Tanpa ku sedari...

Assalamualaikum wr wb.
Nak kongsi sesuatu yang Qur terjumpa di blog ini.
Cerita asalnya agak panjang maka Qur telah meringkaskannya;

Di bawah adalah sebuah perbualan di chatroom antara Amin dan Wani.
Mereka sudah betahun bercouple secara islamik. (rasanya,ramai yang tahu definasi bercouple secara islamik kan?)

Couple Islamik ni adalah satu istilah yang diberi pada pasangan islam yang bercouple atau bersteady. Mereka ini lain dari couple biasa.
Mereka tidak berpegang tangan, tidak keluar berdua-duaan, pakaian sopan dan terjaga, perintah Allah tak dilupakan dan sebagainya.
Mereka ni dikatakan lebih baik dari couple biasa kerana tidak melanggar perintah Allah semasa bercouple.


Amin kini belajar di UK manakala Wani tetap di Kuantan.
Semakin lama Amin di UK,perangainya terhadap Wani semakin berubah. Dia makin giat memberi kata-kata nasihat kepada Wani.

Pada hari lahir Wani, biasanya dia akan menghantar kad hari jadi yang besar dan bermuzik. Namun, pada hari lahirnya tahun ini, Amin telah menghantar ucapan hari jadi melalui SMS sahaja.

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK
-"


Wani pun mula berasa ragu-ragu. Mungkinkah Amin sudah tidak menyayanginya lagi?
Kita ikuti kesudahan cerpen ini di bawah. :)



'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'birthday wish' aku.
Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..'
Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...



Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin
: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…



Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang.
Ku kesat peluh di dahi…
Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini.
Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata.
Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu.
Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Assalamualaikum

No comments