Kuatkan jiwa,tabahkan hati.Teruskan perjuangan!

Assalamualaikum wr wb.

Pastinya,rakan-rakan seperjuangan sekarang berasa gementar tentang results kan?
Pastinya,semua sibuk berdoa agar lulus peperiksaan ni kan?
Pastinya,ada yang sampai terbawa-bawa ke mimpi tentang results ni kan?

Sama lah.Tapi belum terbawa ke mimpi lagi.hehe.

Qur hanya ingin tulis sesuatu sebagai peringatan untuk diri Qur sendiri.
InsyaAllah kalau ada yang ingin baca,silakan...
Jemput baca... hehe.


Sesungguhnya,apa-apapun keputusan kita esok,
lulus atau sebaliknya,
mendapat markah tertinggi atau cukup makan sahaja,
above expectations atau sebaliknya,
ingatlah,bahawa itu semua ketentuanNya.TakdirNya.QadarNya.
Ianya sesuatu yang telah ditulis sejak dahulu lagi.

Kalau baik,alhamdulillah.
Kalau kurang memuaskan,alhamdulillah juga.

Kita jangan fikir: Alah,i could've done much,MUCH better sey...
Tapi fikirlah: Alhamdulillah. It could have been worse.
Jadilah seorang yang optimist. :)

Kita harus ingat dan terus ingat bahawa Allah inginkan yang terbaik untuk hambaNya.
Katakan markah kurang memuaskan esok,tak bererti Allah tak sayang kita.
Ia bermakna Allah hendak menguji kesabaran kita.
Maka janganlah meratap macam ada orang mati kalau markah kurang baik.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kalau markah baik,jangan lupa untuk bersyukur dan mengucapkan hamdallah. Kita tak akan lulus tanpa izinNya. Tak lupa juga untuk mendoakan mereka-mereka yang telah mendoakan kita. :)

Dan sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
Dia yang mencipta kita dan Dia tahu yang terbaik untuk kita semua.

Apa-apa pun,ingatlah kata-kata ini;

Always pray for the best,and be prepared for the worst.


Doa mesti yang baik-baik kan? Tapi pada waktu yang sama,kita harus bersedia untuk menghadapi kenyataan yang kekadang teramat pedih.
Kalau tak bersedia susah. Kita akan berasa yang dunia ini tidak adil.
Be prepared for everything.
Sediakan tisu sebelum berhingus. hehehe

Harap betulkan mana yang tersilap ye?Sesunggunya Qur hanya seorang pelajar yang belum cukup ilmu.

All the best untuk esok.Semoga berjaya,tenang dan sabar,insyaAllah.
Teruskan perjuangan! :D
Assalamualaikum.

No comments