Layouts


NEWLY ADDED
MusimBunga Designs





Qurcya's Production Layouts


(best result with normal screen computers)









Leave a comment or tag if you want to use any of them. :)

Selangor

Assalamualaikum semua! :)
Qur summarise sedikit sebanyak apa yang terjadi semasa bercuti di Malaysia hari itu ya?

27 Disember,Sabtu
Pagi tu- Qur,mak & taufiq naik bas express dari Larkin,turun stesen bas Serdang.

Stesen Serdang- Tunggu kedatangan makcik Qur yang akan menumpangkan kami di rumahnya.

Sedang menunggu tu- Ternampak sesusuk tubuh yang agak familiar... Rupanya abang Azwan FarEast.
Terbeliak mata.hehehe. Tapi tak sempat petik gambar.Makcik Qur dah sampai.huhu.

Petang tu- Duduk bersembang bersama makcik di rumahnya sambil menunggu masuk waktu Marghrib.

Usai sembahyang- Kami bersiap-siap untuk ke Gig Nasyid yang kebetulan ada di Serdang tu.

Di gig tu- Muslimah tak ramai.Tapi mereka semua peramah sangat. :)

Beberapa minit kemudian- Kelihatan ahli kumpulan Varian masuk ke dalam bilik gig tu. Mereka duduk betul-betul sebelah Qur.huhu.Tapi sorang pun tak perasan. Mirwana tak dapat datang sebab abang Akmal balik kampung dan abang Naim baru je mendapat seorang lagi putera. Tahniah! :)

Gig tu- Alhamdulillah,Qur suka sangat sebab persembahannya semua mantap-mantap!
Yang Qur paling kagum sekali adalah kumpulan InTrackSee.Harmoni mereka best sangat!SubhanAllah... Ada juga satu kumpulan nasyid muslimah bernama SOFEA. Suara akak-akak tu pun best. :) Persembahan Varian pun tersangatlah best.Lebih-lebih lagi lagu Syahadah yang mereka buat sebagai opening performance mereka tu.




Tamatnya Gig- Gig tu habis agak lewat.Alhamdulillah rumah makcik Qur tak jauh dari tempat gig tu.Hanya selangkah dua je.huhu.. Sempat juga Qur bergambar dengan akak-akak kumpulan SOFEA dan abang-abang Varian. :D


Akak-akak ni peramah gak.Best je bual dengan dorang. :)

Malam tu- Susah nak tidur. Bukan sebab excited tapi sebab Taufiq tak boleh diam. Macam kera kena belacan. eheh.

28 Disember,Ahad
Pagi tu- Kami menunggu ketibaan bapak dan Luqman dari Singapura.

Tengahari tu- Bapak sampai dengan menaiki kereta. Qur,Taufiq dan Luqman keluar rumah dan petik gambar puas-puas sebelum meninggalkan rumah tu.






Petang tu- Kami ke rumah lagi seorang saudara di Bangi pula. Best.Ada buai. hehe. Selepas tu kami teruskan perjalanan untuk pulang ke tanahair..




(tengok cahaya matahari tu.Heart-shaped kan?SubhanAllah..)


Dalam pukul 7 gitu- Kami terpaksa berhenti berehat di sebuah hotel sebab jalan terlampau sesak.Bapak pun dah penat..kesian bapak..Alangkah baiknya kalau Qur dah ada lesen memandu..hehehe.

Di Hotel- Kami berehat sebentar di New York Hotel. Cantik juga hotel tu.Bersih dan luas. Yang paling best adalah tingkap bilik hotel tu. BESAR! huhu.


Malam tu- Kami menonton Vietnam vs Thailand di TV. Rasa tak puas hati bila Thailand dapat 1 gol. Penat terpekik terlolong,kami berhenti menonton dan terus tidur. penat uiii... huhu.

29 Disember,Isnin-Awal muharram.
Pagi tu- Usai membersihkan diri,kami menonton TV lagi sementara menunggu adik-adik mandi.
Semasa menonton Channel News Asia,Qur dapat tahu yang Vietnam menang bola. Lalu Qur terlompat keriangan. Jangan ditanya.

Siang tu- Usai sarapan pagi,kami ke stesen bas Larkin untuk menaiki 170 untuk pulang ke tanah air yang tercinta..hehe. Oh,kastam baru kat johor tu,cantik lah juga.Besar dan luas. Nak jalan pun penat.hehe.. Tapi oklah..tak lah teruk mana pun..huhu.


-------------------------------------------------------


Itulah summary cerita Qur.
Assalamualaikum.

Ma'al Hijrah

Assalamualaikum ya akhii wa ukhtii. :)

Alhamdulillah,bertemu juga kita dengan awal Muharram,tahun 1430H.
Semoga kita semua menjadi hambaNya yang lebih beriman,bertaqwa dan berjaya,insyaAllah.

Semoga Allah menguatkan lagi iman kita kepadaNya,
memberi kita kesihatan untuk terus beribadah padaNya,
memberi kita kesabaran yang cukup untuk menempuhi cabaran hidup yang tiada henti,
menenangkan hati dan jiwa kita di saat-saat yang tertentu
dan semoga kita semua berjaya insyaAllah di dunia yang sementara ini dan juga di akhirat kelak,insyaAllah.

Doa Qur,agar kita semua menjadi hambaNya yang jauh lebih baik dari tahun sebelumnya...

Sebenarnya,Qur baruuuuuu je pulang dari Malaysia ni.
InsyaAllah,seusai upload gambar-gambar dan video,Qur akan ceritakan tentang holiday Qur ke Malaysia buat kali kedua pada cuti Disember ni. :)

Assalamualaikum. :)

Ustaz Arab Berbual Melayu ;)

Assalamualaikum.

Ni,Qur nak kongsi satu video ni..
Dah lama gak Qur jumpa video ni..tetiba je rasa nak kongsi.

Ni video ustaz mesir yang fasih bual bahasa melayu tapi loghat kelantan.
Sungguh,terngangah mulut Qur masa pertama kali tengok video ni.
SubhanAllah...

Tak percaya?Haa,tengoklah sendiri.


Tutup mulut tu..nanti lalat masuk.


SubhanAllah...hebat kan?
Kalau ustaz tu boleh bual macam tu,kenapa kita tak boleh pula?
Semoga selepas menonton video pendek ni,kita lebih bersemangat untuk belajar bahasa arab,bahasa Al-Quran..insyaAllah...

Assalamualaikum.

What It Really Is

Assalamualaikum dear healthy readers!

Alhamdulillah,i woke up this morning,feeling much,MUCH better than yesterday.
My appetite was back (i lost my appetite yesterday.Didn't eat anything except 1/8 of a McChicken and few sips of chicken porridge) and i felt like eating lontong goreng.
So that's what mum's cooking at the moment.

Then as i was watching Early Edition on TV this morning,my stomach made an encore orchestra performance.
I drank some milk but everything seems...i don't know.. undigested?
Its like its all stagnant in there.

Then my giddy spells returned.Dad reminded mum to tell me to take lots of rest.
I will,insyaAllah.After posting this entry.

I was talking to Hudzy dearest this morning.Felt much brighter when i got to talk to her.
Then she asked me what has caused the stomach flu.
I told her the truth;
I don't know.
So,feeling curious,i googled it up and found this short article on Stomach Flu.



Stomach flu is an illness called gastroenteritis (gas-tro-en-tuh-rye-tus), which is usually caused by a virus. [ohh...]
Someone who gets gastroenteritis might have stomach cramps, nausea , throwing up, and diarrhea .[yep.dah kena dah..] He or she will probably feel pretty sick for a day or 2 but will then get better. [insyaAllah,amin. ]

There is no vaccine or cure for gastroenteritis.[yips!] If you have it, you'll want to rest until you feel better. [ahh..ok..] If you're throwing up, don't eat solid food.[lontong goreng...] Instead, sip fluids, such as water, or chew on bits of ice.

Your mom or dad also might give you an oral rehydration solution.That's a fancy name for those special fruit-flavored drinks and Popsicles that contain carbohydrates and electrolytes - stuff your body can get low on when you're dehydrated from diarrhea or throwing up.

Once you stop throwing up, drink more clear foods and drinks such as warm chicken broth, popsicles, and gelatin. When you start to feel better, try eating bland foods like toast, pretzels or crackers, bananas, and plain noodles. As your digestive system returns to normal, you can gradually go back to eating what you usually do.



So,that's what it really is.
Upon reading that,i really have to go rest right now.
Not feeling too good.
Assalamualaikum.

Stomach Flu

Assalamualaikum.

Baiklah,awal sekali,Qur nak cakap sorry kepada sesiapa yang telah di-tag tapi tak suka.
Lain kali Qur tak buat lagi k? :)

Stomach flu.
Qur kena.

Pepagi lagi,dalam pukul 6 lebih,Qur tersedar dari tidur dengan perut yang ber'orchestra'.
Qur ingatkan cuma lapar biasa je..sekali rasa mabuk sepuluh macam...
Lepas tu...

Qur termuntah.Alhamdulillah dalam bilik Qur ada beg plastik.Sempat juga Qur capai beg plastik tu..Kalau tak..huhu..
Lepas tu kan-
Hmm..i'll spare you the gory details lah ye? :)

Siang tu,mak teman Qur ke klinik.
Alhamdulillah,klinik dekat rumah Qur tu bukak walaupun hari ini public holiday.
Doktor kata,Qur kene something macam stomach flu...
Sebab selalunya orang yang sakit stomach flu ni kena demam..
Masa tu Qur belum demam lagi.

Dah balik rumah,usai makan ubat,Qur rehat lagi.
Bangun rehat je,Qur demam.
Sah lah tu Qur kena stomach flu.

Dah lama tak sakit ni... Merana sekejap.
Tapi Qur teringat ayat لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا. Terus tak jadi merana.
Qur pasti,ada hikmah disebalik penyakit Qur ni.

Sekarang ni,Qur tak ada selera nak makan.
Doktor kata,Qur kena makan makanan yang cair2 seperti bubur...
Dia pun suruh Qur minum air garam.
Hehe,bukan air laut tapi isotonic drink seperti 100 plus,h-two-o dan yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah,sekarang ni,demam Qur dan beransur pulih.Perut pun dah ok sikit.
Cuma mabok ni je yang tak hilang lagi....
Doakan kesihatan Qur ye?insyaAllah...

Baiklah,di sini sahaja untuk hari ni.
Assalamualaikum.

Just-For-Fun Survey

Assalamualaikum. :)
Dian made me do this survey.
So,i'll do this just for fun.Hence,not all the answers are true. ;)

1. Do you have secrets?
& do you?

2. Would you fall in love with a boy/girl younger than you?
& jodoh di tangan Allah... :)

3. How long do you intend to wait for someone u really love?
& Me?*count fingers* 6 years time? :P

4. What would you do with a billion dollars?
& Billion? oh,where do i begin? haha!

5. Will you fall in love with your best friend?
& if he's a guy lah...not forgetting,jodoh di tangan Allah. :)

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
&both. actually,it goes around tau. when u love someone,others will love u back. so,both lah. :D

7.List out 10 favourite things that u like
1. internet (kalau computer takde internet pn apa guna,kan?hehe)
2. handphone (sebab ada banyak lagu. :D)
3. my room... (ada katil .hehe)
4. my book collection..
5. Al-
6. Q
7. U
8. R
9. A
10. N. :)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
& move on..~ takkan nak dok tunggu je kot..huhu

9. Is there anything that has made you extremely happy?
& extremely happy?no,not yet. *winkwink*

10. What makes you sad?
& Hmmm...ermmm... oh- filem hindustan. haha

11.. How would you see yourself in 10 years time?
& still human,older,wiser.idk.

12. Who is currently the most important people to you?
& all the loved ones. :)

13. What is being regarded as the most important thing in your life?
& my religion

14. Would you rather be single and rich or married and rich?
& married & rich. Kaya2 tapi single kan bosan....

15. What is your favourite colour?
& none at the moment.

16. If you fall in love with two people simultaneously, and both of them do the same, who would you pick?
& and both of them do the same?maksudnye???

17. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
& yes,insyaAllah. :)

18. What do you want to tell the someone you like?
& ni maksudnya macam crush eh? idk. hehe

19. If there is a choice between lover and friends,which will you choose?
& depends lah.tengok situasi.

20. Do you believe that there's "True Love"?
& Yep.

6 ppl who's goin to do this survey:
& Syaira H
& Hairul
& Nazzy
& Dayah
& Nab-eyla
& Nashriqa

Enjoy!
Assalamualaikum.

Al Kisah...

Assalamualikum...

Baiklah,meh Qur summarise sikit tentang kejadian malam kelmarin,pada tarikh 20hb Disember 2008.

Petang tu...
Qur jumpa dengan Syaira Hamzah untuk ke Expo Hall 2 sebagai sukarelawan untuk membantu acara Forum Perdana Ehwal Islam yang buat pertama kalinya diadakan di Singapura.
Alhamdulillah...

On The Way tu...
Semasa nak ke Tanah Merah,di dalam MRT,Qur dan Syaira terlihat seorang budak kecil.Agaknya dalam 4 tahun kot.Budak perempuan.
Comel sangat! :D

Sedang leka melihat gelagat dia,tiba-tiba-
Phtuuuiiiii!
Dia ludah di tingkap MRT.
Maka hilanglah segala selera untuk melihat dia lagi....

Di Expo Tu...
Kami disuruh untuk tolong isi Goodie Bags.
Best juga.Lucu betul tengok gelagat makcik-makcik yang tolong bersama. Kecoh! haha.
Alhamdulillah,mereka semua baik-baik dan sangat peramah dengan kami. :)

Semasa Forum Dah Nak Mula Tu...
Qur dan Syaira diberi tugasan untuk menjual kalender Madrasah Al Irsyad.
Selepas itu,kami disuruh menjadi Usher di pintu pula.
Sambil tersenyum dan memberi salam,kami disuruh memberi goodie bags kepada para tetamu juga.
Lenguh tangan pegang goodie bags belambak-lambak. Dah bertambah muscle dah ni.huhu...

Masa Forum Dah Mula Tu...
Dengan penuh kiasu,Qur dan Syaira cepat-cepat cari tempat duduk takut tak dapat seat.Kita betul-betul nak tengok Forum tu.huhu.
Acara dimulakan dengan persembahan oleh Hafiz Hamidun. Dia mendendangkan beberapa lagu yang Qur tak pasti tajuknya sebab Qur duduk di belakanggggggg sangat. Dan sound system tidak begitu terang.
Selepas Hafiz Hamidun,giliran Irsyadee pula untuk ke pentas.

Usai itu,bermulalah Forum Perdana Ehwal Islam...

Forum tu...
Alhamdulillah,walaupun Qur tak nampak muka ahli panel dan moderator akibat tak bawa specs(specs Qur dah pecah.belum buat baru lagi..hehe) dan konsentrasi yang agak terganggu sebab ada seorang budak lelaki kecil ni yang asyik terpekik-terlolong,pada Qur,forum tu sangat bermanfaat.
Hujah-hujah oleh ahli panel tak kurang hebatnya. Ustaz Fatris dan Ustaz TM Fouzy pun,subhanAllah... :)
Dan moderatornya pun tak membosankan. Ye tak Syaira? ;)
Hafiz Hamidun pun tak lokek lawaknya sebagai host acara itu.
Alhamdulillah...

Masa Nak Pulang Tu...
Forum itu tamat pada jam 11 malam.
Gedebak-gedebuk,dalam pukul 11.30 baru Qur dan Syaira keluar dari hall itu.
Tiba di stesen MRT Expo,kami dikejutkan dengan sebuah kejutan yang sangat mengejutkan.
TRAIN UNTUK KE WOODLANDS DAH HABIS!

Pening kepala kami memikir.
Qur pun talipon abang di rumah.Kata abang,suruh ke Tampinis dan naik bas 969(?) untuk ke Woodlands. Tapi abang kata,kemungkinan bus dah habis juga. =.='
Kami hanya berserah kepadaNya...
Kami pun ke sana dengan penuh harapan. Malangnya,service bus 969 tamat pada jam 11.45.
Qur lirih ke jam tangan- 12.03am .

Air mata pun bergenang.
Qur pun call rumah.Mak yang angkat. Mak kata,suruh call Taufiq.(Taufiq pun menjadi sukarelawan di sana.Dia dan beberapa lagi pelajar-pelajar Irsyad.) Mak menyuruh kami pulang bersama.

Qur pun call Taufiq.Dia masih di Expo.Katanya,MRT dah habis. duh?
Panjang berbual,akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki taxi dari Tampinis,terus ke Expo untuk mengambil Taufiq dan Harith(adik Syaira yang juga menjadi sukarelawan) dan terus ke rumah Syaira dan akhirnya ke rumah kami.

Alhamdulillah,apek driver tu baik hati.
Sanggup dia ke sana ke mari menghantar kami. (eh,rhyming lah! :D)

Di Dalam Taxi Tu...
Qur dah ngantuk dah.Tengok jam,dah pukul 12 lebih.Nak masuk pukul 1 dah...
Seram juga pulang malam-malam begitu.
Menyesal sangat tak terfikir tentang service mrt.
Tapi Alhamdulillah,ini adalah satu pengajaran untuk kami...

Maka itulah serba sedikit tentang kejadian di Forum Perdana hari tu... :)
Oh,Qur tak petik gambar sebab...sebab...sebab...
Haa.Tulah sebabnya.

Sekarang,Tag yang ditag oleh bro Hairul pula.



A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.

1.Azlina
2.Syaiwa
3.Farah
4.Kak Afzan. hehe..jangan marah ha...
5.Kak Sakinah
6.Humaira'
7.Fifa
8.Nuraini

1.What have you been doing recently?
>erm..ah.. tulah.

2.Do you ever turn your cell phone off?
>Never.Dia suka teroff sendiri.

3.What happened at 10am today?
>What happened?Where?Here?Ntah.

4.When did you last cry?
>heeeheeeheeee~

5.Believe in fate/destiny?
>Yep.

6.What do you want in your life now?
>*scratch head*

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
>carry umbrella untuk apa?i open the umbrella lah.. =.='

8.What's your favourite thing to do on the bed?
>Sleep. what else?

9.What bottoms are you wearing now?
>Track pants. tu pun nak tanye...

10.What's the nicest things in your inbox?
>erm..uhh...

11.Do you tend to make the relationship complicated?
>no.nyusahkan hidup je..huhu

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
>nope.

13.What was the last movie you caught?
>Harry Potter and the goblet? Or was it Order Of Pheonix? Oh yes,order of pheonix. :D

14.What are you proud of?
>Hurmm....*scratch head*

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
>Jap eh,i go check. *checking*

16.What was the last song you sang out loud?
>chorus Pergilah Dunia. Best! :D

17.Do you have any nicknames?
>Erm...entah eh..

18.What does the newest text say?
>Ah,jap.I go check again. *checking*

19.What time did you go to bed last night?
>2am i think?

20.Are you currently happy?
>Alhamdulillah...

21.Who gives you the best advise?
>uhhhhhh.....

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
>Nope.

23.Who did you talk on the phone last night?
> nobody

24.Is something bugging you now?
>Nope.Nothing.

25.Who was the last person to make you laugh?
>Hehe.. The cast of Mind Your Language. :D



Alhamdulillah,dah siap pun...

Well,Huda's going to NS this 27th. I wish you all the best Hudzy!
Go become the she-hulk you really are! :P

Hmm..dengar-dengar bapak macam ada rancang nak balik kampung hujung minggu ni..
Dah lama tak ke sana.
Masa Hari Raya Aidilfitri tak ke sana...Hari Raya Haji pun tak.
Boleh tahan excited juga ni.Dah lama tak rasa suasana kampung.

Baiklah,itu sahaja untuk hari ni.
Assalamualaikum. :)

When nothing is simply nothing

Assalamualaikum fellow bloggers and bloghoppers! :)

Initially,since about 2 days ago,i've been wanting to update.
But alas,my fingers and mind just wouldnt budge.
tkde connection kot.

Well,when my mood comes,i'll update about me and Syaira H going to Forum Perdana Ehwal Islam,and also the tag thingy that bro Hairul has tagged me with.

Oh yes.New layout.Preety simple i guess.
I've been making dozens of layouts for the past few days because i was getting bored of the previous one.
Yet,tak ada yang berkenan di hati.huhu..

So that's all for today.
Nothing interesting.

Oh wait,there is!
This Saturday,there's an Underground Nasyid Gig featuring Far East,Mirwana,Varian and loads more!
Interested?
Pergi cari passport.
Because this gig in in Selangor. :D

That's all for today then.
Assalamualaikum.

Duit duit,di mana kau duit?

Assalamualaikum sahabatku semua. :)

Siapa suka duit,angkat tangan.

Rasanya kalau soalan tu ditujukan pada kita,mesti ramai yang angkat tangan kan?
Yelah,duit.
Siapa yang tak suka duit kan?




Dengan duit kita boleh beli bermacam-macam benda.
Dengan duit kita boleh jadi kaya.
Dengan duit kita boleh popular,ye tak?

Bila dah beli macam-macam benda,kita akan tamak dan nak lagi. (ingat,orang tamak selalu rugi.)
Bila dah kaya,nanti kena rompak.
Bila dah popular,gosip akan mengejar keliling pinggang. (bila kena gossip,nanti stress.dah stress,nanti mati.)
Tak lupa juga kepada Encik Hu-Tang yang sentiasa menunggu untuk memerangkap kita.

Tak suka duit.

Kekadang,rasa geram dengan diri Qur sendiri sebab sukakan sangat dengan barangan elektronik.
Satu masa dulu,Qur mintak radio.
Selepas tu,Qur nak discman.
Dah tu,nak mp3.
Dah mp3 nak handphone.
Dah ada handphone,nak pula phone yang ada camera.
Dah ada handphone berkamera,nak digicam pula.
Dah ada digicam,nak laptop pula.
Semua tu duit,duit,DUIT.
Tak suka duittt!!!

Sebanyak mana perkara yang duit mampu beli,ia tak dapat membeli kebahagiaan.
Tipulah seseorang tu kalau dia kata dia akan sentiasa hidup bahagia kalau kaya sebab percayalah,harta yang banyak tak mampu membeli kebahagiaan yang sepenuhnya.
Orang yang hidup sederhana itu lebih bahagia dari orang kaya.

Selain tu,duit tak dapat membeli kasih sayang.
Apa guna hidup dikelilingi duit dan harta kalau tak ada kasih sayang?
Adakah duit itu memberi kita kasih sayang seperti ibu bapa kita?
Tab'an la.

Meh Qur kongsi satu cerita pendek yang Qur telah baca di kitab La Tahzan beberapa minggu lalu...



'Ali bin Al-Makmun Al-'Abbasi,seorang penguasa anak Khalifah al Makmun,pernah tinggal di sebuah istana yang megah.Semua keperluan dunianya diperoleh dengan mudah dan tersedia.

Suatu ketika,dia keluar meningalkan kemegahan istananya.
Dia melihat seorang pekerja yang bekerja keras sepanjang hari.Menjelang masuk waktu Dhuha,pekerja itu berwhuduk,kemudian mengerjakan solat dua raka'at di pinggiran sungai Tigris. Tika matahari hampir terbenam,dia pulang menemui keluarganya.

Pada suatu hari,'Ali memanggilnya dan menanyakan keadaannya yang sebenar.
Pekerja tersebut memberitahunya bahawa dia memiliki seorang isteri,dua saudara perempuan,dan seorang ibu yang harus ditanggung biaya hidupnya.

Dia tidak memiliki makanan mahupun kemasukan yang lain kecuali apa yang dia perolehi dari pasar.Dia juga berpuasa setiap hari dan berbuka seiring dengan terbenamnya matahari dari hasil keringatnya tersebut.

'Ali pun bertanya:"Pernahkah ada sesuatu yang kamu keluhkan?"

Jawab lelaki itu:"Tidak,alhamdulillahi rabbil 'alamin..."

Setelah mendengar jawapan itu,pangeran 'Ali meninggalkan istana,jawatannya dan kekuasaannya.Dia pergi menuruti langkah kakinya,dan ditemui telah meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Sebelum meninggal dunia,beliau adalah seorang tukang kayu yang bekerja di wilayah Khurasan.Ternyata,dia boleh memperolehi kebahagiaan dengan pekerjaannya sebagai tukang kayu yang tidak diperolehinya di istana.

Wallahua'lam...


Semoga cerita pendek itu memberi kesedaran pada diri Qur dan para pembaca,insyaAllah.

Selain tu,pada Qur,duit ini sebenarnya menyusahkan hidup manusia.
Bila dah dapat duit sikit,kita nak banyak.Lama-kelamaan kita akan tamak.Na'udzubillah min dzalik.

Sedar tak sedar,duit juga merupakan sebab utama terjadinya jenayah di dunia ini.
Orang mencuri kerana duit.
Orang merompak kerana duit.
Orang menculik orang lain kerana duit.
Orang membunuh kerana duit.

Semuanya berkaitan dengan satu perkataan- DUIT.

Selain itu,
Orang menipu kerana duit.
Orang mencaci kerana duit.
Orang bongkak kerana duit.
Orang sombong kerana duit.

DUIT,DUIT,DUIT.

Alangkahkah indahnya dunia jika kita tak terlalu bergantung kepada duit.

Kerana tiada duit,orang yang sihat boleh jadi sakit.
Kerana tiada duit,orang bijak tak mampu sambung pelajarannya ke peringkat 'aliyah.
Kerana tiada duit,orang yang asalnya berumah boleh merempat di tepi pantai.
Kerana tiada duit,orang yang kurang penglihatan tak dapat membeli cermin mata. :( huhu
Kerana duit,dua sahabat boleh bertukar menjadi musuh.
Kerana duit,satu keluarga bahagia boleh berpecah belah.
Kerana duit,seorang hamba boleh berpaling dan melupakan Tuhannya.
Na'udzubillah...


Satu perkara penting yang mesti Qur cuba ingat setiap kali Qur mula cintakan duit;
Duit ini hanyalah harta dunia.
Dunia ini sementara,begitu juga hartanya.
Semuanya akan pupus dan lesap dan tak akan kekal selamanya.

Dengan itu,Qur akhiri post ini dengan sebuah hadith;
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tak satu pun jiwa akan mati hingga rezeki dan ajalnya disempurnakan"

Fikirkanlah.
Assalamualaikum.

tagged by Izza



1. The person who tagged you is?
- izza

2. Your relationship with her?
- sisters.in islam. :)

3. Your 5 impressions of her?
- sweet..erm,ntah eh.tak berapa kenal lagi..sorry. hehe

4.The most memorable thing she has done for you?
- :D

5.The most memorable thing she had said to you?
- :D

6. If she become your lover,you will?
- huhu..ok..

7.If she becomes you lover,things she has to improve on will be?
- *whistles*

8.If she becomes your enemy,you will?
- befriend her again. :)

9.If she dies,you will?
- bacakan Yasin. XD

10. What is it you want to tell her now?
- be a good muslimah,insyaAllah.. :)

11. Your overall impression of her?
- sweet. :)

12.How do you think people around you feel?
- ppl around me? *looks around*

13. The characters you love of yourself are?
- tak tauuuuuuu~

14. On the contrary,the characters you hate of yourself are?
- ouh..tak terkira. huhu

15. The most ideal person you want to be is?
- *scratch head* susah betul nak jawap soalan camni... huhu

16.For people that cares and likes you,say something to them.
- alhamdulillah,thank you. :) May Allah bless you. :D

17. Pass this quiz to 5 people that you wish to know how they feel about you.
- Ah,siapa yang nak buat tag ni,silakan. :)

Sharing is Caring

Assalamualaikum dearest sisters and brothers.


Ilmu akan bertambah ,
dengan diajarkannya ;
dan akan berkurang ,
jika terus dipendam begitu saja .


I haven't been updating for days,as you can probably see.
Reason being ; i have no idea what to blog about.
But now i do.

Having read the above syair from La Tahzan,i want to share tutorials with all.
The thing is,i don't know what to share.
So,i want your say on this.(yes you.You who are currently reading my blog.)

Tell me any kind of tutorials that you want me to share with you.
Be it html codes,picture editting or layout making.
InsyaAllah,i'll share with you the little knowledge Allah has lent me,sekadar yang termampu. :)

So go ahead.Tell me via my tagboard. Don't be shy. :)
I'm looking foward to your answers. :) *eager face*

Assalamualaikum

Breakdancing Finger,birthdays,birthdays and more birthdays!

Assalamualaikum everyone. :)

So,yesterday went to my grandmothers' house in the morning.
Then went to Cik Hasil (my uncles') house after Dzuhur prayers.
After the usual tahlil and small talks,we ate.A lot. hehe

We then watched the movie Wanted.I didn't get to see the entire movie though but it was good.Very intriguing.

Then kak Umi showed me a website filled with fun facts called Neatorama.com
Maybe some of you guys already heard of it.
There, i found this very cute video of a breakdancing finger.Yes.Well,not just A finger.All five of them. So adorable. It can even do the moonwalk! haha

Such a talented hand.*wipe tears*

Ok,its the 9th of December today,so i'd like to wish a happy birthday to my little cousin in Malaysia,Muadz. :)
Haven't seen him for quite some time. last i saw him was during Raya and he said i look like this one wrestler. Cant remember his name. =.='
haha.. redha je lah...

Yesterday was Azlina's 17th Birthday.(Finally!haha)
And tomorrow ,on the 10th is my lovely,beloved cousin,Huda's 17th Birthday!(again,FINALLY.haha)
Really miss talking to her. May Allah bless you with a good life in this world,and in the hereafter,insyaAllah...

(Oh, by the way,Az and Hudzy, if you're reading this,im turning 18 in 26 more days. muahahaha!
Hehe..)

Well,that's all for today.
Assalamualaikum.

Apa erti aidiladha?

Assalamualaikum.

Ni ada sebuah artikel yang Qur jumpa di sini.
Tersentak sekejap sebab selama ni Qur tak berapa faham erti kita menyambut Hari Raya Aidiladha.
Untuk yang sama blur macam Qur,marilah kita membaca artikel ni untuk menambahkan ilmu di dada dan juga ketaqwaan kita pada Ilahi,insyaAllah...

(Qur potong-potong sikit artikelnya jadi tak terlampau panjang. :) )





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk.

Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)


Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara.
Pertama,
ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat.

Kedua,
ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.




Untuk membaca artikel yang penuh,sila klik di sini.

Bila bual tentang Hari Raya Haji,kita akan teringat kisah Nabi Allah,yang sanggup menyembelih anaknya demi ketaqwaannya kepada Allah.
Siapa di sini yang sanggup menyembelih anaknya sendiri?
Dan siapa di sini yang sanggup merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya tanpa merungut dan menangis?

Sesungguhnya kita ini insan yang lemah yang tidak lari dari kesalahan.
Tapi ia tidak bermakna kita tak boleh mencuba...
InsyaAllah...

Tentu semua ingat lagu Berkorban Apa Saja kan?
Harta ataupun nyawa...Masa ataupun tenaga...
Semuanya demi kebaikan...
Semuanya demi Allah...fisabilillah.
InsyaAllah...

Baiklah,itu sahaja.
Dengan itu,Qur mengucapkan Salam 'Aidiladha untuk semua.
Semoga Allah meredhai kita semua di hari yang penuh ketaqwaan ini,insyaAllah.

Assalamualaikum.

Bila hati disakiti

Assalamulaikum para pembaca.

Qur ingin bertanya.
Siapa yang berpendapat bahawa kehidupan dunia ini satu cabaran?
Susahkah cabaran kehidupan?
Tentu sekali. Dan kita harus ingat bahawa Allah tidak akan memberi kita cabaran yang kita tidak mampu tanggung.

Siapa pula yang menganggap kehidupan dunia ini satu peluang?
Peluang apa? Untuk bercinta?Untuk have fun? Untuk kejar kekayaan?
Pada pendapat Qur,ianya peluang untuk kita berlumba-lumba mengejar kasih,cinta dan redha-Nya.
Apa gunanya
kekayaan tanpa redhaNya?
Apa guna berseronok tanpa kasihNya?
Apa guna bercinta tanpa cintaNya?

Fikirkan...

Sebenarnya,Qur blogging pagi ini untuk berkongsi sesuatu yang Qur terbaca di buku kegemaran Qur,La Tahzan. Ini dia. Bacalah.Tak rugi apa pun.


Tanda-Tanda Ketauhidan

Jika anda orang bertauhid,anda akan memiliki beberapa sifat-sifat ini tika anda disakiti.

1)Memaafkan.
Ianya satu bukti ketulsan hati terhadap perilaku orang yang menyakiti.

"... dan orang yang menahan kemarahan dan memaafkan (kesalahan) orang lain,Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan (ihsan)." (Ali 'Imran:134)

2)Keyakinan terhadap Qadha'.
Ertinya,anda harus menyedari bahawa ia tidak menyakiti kecuali kerana ia adalah ketentuan qadha' dan qadar Allah. Kerana Allah yang menentukan segalanya. Maka oleh itu,berserahlah dan tunduklah kepada Pelindung anda.

3)Penghapusan Dosa.
Kita selalu merungut bila disakiti orang kan?
Sebaiknya kita mengucap Syukur,Alhamdulillah.
Kerana kejahatan yang dilakukan orang lain pada diri kita ini adalah sebagai penebus dosa,penghapus kesalahan,pelebur kekhilafan dan sebagai peninggi darjat anda.
Yalah.Kita manusia ini,memang tidak boleh lari dari membuat dosa.
Maka sabarlah tika disakiti...




Sebenarnya,ada banyak lagi.
Tapi ini yang Qur mampu kongsi bersama antum semua.
Semoga hati kita semakin terang bersinar dengan hidayahNya,insyaAllah.



Alhamdulillah,kawan-kawan Qur yang sebelum ini katanya tak jadi nak sambung pelajaran ke KUIS sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif untuk berjuang bersama Qur ke sana.

Azlina sudahpun membuat keputusan untuk ke KUIS dan Ilyana pula sudah bertanya-tanya.
Alhamdulillah..ada juga kawan. :)

Sekarang,hanya tinggal menunggu keputusan O Level yang akan keluar insyaAllah pada 20 Januari nanti.Doakan kejayaan kami semua ya? InsyaAllah...

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.