Sombong

Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

Assalamualaikum saudara dan saudari seagama.
Artikal ini Qur petik dari iluvislam.com.
Sila klik di sini untuk melihat artikel yang penuh.


Ini beberapa petua (petua?) untuk mengelakkan sikap sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah.

Semoga peringatan kecil ini melekat di dalam hati kita insyaAllah.
Assalamualaikum.

No comments