Cinta dan Perkahwinan

Assalamualaikum wr wb. :)

Membaca tajuk di atas ini,pasti ramai yang ghairah kan?
Hehe..Qur bukanlah seorang pakar cinta dan bukan juga seorang yang fasih bab perkahwinan.
Qur hanya ingin mengongsi sebuah cerita pendek yang Qur terbaca di blog Kak Ain,seorang ahli kumpulan nasyid muslimah,Sofieya.

Perhatian: Qur telah pun menukar serba sedikit ayat-ayat dalam cerita ini agar lebih senang untuk dibaca dan difahami,insyaAllah. :)

Al kisah...


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta?Bagaimana boleh saya mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting yang padamu sangat menakjubkan. Ini ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Kerana saya hanya terpaksa memilih satu ranting sahaja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah akan ada yang lebih menakjubkan di hadapan nanti..
Maka saya biarkan ranting itu. Tetapi,saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Maka akhirnya, saya tidak mengambil sebatang pun.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula...

Pelajar tersebut bertanya kepada gurunya: Apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi jangan sesekali kamu mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok sahaja,dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi. Kerana itu ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu.Pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

Tamat

Kesimpulan: Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya.
Dan janganlah terlalu memilih jodoh. Terimalah pasangan anda dengan seadanya.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.Wallahu a'lam...

Bijak sungguh cerita ini ya?
Qur tak pasti pada yang lain tapi Qur agak terkesan dengan cerita pendek ini.
Tapi jangan juga kita terlalu tidak ambil peduli dalam bab cinta dan perkahwinan ni.
Pilih baik-baik.Minta pendapat ibu bapa yang tercinta dan jangan lupa untuk berserah kepada Allah seandainya kekalutan hati melanda. :)

perghh,berbunga-bunga pula Qur ni.hehe..
Sesungguhnya apa yang Qur katakan ini berdasarkan apa yang Qur telah terbaca,terdengar dan tertahu. Sepertimana yang Qur telah katakan di atas,Qur bukanlah seorang pakar cinta dan sesungguhnya Qur hanya seorang pelajar yang masih belum cukup ilmu pengetahuan.

Haza faqat minni,
Ilalliqa' fi yaumil aakhar.

Assalamualaikum. :)

2 comments

  1. Quite an eye opener this article....
    Jangan dikejar cinta, apa itu cinta? bagaimana kita nak kenalpasti bahawa itu cinta yang tidak patut dikejar?

    Perkahwinan? Bagaimana kita nak kenalpasti bahawa itulah org yg patut kita 'kejar' supaya dpt bernikah dgnnya?

    Bagaimana kita ingin mengukur? How do we measure, 'the right time'?

    Is it by time, as in, it's not time yet, so no point in chasing cuz anything that happens within dis time frame is 'cinta' and when ur old enuf(ready financially etc) to marry, anytin dat happens here is the 'perkahwinan' criteria?

    Or when at the wrong time, all dat can happen is 'cinta' and when its the right time , the 'cinta' can be further evolved into 'nikah'?

    What happens if ur at the wrong time yet the other is at the right time?what is it then? what should one do in such a situation?

    relating to one of ur other posts,we shouldnt be too selfish nor too selfless..but sometimes u just cant do the right thing without the other being hurt.the different thing about it is that whether it's the 'right' hurt or the 'wrong' hurt..saja2 tinggal or u decide to tinggal not cuz of some petty reason?

    is love infatuation+logic evolved into a higher level which is marriage? or just infatuation+logic? or is love another definition altogether? again, how do you identify? personally, what do you think?

    ahahahah...thinking too much at 4.45 am ...nice post though.
    i hope u can give response to this comment..critical thinking! =P

    im arif by the way...=D

    ReplyDelete
  2. Salaam.

    As mentioned in the post,im not an expert in this topic but i'll try my best to answer your questions.

    So ur asking about when is the appropriate time to start looking for a life partner kan?

    U also question abt how we'd know if that person is our life partner?
    I'll answer this one first: istikharah.

    In this short life of ours,confirm we hv fallen for someone right? Fitrah manusia... How do we know if he/she is the right person? istikharah. no doubt this will take time..weeks..months or even years maybe. but it is certain bcuz as we all know,jodoh di tangan Tuhan. Whats important is that kita dh usaha by performing sembahyang istikharah.

    About the right time,i think this is different or everyone.. ada je orang yang kawin muda...ada yang dah 60+ baru dapat kawin. I guess its a matter of logic lah...

    If lets say u are 14 when u 'think' u've found ur true love and life partner. wajar ke pergi masuk meminang?

    What about at this age?perhaps? tapi cukup ke persiapan untuk berumahtangga? if u think u r ready to go after that person then by all means, go. but im sure even u wld want to finish ur studies sampai main campus dulu kan?

    Tapi ada je orang yang nikah at our age because perhaps dorg dh smbhyg istikharah and have seen that they r meant for each other. See,istikharah again.

    For me,when it comes to jodoh,there's no wrong or right time... if u've met that person,got the answer from ur istikharah,then definitely that is the right time. For me lah. just a personal opinion.

    Thats about as much as i can reply.sakit kepala.haha.

    I know its not much but i hope it answers atleast a few of ur questions. :)

    ReplyDelete