Duit duit,di mana kau duit?

Assalamualaikum sahabatku semua. :)

Siapa suka duit,angkat tangan.

Rasanya kalau soalan tu ditujukan pada kita,mesti ramai yang angkat tangan kan?
Yelah,duit.
Siapa yang tak suka duit kan?




Dengan duit kita boleh beli bermacam-macam benda.
Dengan duit kita boleh jadi kaya.
Dengan duit kita boleh popular,ye tak?

Bila dah beli macam-macam benda,kita akan tamak dan nak lagi. (ingat,orang tamak selalu rugi.)
Bila dah kaya,nanti kena rompak.
Bila dah popular,gosip akan mengejar keliling pinggang. (bila kena gossip,nanti stress.dah stress,nanti mati.)
Tak lupa juga kepada Encik Hu-Tang yang sentiasa menunggu untuk memerangkap kita.

Tak suka duit.

Kekadang,rasa geram dengan diri Qur sendiri sebab sukakan sangat dengan barangan elektronik.
Satu masa dulu,Qur mintak radio.
Selepas tu,Qur nak discman.
Dah tu,nak mp3.
Dah mp3 nak handphone.
Dah ada handphone,nak pula phone yang ada camera.
Dah ada handphone berkamera,nak digicam pula.
Dah ada digicam,nak laptop pula.
Semua tu duit,duit,DUIT.
Tak suka duittt!!!

Sebanyak mana perkara yang duit mampu beli,ia tak dapat membeli kebahagiaan.
Tipulah seseorang tu kalau dia kata dia akan sentiasa hidup bahagia kalau kaya sebab percayalah,harta yang banyak tak mampu membeli kebahagiaan yang sepenuhnya.
Orang yang hidup sederhana itu lebih bahagia dari orang kaya.

Selain tu,duit tak dapat membeli kasih sayang.
Apa guna hidup dikelilingi duit dan harta kalau tak ada kasih sayang?
Adakah duit itu memberi kita kasih sayang seperti ibu bapa kita?
Tab'an la.

Meh Qur kongsi satu cerita pendek yang Qur telah baca di kitab La Tahzan beberapa minggu lalu...



'Ali bin Al-Makmun Al-'Abbasi,seorang penguasa anak Khalifah al Makmun,pernah tinggal di sebuah istana yang megah.Semua keperluan dunianya diperoleh dengan mudah dan tersedia.

Suatu ketika,dia keluar meningalkan kemegahan istananya.
Dia melihat seorang pekerja yang bekerja keras sepanjang hari.Menjelang masuk waktu Dhuha,pekerja itu berwhuduk,kemudian mengerjakan solat dua raka'at di pinggiran sungai Tigris. Tika matahari hampir terbenam,dia pulang menemui keluarganya.

Pada suatu hari,'Ali memanggilnya dan menanyakan keadaannya yang sebenar.
Pekerja tersebut memberitahunya bahawa dia memiliki seorang isteri,dua saudara perempuan,dan seorang ibu yang harus ditanggung biaya hidupnya.

Dia tidak memiliki makanan mahupun kemasukan yang lain kecuali apa yang dia perolehi dari pasar.Dia juga berpuasa setiap hari dan berbuka seiring dengan terbenamnya matahari dari hasil keringatnya tersebut.

'Ali pun bertanya:"Pernahkah ada sesuatu yang kamu keluhkan?"

Jawab lelaki itu:"Tidak,alhamdulillahi rabbil 'alamin..."

Setelah mendengar jawapan itu,pangeran 'Ali meninggalkan istana,jawatannya dan kekuasaannya.Dia pergi menuruti langkah kakinya,dan ditemui telah meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

Sebelum meninggal dunia,beliau adalah seorang tukang kayu yang bekerja di wilayah Khurasan.Ternyata,dia boleh memperolehi kebahagiaan dengan pekerjaannya sebagai tukang kayu yang tidak diperolehinya di istana.

Wallahua'lam...


Semoga cerita pendek itu memberi kesedaran pada diri Qur dan para pembaca,insyaAllah.

Selain tu,pada Qur,duit ini sebenarnya menyusahkan hidup manusia.
Bila dah dapat duit sikit,kita nak banyak.Lama-kelamaan kita akan tamak.Na'udzubillah min dzalik.

Sedar tak sedar,duit juga merupakan sebab utama terjadinya jenayah di dunia ini.
Orang mencuri kerana duit.
Orang merompak kerana duit.
Orang menculik orang lain kerana duit.
Orang membunuh kerana duit.

Semuanya berkaitan dengan satu perkataan- DUIT.

Selain itu,
Orang menipu kerana duit.
Orang mencaci kerana duit.
Orang bongkak kerana duit.
Orang sombong kerana duit.

DUIT,DUIT,DUIT.

Alangkahkah indahnya dunia jika kita tak terlalu bergantung kepada duit.

Kerana tiada duit,orang yang sihat boleh jadi sakit.
Kerana tiada duit,orang bijak tak mampu sambung pelajarannya ke peringkat 'aliyah.
Kerana tiada duit,orang yang asalnya berumah boleh merempat di tepi pantai.
Kerana tiada duit,orang yang kurang penglihatan tak dapat membeli cermin mata. :( huhu
Kerana duit,dua sahabat boleh bertukar menjadi musuh.
Kerana duit,satu keluarga bahagia boleh berpecah belah.
Kerana duit,seorang hamba boleh berpaling dan melupakan Tuhannya.
Na'udzubillah...


Satu perkara penting yang mesti Qur cuba ingat setiap kali Qur mula cintakan duit;
Duit ini hanyalah harta dunia.
Dunia ini sementara,begitu juga hartanya.
Semuanya akan pupus dan lesap dan tak akan kekal selamanya.

Dengan itu,Qur akhiri post ini dengan sebuah hadith;
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tak satu pun jiwa akan mati hingga rezeki dan ajalnya disempurnakan"

Fikirkanlah.
Assalamualaikum.

No comments