Stomach Flu

Assalamualaikum.

Baiklah,awal sekali,Qur nak cakap sorry kepada sesiapa yang telah di-tag tapi tak suka.
Lain kali Qur tak buat lagi k? :)

Stomach flu.
Qur kena.

Pepagi lagi,dalam pukul 6 lebih,Qur tersedar dari tidur dengan perut yang ber'orchestra'.
Qur ingatkan cuma lapar biasa je..sekali rasa mabuk sepuluh macam...
Lepas tu...

Qur termuntah.Alhamdulillah dalam bilik Qur ada beg plastik.Sempat juga Qur capai beg plastik tu..Kalau tak..huhu..
Lepas tu kan-
Hmm..i'll spare you the gory details lah ye? :)

Siang tu,mak teman Qur ke klinik.
Alhamdulillah,klinik dekat rumah Qur tu bukak walaupun hari ini public holiday.
Doktor kata,Qur kene something macam stomach flu...
Sebab selalunya orang yang sakit stomach flu ni kena demam..
Masa tu Qur belum demam lagi.

Dah balik rumah,usai makan ubat,Qur rehat lagi.
Bangun rehat je,Qur demam.
Sah lah tu Qur kena stomach flu.

Dah lama tak sakit ni... Merana sekejap.
Tapi Qur teringat ayat لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا. Terus tak jadi merana.
Qur pasti,ada hikmah disebalik penyakit Qur ni.

Sekarang ni,Qur tak ada selera nak makan.
Doktor kata,Qur kena makan makanan yang cair2 seperti bubur...
Dia pun suruh Qur minum air garam.
Hehe,bukan air laut tapi isotonic drink seperti 100 plus,h-two-o dan yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah,sekarang ni,demam Qur dan beransur pulih.Perut pun dah ok sikit.
Cuma mabok ni je yang tak hilang lagi....
Doakan kesihatan Qur ye?insyaAllah...

Baiklah,di sini sahaja untuk hari ni.
Assalamualaikum.

No comments