Buat bekal dunia akhirat...

Assalamualaikum.
Petang semalam Qur teman mak ke sekolah untuk ambil result slip PSLE Luqman.
Terasa sedih melihat keadaan sekolah yang kini 'botak'.huhu..
11 tahun di bangunan tu...
11 tahun yang penuh dengan kenangan...
Aduh...kenangan...

Qur ingin ucapkan tahniah kepada adik Mus'ab kerana mencapi markah tertinggi dalam PSLE antara madrasah-madrasah di Singapura.
Dan juga kepada mereka yang mendapat tempat Top 10.
Antara yang Qur ingat adalah Nadhirah Razak dan anak Mr Najib,Fatimah.
TAHNIAH! :)

Dan tahniah juga kepada yang lain-lain. :)
Alhamdulillah,semuanya lulus.
Luqman pun lulus,alhamdulillah.
Markahnya lebih dari sangkaan Qur.huhu..tak disangka-sangka...

Terserempak juga dengan guru-guru yang sangat Qur rindu.
Mdm Surianah,Ustazah Rohana,Cikgu Zul,Mr Rahmat,Mdm Baizah,Mr Ismail,Ustaz Badrul,Mdm Faezah dan Mr Muneer.
Ustaz 'Alaina pun ada tapi tak sempat nak tegur.huhu..

Sempat juga berbasa-basi dengan mereka.
Ustazah Rohana kata,minggu depan result STE keluar. Semoga berjaya! :)
Cikgu Zul pula kata,hari Selasa nanti sekolah tu dah kosong.
Tadi pun Qur tengok barang-barang dah dimasukkan dalam kotak.
Dan dua buah lori sebesar bilik Qur ada di carpark blk B.
Dah nak kena hantar ke bangunan baru lah tu kot.

Oh,tadi Qur nampak Awang!haha
Awang si anak kucing.hehe
COMEL SANGAT!!!
Macam nak bawak balik!Malangnya,bapak Qur tak minat kucing.
kuang3.

Sempat juga Qur jenguk dalam kelas Qur- Sec5BlkB.
Macam nak terketawa pun ada..
Kelas dah botak licin!huhu.
Bukan kerusi meja aja yang tak ada,whiteboard dan noticeboard pun lesap.huhu..

Ma'assalamah ya madrasati...

Alhamdulillah..lega rasanya bila dah dapat result Luqman.
Sekarang,Qur hanya menunggu result Qur pula.
Aduh,terasa kecut perut ni.tsk.

SubhanAllah,tak terasa begitu cepat masa berlalu.
Esok dah prom!huhu..
Alhamdulillah,semuanya dah siap.
Semoga Allah memberi kita semua kesihatan yang cukup untuk hadir pada hari itu,insyaAllah...

Dan minggu depan pula,insyaAllah,Qur sekeluarga akan ke GENTING HIGHLANDS!
hehe..Qur yang mintak.
Nak sangat ke sana.Abang kata best!huhu..
Sabar Qur,sabar...

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

No comments