Bukankah...?

Assalamualaikum wr wb.

Cerita satu;

Ahmad sedang dalam perjalanan ke sekolah. Dia menaiki MRT yang sangat sesak.
Nasibnya baik pagi itu kerana telah mendapat tempat duduk. Dia berasa amat bersyukur kerana dia berasa teramat letih dan mengantuk. Sekolahnya pula agak jauh dari rumahnya. Belum sempat dia menutup mata untuk istirehat seketika, seorang lelaki warga emas telah menaiki dari stesen berikutnya. Hatinya terus merasa simpati dan hormat pada lelaki itu lalu dia pun memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu...

Cerita dua;

Ali sedang duduk selesa di dalam sebuah bas yang sesak. Kelihatan seorang pelajar sekolah rendah berdiri tidak jauh darinya. Dengan beg yang dua kali ganda besar dari badannya,pelajar itu tampak keletihan.

"Ah,aku lagi letih. Penat sekolah dari pagi sampai petang... Dia muda lagi. Boleh tahan punye..."
Ali berfikir sendirian. Lalu dia pun memejamkan mata.  

*************


"...في رواية : " ليس منّا من لم يرحم صغيرنا ويوقر کبيرنا 

Bukan dari golongan kami mereka yang tidak mengasihani yang muda dan tidak monghormati yang dewasa...



Alhamdulillah, ramai juga di kalangan kita yang menghormati orang dewasa. Baik di rumah, di luar, di dalam pengangkutan awam dan sebagainya.
Tetapi masih ada yang tidak memberi belas kasihan pada mereka yang lebih muda.

Mungkin kita berasa kita lebih berhak dari mereka kerana kita lebih dewasa.. Tetapi rugi kah jika sekali sekala kita menggadaikan kenikmatan yang kita dapat untuk mereka? Bukankah kita akan mendapat pahala dari perbuatan kita itu?

Penat itu hanya seketika... InsyaAllah, bagi setiap perbuatan dan amalan pasti ada ganjarannya. Kalau bukan sekarang,mungkin di akhirat kelak. Bukankah itu lebih baik?

Saya menulis ini sebagai peringatan pada diri saya sendiri yang sering lupa...
Wallahua'lam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 
pada teman rapat yang saya hormati,
NURULLE HASANAH. :)

Semoga kamu termasuk dalam golongan para mukminat dan ahli syurga,insyaAllah...

Dan kepada mereka-mereka yang ingin Qur ajar buat blog,bila nak mula?
jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama..hehehe..


Mari pakat sebarkan mahabbah dan rahmah di kalangan kita semua! :)
Assalamualaikum.

No comments