Apa yang boleh dikatakan?

Assalamualaikum...

Qur dapat award.hehe..
(tak tahu pula macam mana nak buat muqadimah blog hari ni. hehe)

Haha..ini dia.Best Blogger Award yang dihadiahkan oleh Kak Afzan.
Terima kasih kak. :)
Alhamdulillah,ada juga orang yang sudi berikan award pada blog Qur yang cukup tak sempurna ni.
Siap ada flag Malaysia lagi..huhu.
Tak apalah... InsyaAllah Qur pun bakal jadi rakyat Malaysia.

Huh?Tak..Qur tak pindah sana..
Tapi Qur nak belajar kat sana...InsyaAllah kalau ada rezeki,Qur nak sambung belajar di KUIS.
Doakan O level Qur pass ye?kalau Qur gagal,tak dapatlah nak belajar di negeri jiran ni..
Jangan kata negeri jiran,negeri sendiri pun tak boleh.huhu..

Sekali lagi,terima kasih kak Afzan. :D

Bila dapat award ni,Qur terfikir pula..
Kenapa sebenarnya Qur ada blog ye?

Apakah ia untuk Qur ceritakan kisah hidup Qur?
Siapa yang nak baca?
Apakah ia untuk Qur kongsi ilmu Qur yang belum cukup ni?
Ada ke yang nak dengar?

Pernah Qur fikir nak delete blog ni.
Fikir punya fikir,Qur fikir tak usah nak fikir-fikirkan sangat- takut jadi fikiran.Kan susah kene fikirkan tu semua.huhu..
Maka Qur pun lepaskan fikiran Qur di awang-awangan...

Dan sekarang,Qur pun dah ketandusan idea untuk berbual.
Sekian,
Assalamualaikum

No comments