Selangor

Assalamualaikum semua! :)
Qur summarise sedikit sebanyak apa yang terjadi semasa bercuti di Malaysia hari itu ya?

27 Disember,Sabtu
Pagi tu- Qur,mak & taufiq naik bas express dari Larkin,turun stesen bas Serdang.

Stesen Serdang- Tunggu kedatangan makcik Qur yang akan menumpangkan kami di rumahnya.

Sedang menunggu tu- Ternampak sesusuk tubuh yang agak familiar... Rupanya abang Azwan FarEast.
Terbeliak mata.hehehe. Tapi tak sempat petik gambar.Makcik Qur dah sampai.huhu.

Petang tu- Duduk bersembang bersama makcik di rumahnya sambil menunggu masuk waktu Marghrib.

Usai sembahyang- Kami bersiap-siap untuk ke Gig Nasyid yang kebetulan ada di Serdang tu.

Di gig tu- Muslimah tak ramai.Tapi mereka semua peramah sangat. :)

Beberapa minit kemudian- Kelihatan ahli kumpulan Varian masuk ke dalam bilik gig tu. Mereka duduk betul-betul sebelah Qur.huhu.Tapi sorang pun tak perasan. Mirwana tak dapat datang sebab abang Akmal balik kampung dan abang Naim baru je mendapat seorang lagi putera. Tahniah! :)

Gig tu- Alhamdulillah,Qur suka sangat sebab persembahannya semua mantap-mantap!
Yang Qur paling kagum sekali adalah kumpulan InTrackSee.Harmoni mereka best sangat!SubhanAllah... Ada juga satu kumpulan nasyid muslimah bernama SOFEA. Suara akak-akak tu pun best. :) Persembahan Varian pun tersangatlah best.Lebih-lebih lagi lagu Syahadah yang mereka buat sebagai opening performance mereka tu.




Tamatnya Gig- Gig tu habis agak lewat.Alhamdulillah rumah makcik Qur tak jauh dari tempat gig tu.Hanya selangkah dua je.huhu.. Sempat juga Qur bergambar dengan akak-akak kumpulan SOFEA dan abang-abang Varian. :D


Akak-akak ni peramah gak.Best je bual dengan dorang. :)

Malam tu- Susah nak tidur. Bukan sebab excited tapi sebab Taufiq tak boleh diam. Macam kera kena belacan. eheh.

28 Disember,Ahad
Pagi tu- Kami menunggu ketibaan bapak dan Luqman dari Singapura.

Tengahari tu- Bapak sampai dengan menaiki kereta. Qur,Taufiq dan Luqman keluar rumah dan petik gambar puas-puas sebelum meninggalkan rumah tu.






Petang tu- Kami ke rumah lagi seorang saudara di Bangi pula. Best.Ada buai. hehe. Selepas tu kami teruskan perjalanan untuk pulang ke tanahair..




(tengok cahaya matahari tu.Heart-shaped kan?SubhanAllah..)


Dalam pukul 7 gitu- Kami terpaksa berhenti berehat di sebuah hotel sebab jalan terlampau sesak.Bapak pun dah penat..kesian bapak..Alangkah baiknya kalau Qur dah ada lesen memandu..hehehe.

Di Hotel- Kami berehat sebentar di New York Hotel. Cantik juga hotel tu.Bersih dan luas. Yang paling best adalah tingkap bilik hotel tu. BESAR! huhu.


Malam tu- Kami menonton Vietnam vs Thailand di TV. Rasa tak puas hati bila Thailand dapat 1 gol. Penat terpekik terlolong,kami berhenti menonton dan terus tidur. penat uiii... huhu.

29 Disember,Isnin-Awal muharram.
Pagi tu- Usai membersihkan diri,kami menonton TV lagi sementara menunggu adik-adik mandi.
Semasa menonton Channel News Asia,Qur dapat tahu yang Vietnam menang bola. Lalu Qur terlompat keriangan. Jangan ditanya.

Siang tu- Usai sarapan pagi,kami ke stesen bas Larkin untuk menaiki 170 untuk pulang ke tanah air yang tercinta..hehe. Oh,kastam baru kat johor tu,cantik lah juga.Besar dan luas. Nak jalan pun penat.hehe.. Tapi oklah..tak lah teruk mana pun..huhu.


-------------------------------------------------------


Itulah summary cerita Qur.
Assalamualaikum.

No comments