Dikaulah permata hatiku



Qur ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ibu yang tersayang,tulus dari anakmu yang paling hensem. hehe..
(susah tau bersaing dengan abang dan adik-adik.huhu...)


Sebelum terbitnya matahari,Qur tersentak dari tidur.
Ada sesuatu yang harus Qur lakukan...


Seusai menyucikan diri,Qur mulakan tugasan dengan bismillah...
Titisan air mata membasahi pipi... (ehem.curi ayat dari lirik lagu.)
Qur tekap dengan tisu.
Tak tahan rasanya...


Pilu bercampur geram...
Mengapa harus jadi sebegini?
Ya Allah...bantulah hambaMu ini...

Tak tahan rasanya...
Air mata masih tak henti meleleh...
Qur tahan.
Di tangan kanan,Qur qur mengenggam sebilah pisau..
Kalau mengikutkan hati,ingin sahaja Qur
habiskannya di situ sahaja.
Tapi tak boleh.Itu bukan cara yang betul.

Tabahkan hatimu wahai Qurcya...
Qur pun mengesat air mata yang akhirnya berhenti meleleh...
Lantas Qur menarik nafas dalam-dalam...-
dan sambung menghiris bawang untuk membuat nasi goreng khas untuk ibu tersayang. :D


Pedih betul mata kena percikan air bawang tu..huhu..



Sekali lagi,Selamat Hari Lahir mak.
Semoga panjang umur,murah rezeki dan diberi kesihatan yang mencukup oleh Ilahi.
Semoga mak termasuk golongan penghuni syurga dan sentiasa di bawah lindunganNya.
:)


Sekian untuk hari ini,
Assalamualaikum.





No comments