Bukankah...?

Assalamualaikum wr wb.

Cerita satu;

Ahmad sedang dalam perjalanan ke sekolah. Dia menaiki MRT yang sangat sesak.
Nasibnya baik pagi itu kerana telah mendapat tempat duduk. Dia berasa amat bersyukur kerana dia berasa teramat letih dan mengantuk. Sekolahnya pula agak jauh dari rumahnya. Belum sempat dia menutup mata untuk istirehat seketika, seorang lelaki warga emas telah menaiki dari stesen berikutnya. Hatinya terus merasa simpati dan hormat pada lelaki itu lalu dia pun memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu...

Cerita dua;

Ali sedang duduk selesa di dalam sebuah bas yang sesak. Kelihatan seorang pelajar sekolah rendah berdiri tidak jauh darinya. Dengan beg yang dua kali ganda besar dari badannya,pelajar itu tampak keletihan.

"Ah,aku lagi letih. Penat sekolah dari pagi sampai petang... Dia muda lagi. Boleh tahan punye..."
Ali berfikir sendirian. Lalu dia pun memejamkan mata.  

*************


"...في رواية : " ليس منّا من لم يرحم صغيرنا ويوقر کبيرنا 

Bukan dari golongan kami mereka yang tidak mengasihani yang muda dan tidak monghormati yang dewasa...



Alhamdulillah, ramai juga di kalangan kita yang menghormati orang dewasa. Baik di rumah, di luar, di dalam pengangkutan awam dan sebagainya.
Tetapi masih ada yang tidak memberi belas kasihan pada mereka yang lebih muda.

Mungkin kita berasa kita lebih berhak dari mereka kerana kita lebih dewasa.. Tetapi rugi kah jika sekali sekala kita menggadaikan kenikmatan yang kita dapat untuk mereka? Bukankah kita akan mendapat pahala dari perbuatan kita itu?

Penat itu hanya seketika... InsyaAllah, bagi setiap perbuatan dan amalan pasti ada ganjarannya. Kalau bukan sekarang,mungkin di akhirat kelak. Bukankah itu lebih baik?

Saya menulis ini sebagai peringatan pada diri saya sendiri yang sering lupa...
Wallahua'lam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 
pada teman rapat yang saya hormati,
NURULLE HASANAH. :)

Semoga kamu termasuk dalam golongan para mukminat dan ahli syurga,insyaAllah...

Dan kepada mereka-mereka yang ingin Qur ajar buat blog,bila nak mula?
jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama..hehehe..


Mari pakat sebarkan mahabbah dan rahmah di kalangan kita semua! :)
Assalamualaikum.

apa maksudnya?

Assalamualaikum.

Apa tu? Gambar air? 
Iya,itu gambar air. Sesaje letak gambar tu.
Mungkin gambar itu tak bermakna mungkin juga ia bermakna...

Apakah maksud disebalik gambar itu?
Hah,kalau rajin,sila fikirkan. :)
Kalau ingin tahu maksudnya,silalah tanya.InsyaAllah Qur akan jawab. :)

Sesungguhnya,tangan Qur gatal nak buat layout baru.
Maka inilah hasilnya. Tak seberapa tapi tetap Qur suka. Alhamdulillah.

Sekian,
Assalamualaikum

Something to share with all


1) Four things that make your body sick:-
 
 
a) Excessive talking
b) Excessive sleeping
c) Excessive eating 
d) Excessive meeting/outing with people 

 
2) Four things that destroys the body:- 
a) Worrying 
b) Sorrow (Sadness/Grief) 
c) Hunger
d) Sleeping late at  night 

 
3) Four things that make the face appear dull and  haggard:- 
a) Lying 
b) Being disrespectful/impudent (knowingly) 
c) Baseless  arguements 
d) Excessive immorality (committing sins without fear) 

4) Four things that make the face  glow and  shine:- 
a) Piety 
b) Loyalty 
c) Generosity and kindness 
d) Helpful to others without being asked 

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:- 
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise) 
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers 
c) Laziness/Idleness 
d) Treachery/Dishonesty 

6) Four things that bring/increase the Rizqi:- 
a) Staying up in the night in prayers 
b) Excessive Repentance 
c) Regular Charity 
d) Zikr (Remembrance of Allah)

Wallahua'lam.
Assalamualaikum wr wb.

Diriku yang sering terlupa


When there is only a single star left in the sky.
At that very moment, the path of forgiveness will close.
The writing in the Quran will vanish.
The sun will lower itself with the earth.

Prophet Muhammad saw said, 'Who ever delivers this news to someone
else, I will on the Day of Judgement make for him a place in Jannat
.'

Assalamualaikum.

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. 

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. 
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaikMenyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya,jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin busuk,begitu juga hati.


------------------------------------------------------------

Dipetik dari Iluvislam.com
Assalamualaikum

Tanpa ku sedari...

Assalamualaikum wr wb.
Nak kongsi sesuatu yang Qur terjumpa di blog ini.
Cerita asalnya agak panjang maka Qur telah meringkaskannya;

Di bawah adalah sebuah perbualan di chatroom antara Amin dan Wani.
Mereka sudah betahun bercouple secara islamik. (rasanya,ramai yang tahu definasi bercouple secara islamik kan?)

Couple Islamik ni adalah satu istilah yang diberi pada pasangan islam yang bercouple atau bersteady. Mereka ini lain dari couple biasa.
Mereka tidak berpegang tangan, tidak keluar berdua-duaan, pakaian sopan dan terjaga, perintah Allah tak dilupakan dan sebagainya.
Mereka ni dikatakan lebih baik dari couple biasa kerana tidak melanggar perintah Allah semasa bercouple.


Amin kini belajar di UK manakala Wani tetap di Kuantan.
Semakin lama Amin di UK,perangainya terhadap Wani semakin berubah. Dia makin giat memberi kata-kata nasihat kepada Wani.

Pada hari lahir Wani, biasanya dia akan menghantar kad hari jadi yang besar dan bermuzik. Namun, pada hari lahirnya tahun ini, Amin telah menghantar ucapan hari jadi melalui SMS sahaja.

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK
-"


Wani pun mula berasa ragu-ragu. Mungkinkah Amin sudah tidak menyayanginya lagi?
Kita ikuti kesudahan cerpen ini di bawah. :)



'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'birthday wish' aku.
Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..'
Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...



Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin
: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…



Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang.
Ku kesat peluh di dahi…
Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini.
Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata.
Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu.
Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Assalamualaikum

Dikaulah permata hatiku



Qur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ibu yang tersayang,tulus dari anakmu yang paling hensem. hehe..
(susah tau bersaing dengan abang dan adik-adik.huhu...)


Sebelum terbitnya matahari,Qur tersentak dari tidur.
Ada sesuatu yang harus Qur lakukan...


Seusai menyucikan diri,Qur mulakan tugasan dengan bismillah...
Titisan air mata membasahi pipi... (ehem.curi ayat dari lirik lagu.)
Qur tekap dengan tisu.
Tak tahan rasanya...


Pilu bercampur geram...
Mengapa harus jadi sebegini?
Ya Allah...bantulah hambaMu ini...

Tak tahan rasanya...
Air mata masih tak henti meleleh...
Qur tahan.
Di tangan kanan,Qur qur mengenggam sebilah pisau..
Kalau mengikutkan hati,ingin sahaja Qur
habiskannya di situ sahaja.
Tapi tak boleh.Itu bukan cara yang betul.

Tabahkan hatimu wahai Qurcya...
Qur pun mengesat air mata yang akhirnya berhenti meleleh...
Lantas Qur menarik nafas dalam-dalam...-
dan sambung menghiris bawang untuk membuat nasi goreng khas untuk ibu tersayang. :D


Pedih betul mata kena percikan air bawang tu..huhu..



Sekali lagi,Selamat Hari Lahir mak.
Semoga panjang umur,murah rezeki dan diberi kesihatan yang mencukup oleh Ilahi.
Semoga mak termasuk golongan penghuni syurga dan sentiasa di bawah lindunganNya.
:)


Sekian untuk hari ini,
Assalamualaikum.





Alhamdulillah

Assalamualaikum wr wb.

Alhamdulillah...
Siap sudah layout baru.

Alhamdulillah...
Bersyukur Qur kerana membeli buku Tautan Hati.Memang penuh dengan manfaat dan hikmah.
Terasa malu pula diri ini...Astarghfirullah...

Alhamdulillah...
InsyaAllah Khamis ini Qur akan ke UIA sekali lagi.Kali ini untuk apply pula.
Doakan Qur dan Husnul dapat terus menimba ilmu Allah yang luas di sana,insyaAllah.
Doakan kami diterima sebagai pelajar di sana...
Semoga Allah merahmati dirimu ya akhawat wa ikhwan fillah.

Sekian,
Assalamualaikum.

menjaga 7 sunnah Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum wr wb.
Qur ingin kongsi sebuah artikel yang Qur terbaca di iluvislam.com.
Semoga ia menjadi satu peringatan pada Qur dan sesiapa sahaja,insyaAllah...

"Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati tetapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.

Hendaklah kita selalu menjaga 7 sunnah Nabi setiap hari, iaitu; 

Pertama: tahajjud. Kerana kemuliaan seorang mukmin terlertak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Quran sebelum terbitnya matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak padanya.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang sedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwhudu.
Kata khalifah 'Ali bin Abu Thalib: " Orang yang selalu berwhudu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat. Dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa; ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah. "

Ketujuh: amalkan istirghfar setiap saat. Dengan istirghfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


"Zikir adalah bukti syukur kita pada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme."

Wallahu'alam.
Assalamualaikum.

Sejadah Cinta





Lesir daunan di hembus bayu
sayup kedengaran memecah hening.
Tersentakku dari tidur yang lena
lantas ku syukuri nikmat hidup sementara.

Ku gagahi langkahkan kaki,
sucikan diri bertemu ilahi.
Sedang yang lain diulit mimpi aku sendirian
sujud harap keampunan.

Titisan airmata membasahi pipi,
mengenang dosaku yang menggunung tinggi
Gentarnya hati jiwaku merintih,
bimbang ruang taubatMu kan tertutup tanpa ku sedari.

Ya Allah Tuhanku maafkan daku
hambaMu menyerah padaMu.
Dikaulah tuhan tempatku mengadu
tunjukkan daku jalanMu yang lurus
ampunkanku.

Ku kesali dosa-dosaku,
hatiku menyeru memohon redhaMu ya Allah.


Lagu ini mengisahkan seorang hamba yang bangun pada waktu malam untuk mengadu dan memohon keampunan dari Allah.
Sayu dan syahdu..SubhanAllah..

Assalamualaikum.

Terasa Diri Ini sentiasa mengadu padaMu

Assalamualaikum wr wb.

Rasanya,minggu ini memang sangat sesak.
Bermacam-macam perkara yang harus Qur fikirkan.
Berbagai-bagai kerja harus disiapkan.
Tak terkira semuanya... (actually,boleh lah juga kira.hehe..)

Minggu lepas,Qur dan Husnul sudah pun ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan USIM (Universiti Islam Sains Malaysia. Dahulu dikenali sebagai KUIM-bukan KUIS.hehe) untuk meninjau-ninjau keadaan di sana.
Alhamdulillah,ada yang sudi membantu.
Terima kasih Kak Umi dan Om Udin. :)
Sekarang ini,giliran kami pula untuk memilih universiti yang kami inginkan.

Wah...baru dapat O level dah boleh masuk U eh?
Dok ah...Di universiti nanti,kami harus menduduki Foundation Studies dahulu.
Setahun atau 2 tahun kemudian,insyaAllah baru kami boleh mula belajar di Universiti.

InsyaAllah hujung minggu ini,Qur akan ke UIA bersama mak bapak Qur untuk menghantar borang penyertaan.
Tarikh penutupnya adalah pada 1 Mac.
Harapnya tak terlalu lambat...
Doakan Qur dan juga Husnul dapat diterima di sana,insyaAllah...

Kenapa awak tak sambung Pre-U di Singapura macam kawan-kawan awak yang lain?Kan lagi senang...
Haaa..di soalan itu sudah pun terdapat jawapannya. "macam kawan-kawan awak yang lain".
Itu mereka dan ini Qurcya. Entah mengapa hati Qur tak terbuka untuk mengambil Pre-U di sini...
Ada banyak lagi sebab-sebabnya tetapi rasanya tak perlulah Qur nyatakan semuanya di sini ya? :)

Ya Rabbi..tiba-tiba rasa kecut pula.
Ya Allah,berilah aku ketenangan minda dan kesabaran yang mencukupi ya Allah..
Bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah...


InsyaAllah,usai segala perkara yang kini menjadi halangan tabiat hidup Qur,Qur akan menceritakan lebih lanjut lagi ya?InsyaAllah...

Hmm..di sini Qur ada beberapa gambar yang dipetik semasa di KL tempoh hari.
Kalau nak lihat,sila scroll ke bawah. :)



Lyssa,Husnul & Kak Umi di luar surau KLCC.


Kek Hazelnut dari Indonesia,Kek coklat dari Malaysia dan kek keju raspberry dari Singapura.


Entah Qur pun tak tahu siapa budak comel ni.Qur ternampak dia dalam LRT hari tu.heh.Tapi comel kan? :D


Sekian,
Assalamualaikum.

Yakin dengan Benar




Assalamualaikum wr wb. :)
Klip video di atas tu adalah sebuah adengan dari filem Space Jam.
Siapa pernah tonton filem itu,angkat tangan! :D

Zaman Qur kecil-kecil dahulu,Qur minat sangat dengan filem ini.
Pada Qur,ia teramat lucu.Watak yang paling Qur gemar ialah Wile E. Coyote.
Comel.hehe

Tiba-tiba Qur teringat pada filem ini...
Merujuk klip di atas,pada awal klip tu,kelihatan ahli kumpulan Michael Jordan berebut-rebut hendak meminum air dari botol berwarna biru itu kan?
Kepada yang belum menonton filem ini,air di dalam botol tu hanyalah air putih semata-mata.
Bugs Bunny telah mengisinya lalu mengatakan bahawa ianya air sakti. (Tak silap.hehe)

Dia mengatakan bahawa air itu dapat membantu mereka menjadi lebih kuat,licik dan mahir bermain bola keranjang.
Satu tipuan yang baik.

Mengapa?
Kerana mereka semua percaya bulat-bulat dengan kata-kata Bugs Bunny dan menganggap air itu benar-benar bersakti.
Jika sebelum meminum air itu mereka semua lemah tak bermaya,seusai meminumnya mereka lebih bertenaga dan mula bermain dengan lebih baik walaupun air itu hanya air putih.

Keyakinan mereka bahawa air itu adalah air sakti cukup untuk memberi mereka semangat yang kukuh dan kental.
Keyakinan.

Apa yang Qur pelajari dari sini,ialah dalam apa jua kerja,amalan atau perbuatan kita,kita harus yakin.
Yakin dengan benar.
Yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita dan yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan itu.
InsyaAllah kejayaan dapat dicapai dan digenggam.

Yakin Qur,yakin dengan benar! *muka penuh keyakinan.*

Esok petang insyaAllah Qur akan naik ke KL.
Doakan Qur selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ye?InsyaAllah.

Sekian,
Assalamualaikum. :)

Takdir Penentu

Assalamualaikum wr wb.

February's here.
Most of my friends are already in school either taking Pre-U level,studying in Poly or racking their brains in JC.
Some are also retaking their papers in some private schools.
Wherever you are,whatever it is you guys are doing,i wish you all the best,and will certainly pray for your best as well. :)
Study smart,and have consistency in your ibadah as well.
Don't let others influence you.Its you who have to influence others o' future caliphs. :P (insyaAllah)
Go for it guys! :D

As for me,well,let's keep it hush hush at the moment.
I'll update more about me when the time comes.
One thing for sure,i'm looking forward to going to KL the day after tommorow.(perghh,macam nama movie pula.haha)

Whatever for?
We will find out after the break.
keh3.
But do make doa for me,insyaAllah.May Allah bless you. :)


Ah yes.
New layout.
Mum hates it.hehe.

It's ok.I just wanted something simple.
This layout for me is also something new.
As you can see,this layout does not have any images that needs to be uploaded or editted.
They're merely codes,codes and more codes.huhu.

Well,that's all for today.
Have a nice day ahead!
If you're sick,do consume some medication or consult a doctor. :)

Assalamualaikum.