Cinta dan Perkahwinan

Assalamualaikum wr wb. :)

Membaca tajuk di atas ini,pasti ramai yang ghairah kan?
Hehe..Qur bukanlah seorang pakar cinta dan bukan juga seorang yang fasih bab perkahwinan.
Qur hanya ingin mengongsi sebuah cerita pendek yang Qur terbaca di blog Kak Ain,seorang ahli kumpulan nasyid muslimah,Sofieya.

Perhatian: Qur telah pun menukar serba sedikit ayat-ayat dalam cerita ini agar lebih senang untuk dibaca dan difahami,insyaAllah. :)

Al kisah...


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta?Bagaimana boleh saya mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting yang padamu sangat menakjubkan. Ini ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Kerana saya hanya terpaksa memilih satu ranting sahaja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah akan ada yang lebih menakjubkan di hadapan nanti..
Maka saya biarkan ranting itu. Tetapi,saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Maka akhirnya, saya tidak mengambil sebatang pun.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula...

Pelajar tersebut bertanya kepada gurunya: Apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi jangan sesekali kamu mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok sahaja,dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi. Kerana itu ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu.Pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

Tamat

Kesimpulan: Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya.
Dan janganlah terlalu memilih jodoh. Terimalah pasangan anda dengan seadanya.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.Wallahu a'lam...

Bijak sungguh cerita ini ya?
Qur tak pasti pada yang lain tapi Qur agak terkesan dengan cerita pendek ini.
Tapi jangan juga kita terlalu tidak ambil peduli dalam bab cinta dan perkahwinan ni.
Pilih baik-baik.Minta pendapat ibu bapa yang tercinta dan jangan lupa untuk berserah kepada Allah seandainya kekalutan hati melanda. :)

perghh,berbunga-bunga pula Qur ni.hehe..
Sesungguhnya apa yang Qur katakan ini berdasarkan apa yang Qur telah terbaca,terdengar dan tertahu. Sepertimana yang Qur telah katakan di atas,Qur bukanlah seorang pakar cinta dan sesungguhnya Qur hanya seorang pelajar yang masih belum cukup ilmu pengetahuan.

Haza faqat minni,
Ilalliqa' fi yaumil aakhar.

Assalamualaikum. :)

Siapa tahu?

Assalamualaikum.

Sesungguhnya,Qur memang menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
Dan sesunggunya Qur hanya hambaNya yang lemah.

Siapa tahu lagu Hanyalah Allah?(agaknya tu lah tajuknye kot...)
Qur tak berapa ingat liriknya.
Tapi antara yang Qur ingat ni je;

...Hanyalah Allah tempatku berlindung...
...lindungilah ku dari kesesatan...
...PadaMu jua aku menyembah... (gitulah kot.hehe)


Siapa tahu penyanyi lagu tu atau kalau ada mp3 lagu tu,harap kalau tak susah sangat,tag lah kat tagboard Qur,eh?
Dari tahun lepas cari lagu tu tak jumpa-jumpa.hehe.
Tolong. :(

Assalamualaikum

Mirwana- Jauh (official MV)



:D
Alhamdulillah.
Lama dah Qur nantikan video ni.Akhirnya keluar juga...
Syukran Fifa sebab bagitau kat akak. :D

Oh,sesiapa kenal akak dalam video clip tu?
Muka familiar sangat.Tapi tak boleh nak tangkap mana Qur nampak dia.
Siapa kenal?Boleh bagitau Qur? heh..

Baiklah,itu sahaja untuk hari ni.
Ada satu lagi MV baru oleh Mirwana,Andaiku Pergi. Kalau nak tengok,sila klik di sini. :)
Assalamualaikum.

Ditag oleh Kak Afzan

1-Power Rangers
2-Goofy
3-Hello Kitty
4-TMNT
5-Aang
6-Doraemon
7-Tinkey Winkey
8-Bugs Bunny
9-Donald Duck
10-Minnie Mouse


How do you know 1?
-I was Grey Ranger.Tapi dorang tak air episode tu dekat TV.

What would you do if you never met 2?
- What CAN i do? Turn back time?

What would you do if 3 & 4 dated?
-Biarlah dorang...

Would 5 & 6 make a good couple?
-hehe..boleh2!

Do you think 7 is attractive?
- langsung tak

Do you know anything about 8’s family?
-Hmm.. Entah pulak ye.

Tell me something about 9.
-Dia seekor itik yang pelat.

What language does 2 speak?
-English...?

Who is 3 going out with?
- Entah lah..tak amik tau sangat pasal dia.hehe

How old is 4?
-hoho... dah lama dah dorang tu semua hidup.huhu..

5?
- Dia 12 kan? kan? kan?

Who is 6 favorite singer?
- Nobita kot. Nobita nyanyi ke?

7?
- entah.

Is 8 single?
- dok ah. dia ada Lola Bunny.

What is 9 last name?
- Duck

Would you consider being in a relationship with 1?
- hahaha

What are you talking about?
-hahaha

Which school does 2 go to?
- Dia tak pergi skolah. Baru hidup terus dah kena berlakon

4?
- entah laa...

Tamat.
Assalamualaikum

I Wonder Why...

Assalamualaikum.

I had a sudden thought...


Notice that when images of war between Israel and Palestine are flashed on TV screens or some websites,we always take time to curse,swear and say bad things about the zionists.

Sometimes cursing alone by ourselves is not enough.We would call a friend,our brothers,sisters,parents- anyone for that matters,to share the animosity with.

Then we take some more time to continue saying words of hatred and relishing every moment of it.

Then we would take some more time to cool down and finally make doa and give alms of Al Fatihah for our brothers and sisters in Islam.


Wouldn't it be better if instead of wasting time cursing,we use it for more doas?
Wouldn't it be better to use the time taken for hatred for something that Allah loves?
Wouldn't it be better if more time were spent in making doa than spitting out poisons of swears?



That's what i've been thinking.
Assalamualaikum.

Detik Permulaan

Assalamualaikum semua! :)

Selepas perpisahan demi perpisahan yang kami lalui,telah pun bermula detik permulaan bagi beberapa kawan Qur.

Kepada Azlina,Nabilah,Ilyana,Najihah dan Kak Yasmin Hamzah,
Qur ucapkan tahniah kerana telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di Madrasah Al-Ma'arif.
Semoga semuanya tabah dan rajin dan tetap meneruskan perjuangan. :)

Az,
Dah jumpa kawan baru kat sana,jangan lupa pada kita-kita yang lain k?hehe.Mango.
Nabzie,
Sungguh,kite tak boleh bayangkan awak pakai baju warna pink.huhu.
Ilyana,
All the best di Ma'arif.Kita yakin awak boleh lulus dengan markah cemerlang di sana.Teruskan menjadi kawanku yang tembam. haha.
Najihah,
Belajar rajin-rajin ye?Teruskan belajar dan jangan hiraukan apa orang kata pasal keterampilan awak.Dah cukup ayu dah awak ni. hehe.
Kak Yasmin,
Go for it Kak Yas!hehe. Qur pasti Kak Yas boleh berjaya.Do your best ok?hehe.

Oh,dan Alhamdulillah,Taufiq dah pulih.
Memang hari tu dia terkena Poison Ivy.Hmmm..
Kepada mereka yang suka bermain bola di padang yang dipenuhi rumput dan lalang,berhati-hatilah. :D

Baiklah,itu sahaja untuk malam ni.
Assalamualaikum.

Senyum Sokmo!

Assalamualaikum fellow readers. :)

Bismillah...

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ۝

Who, when a misfortune befalls them, say: Surely we are Allah's and to Him we shall surely return.۝


I don't know what exactly but Taufiq is ill.
VERY ill.

He went to play soccer after having lunch at home.
He left home normal.
But he returned with rashes all over his face,neck and torso. His face was lumpy with all those rashes.
My heart kinda stopped beating.I thought he was going to... well.. you know.

Mum brought him to see the doctor.The doctor said that there are 2 possibilities as to why Taufiq has those rashes.
1.He's allergic to something.
2.He kena Poison Ivy.

Poor Taufiq.He was really pale just now.Hope he gets better soon...
InsyaAllah...

Assalamualaikum

Sinar Iman di Jiwa Menghiasi Diri...

Assalamualaikum dearest brothers and sisters. :)

I'm sure none of you are wondering what i've been up to these past few days right?
Nevermind.I'm gonna tell you anyway. :D

So,some of my friends have already start applying for A Levels or Pre-U in local madrasah or filled in their Form A for courses in Poly.
Me?Im patiently awaiting the anouncement of SPM results.
Why SPM?
Because application forms in UIA are available only after SPM results are out,which by the way is in March. :D yipee.

Hmm,you sure seem confident about going to UIA.
Honestly,i'm not. I don't know if i'm up to it but i'm willing to try,insyaAllah.
But Qurcya,what if you don't get accepted?
Well,i plan to apply at KUIS then.Where else?
Why apply for diploma overseas?Why not stay in Singapore?
I want experience.I want to be independant,insyaAllah. Besides,did you know that being away from home really helps you study better?
Really?But you've never been away from home for more than 5 days...
When there's a will,there's a way! :D Besides,there's always a beginning to something right?


Right?




Right?Hello?

.......


Ok,never mind me.I'm just trying to convince myself.


So,what have i been up to these past few days?
I think you can actually see the results of my works these past few days.
Making layouts. :D
Well i've done some other things but,takkan nak cakap semua kan? huhu...

Well,going to An-Nur mosque for work with Azlina later.(heh,yeah.work.)
Hmm..i have the sudden urge to go to the library..Maybe tommorow? Siapa nak ikut?hehe

Ok,that's all for now.
I honestly have no idea what to update about.I just didn't want my blog to be dead.heh.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua! :)

Alhamdulillah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Hamdan lillah wa syukru lillah...

Pertama sekali,Qur ingin mengucapkan TAHNIAH kepada rakan-rakan yang telah berjaya mendapat tempat Top 10 untuk keputusan O Level.

Farah Shakiruuna,Fatin Firdaus,Aliah,Nabilah Othman,Fairuz,Salam dan Azhar.

Juga kepada Tengku Ahmad Syamil yang telah mendapat tempat ke-3,
Faris Alfiq Md Afandi yang mendapat tempat ke-2, (fuyyo...)
dan Abdul Hadi Ali Akbar yang berjaya mendapat markah tertinggi.

TAHNIAH!

Juga kepada semua rakan-rakan Qur. You all did your best. Apa-apa pun keputusannya,pasti ada hikmahnya. Bacalah post sebelum ini untuk keterangan lanjut. ;)
Apa-apa pun,TAHNIAH UNTUK SEMUA!

Qur juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan asatizah yang telah membimbing,mengajar dan banayk bersabar dengan Qur.
Terima kasih atas segalanya. :)

Tak lupa juga kepada semua yang telah mendoakan atas kejayaan Qur.
Tak tahu macam mana lagi nak ucapkan terima kasih... Qur hanya mampu doakan yang terbaik untuk antum semua.
Semoga sentiasa di bawah lindungan,barakah dan keredhaanNya insyaAllah.
Semoga antum semua berjaya bukan hanya di dunia,tetapi di akhirat juga,insyaAllah.
Terima kasih semua! :)

Last but not least,jutaan terima kasih kepada keluarga Qur...
Mak,bapak dan abang Ebal...
Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberi.
Sayang semuanya~ :D













Dah. Tu je.













Nak apa lagi ni?













Takde...result tkde....













Hehe..Alhamdulillah..
Qur lulus. :)
Terima kasih semua yang telah mendoakan yang terbaik untuk Qur.
Terima kasih banyak banyak.
Sungguh Qur sangat-sangat bersyukur sekarang ni...Alhamdulillah.

Baiklah,di sini sahaja.
Assalamualaikum. :)

Kuatkan jiwa,tabahkan hati.Teruskan perjuangan!

Assalamualaikum wr wb.

Pastinya,rakan-rakan seperjuangan sekarang berasa gementar tentang results kan?
Pastinya,semua sibuk berdoa agar lulus peperiksaan ni kan?
Pastinya,ada yang sampai terbawa-bawa ke mimpi tentang results ni kan?

Sama lah.Tapi belum terbawa ke mimpi lagi.hehe.

Qur hanya ingin tulis sesuatu sebagai peringatan untuk diri Qur sendiri.
InsyaAllah kalau ada yang ingin baca,silakan...
Jemput baca... hehe.


Sesungguhnya,apa-apapun keputusan kita esok,
lulus atau sebaliknya,
mendapat markah tertinggi atau cukup makan sahaja,
above expectations atau sebaliknya,
ingatlah,bahawa itu semua ketentuanNya.TakdirNya.QadarNya.
Ianya sesuatu yang telah ditulis sejak dahulu lagi.

Kalau baik,alhamdulillah.
Kalau kurang memuaskan,alhamdulillah juga.

Kita jangan fikir: Alah,i could've done much,MUCH better sey...
Tapi fikirlah: Alhamdulillah. It could have been worse.
Jadilah seorang yang optimist. :)

Kita harus ingat dan terus ingat bahawa Allah inginkan yang terbaik untuk hambaNya.
Katakan markah kurang memuaskan esok,tak bererti Allah tak sayang kita.
Ia bermakna Allah hendak menguji kesabaran kita.
Maka janganlah meratap macam ada orang mati kalau markah kurang baik.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kalau markah baik,jangan lupa untuk bersyukur dan mengucapkan hamdallah. Kita tak akan lulus tanpa izinNya. Tak lupa juga untuk mendoakan mereka-mereka yang telah mendoakan kita. :)

Dan sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
Dia yang mencipta kita dan Dia tahu yang terbaik untuk kita semua.

Apa-apa pun,ingatlah kata-kata ini;

Always pray for the best,and be prepared for the worst.


Doa mesti yang baik-baik kan? Tapi pada waktu yang sama,kita harus bersedia untuk menghadapi kenyataan yang kekadang teramat pedih.
Kalau tak bersedia susah. Kita akan berasa yang dunia ini tidak adil.
Be prepared for everything.
Sediakan tisu sebelum berhingus. hehehe

Harap betulkan mana yang tersilap ye?Sesunggunya Qur hanya seorang pelajar yang belum cukup ilmu.

All the best untuk esok.Semoga berjaya,tenang dan sabar,insyaAllah.
Teruskan perjuangan! :D
Assalamualaikum.

Manusia dibunuh,manusia dikejar

Assalamualaikum semua...

Sungguh,Qur berasa sedih.
Sedih memerhatikan nasib saudara seislam kita di Palestine.
Sungguh Qur geram dengan tindakan zionist la'natullah.
Tapi sesungguhnya,Qur sedar,sebalik penumpahan darah ini pasti ada hikmahnya.
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui...

Teringat Qur dengan lirik lagu kumpulan Sofea.
Qur tak tahu semua liriknya sebab lagu mereka belum dikeluarkan lagi..
Qur hanya mendengarkannya di Gig nasyid kemarin..
Liriknya begini:

"Putra putri,bangkitlah...
Jangan biarkan lagi zionist menguasai kita...

Manusia dibunuh,manusia dikejar...(part ni dia repeat banyak2 kali.heh.) "

Tadi Qur ada baca-baca artikel di iluvislam.com.
Dan satu artikel ni betul-betul buat Qur sedar betapa lemahnya Qur sebagai hambaNya dan juga sebagai ummat kepada Rasulullah s.a.w.
Meh Qur kongsi artikel tu dengan semua...


Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dengan muka bersih di muka pintu rumah kita...
Apa yang kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat2 dan lantas mempersilakan baginda mmasuk ke ruang tamu kita...
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita...
Baginda tetap tersenyum...

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan CD X-rated yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkannya dahulu video tersebut ke dalam...
Baginda tetap tersenyum...

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan menukarkannya dengan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD.
Baginda tetap tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah s.a.w bersedia menginap di rumah kita...
Barangkali teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu2 barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah s.a.w.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak2 kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah kerana kita lupa dan lalai mengajari anak2 kita...
Baginda tetap tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu apabila anak2 kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers dan Ninja Turtles.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar rehat menjadi ruang solat...

Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.
Baginda tetap tersenyum...

Belum lagi koleksi buku2 kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak2 kita...
Belum lagi koleksi album kita dan anak2 kita...
Ke mana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita...
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi...
Baginda tetap tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV...
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat...
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran...
Baginda tetap tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang sentiasa lewat di hadapan rumah kita...
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah s.a.w menanyakan tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita...
Betapa senyuman Baginda masih lagi di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita...?

Ataukah dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu....

Maafkan kami Ya Rasulullah....
Masihkan Baginda tersenyum....
Senyum pilu, senyum sedih, dan senyum getir....

Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...



Sekian,
Assalamualaikum.

PS: result O Level akan keluar pada 12hb Januari,Isnin,pukul 2. Doakan kami semua lulus ya?InsyaAllah. :) [kalau nak doa lebih sikit untuk Qur pun apa salahnya.heh.perghh.tak tau malu. =.=']

Sangka-Sangka

Assalamualaikum.
Pagi ni,Qur ingin kongsi sesuatu pada semua.Semoga menjadi satu kesedaran pada kita yang sering terlupa,insyaAllah.



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud(hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk (atau sombong)
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Orang peramah disangka gedik

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhhuwah seperti musnahnya kayu dimakan api...
Satu benda yang kita lihat,bermacam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimanakita melihatnya...

Wallahua'lam.



Memang terkesan bila membaca.
Semoga ia menjadi satu renungan dan muhasabah pada diri Qur ni dan juga sesiapa yang membaca,insyaAllah.
Assalamualaikum.

Layouts are back

Assalamualaikum.

Kepada yang minat, Qur dah letak layout blog balik dah di blog ni.
Sila klik perkataan Layout di atas tu.
2 layout baru telah pun ditambah,alhamdulillah..

Sekian,
Assalamualaikum.

2009

Assalamualaikum all. :)

Ok,I might be a little late but- Happy New Year to all.
I couldn't see the relevance of wishing HNY because i already did wish a Ma'al Hijrah before this.
But hey,since everyone's doing it.

To Anaa and Fifa who has been waiting so patiently for me to put up my layouts again,thank you for your patience.I'll put it up very soon,insyaAllah.

Im getting ready to acompany Az today.She told me to help out selling some stuff at An-Nur mosque. We'll,it's been a while since I went out and about in Singapore.huhu..
Taufiq and Luqman went to school today.
School already started for them..

Feels kinda odd not getting ready with them.
I used to be the one pestering them,especially Luqman,to get ready quickly for school.
Its the Student Leader in me i guess.Don't ask.huhu.

Ah..i miss being a Student Leader...
Ushering,shoo-ing..hehe..

Time really flies don't they?
2 more days and I'm turning 18!SubhanAllah..
No,its not old.Just more matured. hahaha

Well,i'll update more later,insyaAllah.
Assalamualaikum.