Bila hati disakiti

Assalamulaikum para pembaca.

Qur ingin bertanya.
Siapa yang berpendapat bahawa kehidupan dunia ini satu cabaran?
Susahkah cabaran kehidupan?
Tentu sekali. Dan kita harus ingat bahawa Allah tidak akan memberi kita cabaran yang kita tidak mampu tanggung.

Siapa pula yang menganggap kehidupan dunia ini satu peluang?
Peluang apa? Untuk bercinta?Untuk have fun? Untuk kejar kekayaan?
Pada pendapat Qur,ianya peluang untuk kita berlumba-lumba mengejar kasih,cinta dan redha-Nya.
Apa gunanya
kekayaan tanpa redhaNya?
Apa guna berseronok tanpa kasihNya?
Apa guna bercinta tanpa cintaNya?

Fikirkan...

Sebenarnya,Qur blogging pagi ini untuk berkongsi sesuatu yang Qur terbaca di buku kegemaran Qur,La Tahzan. Ini dia. Bacalah.Tak rugi apa pun.


Tanda-Tanda Ketauhidan

Jika anda orang bertauhid,anda akan memiliki beberapa sifat-sifat ini tika anda disakiti.

1)Memaafkan.
Ianya satu bukti ketulsan hati terhadap perilaku orang yang menyakiti.

"... dan orang yang menahan kemarahan dan memaafkan (kesalahan) orang lain,Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan (ihsan)." (Ali 'Imran:134)

2)Keyakinan terhadap Qadha'.
Ertinya,anda harus menyedari bahawa ia tidak menyakiti kecuali kerana ia adalah ketentuan qadha' dan qadar Allah. Kerana Allah yang menentukan segalanya. Maka oleh itu,berserahlah dan tunduklah kepada Pelindung anda.

3)Penghapusan Dosa.
Kita selalu merungut bila disakiti orang kan?
Sebaiknya kita mengucap Syukur,Alhamdulillah.
Kerana kejahatan yang dilakukan orang lain pada diri kita ini adalah sebagai penebus dosa,penghapus kesalahan,pelebur kekhilafan dan sebagai peninggi darjat anda.
Yalah.Kita manusia ini,memang tidak boleh lari dari membuat dosa.
Maka sabarlah tika disakiti...




Sebenarnya,ada banyak lagi.
Tapi ini yang Qur mampu kongsi bersama antum semua.
Semoga hati kita semakin terang bersinar dengan hidayahNya,insyaAllah.



Alhamdulillah,kawan-kawan Qur yang sebelum ini katanya tak jadi nak sambung pelajaran ke KUIS sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif untuk berjuang bersama Qur ke sana.

Azlina sudahpun membuat keputusan untuk ke KUIS dan Ilyana pula sudah bertanya-tanya.
Alhamdulillah..ada juga kawan. :)

Sekarang,hanya tinggal menunggu keputusan O Level yang akan keluar insyaAllah pada 20 Januari nanti.Doakan kejayaan kami semua ya? InsyaAllah...

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum.

No comments