Demi cinta yang suci


Kitab Cinta Yusuf,Zulaikha oleh Taufiqurrahman al-'Azizy.
Namanya pun Kitab Cinta.Tentunya isinya pun tentang cinta.

Pada pendapat Qur,isinya memang bermanfaat.
Ia mengajar kita tentang cinta yang dibenarkan dalam islam.
Cinta yang suci yang tidak mengikut nafsu semata-mata.

Selain itu,ciri-ciri pada watak ini..SubhanAllah...sangat mengkagumkan.
Sayangnya,ia hanya watak buku semata-mata.huhu..

Selain tu,penulis ini bijak menghidupkan watak-watak dalam buku ini.
Tika watak itu sedih,Qur pun sedih..
Waktu dia marah,Qur pun mula mengomel sorang-sorang.
Sewaktu dia gembira,Qur pun tersengih sendiri.
Macam orang tak siuman Qur baca buku ni.huhu..
Tapi insyaAllah Qur masih siuman sekarang. :D
Kepada mereka yang tak gemar membaca buku cinta,jangan baca buku ni.
Kerana memanglah isinya mengisahkan cinta Yusuf dan Zulaikha tu.
Secara umum,dari awal hingga akhir tentang cinta mereka.
Tetapi pengajarannya memanglah baik sangat.

Bahasanya ok..ditulis dalam bahasa Melayu..
Cuma ada beberapa salahcetakkan jadi kekadang baca ayat tu macam tak masuk akal..
Rupanya ejaan perkataan tu salah..
Jadi,pandai-pandailah betulkan ye?huhu

Qur sarankan mereka yang sedang dilamun cinta,telah dilamun cinta dan yang bakal dilamun cinta baca buku ni.
MEMANG bagus. :D

Sekian dari Qur,
Assalamualaikum

No comments