualaikum

Untukmu Teman

Assalamualaikum...

Tak ada apa-apa cerita sangat hari ini cuma Qur ada letak layout baru di bahagian ETC di atas tu.
Tapi Qur belum code lagi layout tu semua.
Kalau ada yang nak,(KALAU lah...) boleh tag atau beritahu Qur kalau Qur online.
Nanti Qur codekan,insyaAllah... :)

Baiklah,itu sahaja untuk hari ini.
Assalamualaikum.

Nilai yang tiada penghujung..

Assalamualaikum para pembaca setia. :)
Ingat tak lagi beberapa post yang lalu,Qur ada mengatakan bahawa Qur akan menulis post tentang sesuatu perkara?
Janji tetap janji.

Post ini,adalah tulisan dari benak fikiran Qur yang tak seberapa.
Andai ada keselahan atau kesilapan,harap diperbetulkan.
Sesunggunya Qur hanya seorang insan yang sentiasa membuat kesalahan.
Qur juga hanya masih seorang pelajar...

Gadis.
Wanita.
Perempuan.

Bila kita sebutkan perkataan-perkataan ini,tentu sekali kita akan membayangkan seorang wanita yang berbudi,tulus,mulus,sopan dan santun.
Suaranya dibayangkan lembut bak sutera.
Kulitnya dibayangkan putih bak susu.
Senyumannya dibayangkan manis bak madu + gula + cokelat + gula-gula. (hehe..melampau betul Qur ni)
Gayanya dibayangkan tertib dan sopan.
Kata-katanya mulus dan berbunga....



"Gadis...
Menjadi gadis diumpamakan sekuntum bunga mawar yang indah,wangi dan lembut.
Jika seseorang mahu menghampirinya,menciumnya dan memetik tangkainya,maka dia seharusnya berhati-hati dengan duri-durinya....
Duri itulah yang setia menjaga sang mawar agar tidak mudah dipetik oleh tangan-tangan manusia. "



Qur terbaca kata-kata indah lagi benar ini dari buku Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha yang dikarang oleh Taufiqurrahman al-Azizy.
Qur mula berfikir tika membaca ayat-ayat itu.

"..mawar yang indah,wangi dan lembut."
Serupa seperti bayangan yang kita lakukan sebentar tadi kan?

"...Jika seseorang mahu menghampirinya..."
Seseorang ini tentu sekali ditujukan kepada sang lelaki yang selalu ingin menghampiri wanita...
Mereka ingin berkenalan,bertemu,menghampiri dan ada juga yang lebih dari itu ...

"..seharusnya berhati-hati dengan duri-durinya"
Apakah duri-duri kita,kaum hawa?

Pada pendapat Qur,duri kita adalah maruah dan harga diri.
Ketajaman duri kita bergantung pada kesungguhan kita menjaga maruah diri kita.


"Duri itulah yang setia menjaga sang mawar agar tidak mudah dipetik oleh tangan-tangan manusia"
Jika kita bersungguh-sungguh menjaga maruah dan harga diri,tentunya tak ada lelaki yang boleh menyentuh kita.
Tentu sekali maruah kita terpelihara dan terjamin keselamatannya.

Memang sebagai wanita,baik muslimah atau sebaliknya,kita seharusnya meletakkan nilai kita di tempat yang tinggi.Jagalah maruah dan harga diri ketika berkawan,berkenalan,bergaul dan sebagainya.

Sebaliknya,kalau kita lebih berserah kepada nafsu dan keinginan,maruah kita akan berkurangan dan jika tidak dipeliharanya,ia akan runtuh,gugur,hancur berkececai.Na'udzubillah!


"Gadis jenis ini seumpama bunga melati yang telah kehilangan duri. Melati yang telah gugur dari tangkainya dan diinjak-injak oleh kaki-kaki manusia. Kumbang juga tidak sudi untuk mendekati apatah lagi untuk hinggap merebut madunya."



Bunga ini,dengan rela hatinya menawarkan madunya kepada sang kumbang yang beterbangan di sekelilingnya.
Secara lazimnya,si kumbang yang sepatutnya hinggap ke bunga.
Bukan bunga yang memanggil-manggil menawarkan diri.
Dan tika hinggapnya kumbang itu kepadanya,dia dengan rela hatinya membiarkan madunya dicuri sang kumbang...
Hilanglah nilai sekuntum bunga yang harum itu...

Bunga jenis apakah yang ingin kita dibandingkan?
Bunga mawar yang cantik dan berduri?Yang terjamin keselamatannya dari tangan-tangan yang akan merosakkannya?
Atau bunga melati yang harum tetapi senang sekali kita pijak-pijak dan menghancurkan keindahannya?

Semoga entry yang tak seberapa ini menjadi sebuah renungan untuk kita semua,kaum hawa.
Doa Qur,semoga Allah kuatkan iman kita dan jauhi kita dari maksiat,penghinaan dah fitnah,amin.

Sekian,
Assalamualaikum.

SubhanAllah

Oh,5007 hits in 2 months. Interesting...


Assalamualaikum

Pejuang ingin berehat sebentar

Assalamualaikum all!

Well,it's been a while since i've posted an entry in English yeah?
So here i am.Posting in English. :)

Alhamdulillah,at 9am today,i officially ended my O level exams.
Overall,im contented with my papers,alhamdulillah.Though,i do expect really low marks for my maths.
I know and realise that i didnt perform well for my maths paper.
It all depends on fate,and the marker.

All that's left for me to do is pray for the best and be prepared for the worst.
*gulp*

Unfortunately though,one of my friends don't get to share the feeling of content,stress-free and happiness with me today...I feel so very sorry for her.
But what's done is done.We can't put back an egg yolk inside its shell once we break it out right?
I can only pray for her to be patient.

Things happen for a reason.We all know that but sometimes,it's just difficult to accept it.
Allah loves us.Naturally.Unless we turn away from Him and become munafiq or kafir.
He has written down our fate and everything is for our own good.
It's the best for us.

A baker knows his bread better than us.
An artist knows his work better than us.
Parents know their own child better than others.
Allah knows us better than we know ourselves,because it is He who created us.
Dare we question His choice?Astarghfirullah....

We should embrace every difficulty that comes in our way because it is Allah's way of showing His love for us.He wants us to be stronger,wiser and more patient.
He wants the best and only the best for us.

If we do feel sad,let the sadness be temporary.
Life's too short to fill it with sadness...Its a waste of time being sad.
You take time to cry,
time to think,
time to reminice,
time to recall the past memories....
Sadness is a waste of time.
And those who wastes are friends of syaitan. Na'udzubillah!
Be strong O my fellow brothers and sisters in Islam. :D

Let this be a reminder to me and everyone who reads this blog.

Being on that topic,i do get curious about who's been reading my blog..
Would it be ok to tag something everytime you read my blog?hehe.
Its very intriguing watching the number on my hits counter shoot up.
Its almost up to 5000 hits! SubhanAllah..

Well,that's all for now i guess.
Till next time .
Assalamualaikum.

Disuburi Benih Cinta yang Tersemai

Sedap lagu ni. Liriknya membawa makna yang indah sekali. :)

Secara Semulajadi...

Assalamualaikum.
Erm,post semalam tu,yang mengenai Tag tu,Qur dah delete atas sebab Qur ni,memang secara semulajadinya memang bersikap secretive.heh.
Jadi,kepada sesiapa yang dah terbaca isi tag tu,tahniah.
Yang tak sempat baca,nasiblah ye?hehe..

Erm,untuk yang sudah diTag oleh Qur,ni soalan2 nya.

» My Top 10 Most Favorite Foods ;

» 10 Things I Love Doing ;

» 5 Things I Love Doing When I'm EMO ;

» 5 Types of guys I Adore ;

» 5 Things I Love Doing When I'm Happy ;

» 5 Things I Wish To Happen ;

» My Top 5 Most Addicted playlist ;

» 5 Persons I Wish To tag ;
1. Nurulle
2. Dayah
3. Fifa
4. Izza
5. Faatinah

Selamat maju jaya! :D
Assalamualaikum

tabah hati menempuh cabaran

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,dah berminggu-minggu berjuang di medan peperangan yang tak berpeluru,Qur dah nak sampai di penghujungnya dah...
InsyaAllah,minggu depan adalah kertas O Level yang terakhir.
Qur boleh! hehe

Ok,memandangkan kertas yang terakhir adalah pada tanggal 11 November,Qur pun mengambil kesempatan yang sekejap ini untuk tukar layout Qur lagi.
(apa nak buat...secara semulajadi Qur ni memang cepat bosan. heh)

Dan,Qur pun sempat buat beberapa layouts tapi belum code lagi.
Qur akan letakkan gambar-gambar layouts itu di seksyen ETC di blog Qur ni.
Silalah tekan link ETC di atas tu kalau nak tengok-tengok atau nak gunakan.
Kalau ada yang berkenan,tag lah Qur untuk dapatkan codes nye ye?

Dan sebelum datang sebarang persilisihan faham,Qur nak nyatakan bahawa Qur tak boleh nak ambil request untuk membuat layouts.
Qur hanya akan buat mana yang Qur ingin,minat dan mampu.
Maaf ya?

Baiklah,sampai di sini sahaja.
Assalamualaikum.

Ingin aku kembali kepada fitrah insani

Assalamualaikum sekali lagi.
Qur singgah ke blog Kak Afzan sebentar tadi dan Qur terbaca sebuah cerita yang cukup menyedarkan diri ini.
Qur harap anda meluangkan beberapa minit untuk membaca kisah yang pendek ini.



Dunia & wanita berpurdah

Suatu kisah...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.
Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya.

"Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?" Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku.

Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.

Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu.

Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur."Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.

Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya.

Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh, " kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Di dalam kuburmu. Mari... Mari...!" Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

---- --------- --------- ---------

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.'
Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "

Na'udzubillah...
Semoga kita semua insaf dan sedar akan kelekaan kita di dunia yang sementara ini.
Semoga Allah jadikan kita antara hamba-hambanya yang dijauhi perasaan al-wahn itu,amin.

Sekian,
Assalamualaikum

CBOX PICTURE TUTORIAL

Assalamualaikum.

Ok. Ini dia tutorial untuk meletakkan gambar avatar anda di Cbox.
take note: FOR CBOX USERS ONLY. :)

Langkah 1
Baiklah,untuk meletakkan gambar,sila ke laman web tinypic.com.
Di situ nanti,uploadlah gambar yang kamu ingin letakkan di tagboard tu.
Di coloumn Resize, biarkan sebagai Default sahaja.
Selepas itu,klik UPLOAD.
Skrin anda haruslah seperti sedemikian. (klik gambar)

Langkah 2
Sesudah itu,copy code yang terdapat di kotak Direct Link For Layouts.


Itu code anda.Jangan hilangkan!

Langkah 3
Pergi ke laman cbox.ws dan login ke account anda.
i) klik OPTIONS
ii)klik POSTING OPTIONS


Langkah ini adalah yang paling penting.
Anda harus pastikan di Message Options,anda sudah meletakkan tick di kotak ALLOW AVATAR.

Akhir sekali,untuk meletakkan gambar itu di Cbox anda, pastekan code tadi (dari Langkah 2) di kotak email/url.



Kalau anda telah mengikut setiap langkah di sini dengan tertib,insyaAllah semuanya OK. :)
SELAMAT MENCUBA! :D

Assalamualaikum

senggugut

LAGU FAR EAST BEST!
muka tam mcm azwan far east

Assalamualaikum