Terasa Diri Ini sentiasa mengadu padaMu

Assalamualaikum wr wb.

Rasanya,minggu ini memang sangat sesak.
Bermacam-macam perkara yang harus Qur fikirkan.
Berbagai-bagai kerja harus disiapkan.
Tak terkira semuanya... (actually,boleh lah juga kira.hehe..)

Minggu lepas,Qur dan Husnul sudah pun ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan USIM (Universiti Islam Sains Malaysia. Dahulu dikenali sebagai KUIM-bukan KUIS.hehe) untuk meninjau-ninjau keadaan di sana.
Alhamdulillah,ada yang sudi membantu.
Terima kasih Kak Umi dan Om Udin. :)
Sekarang ini,giliran kami pula untuk memilih universiti yang kami inginkan.

Wah...baru dapat O level dah boleh masuk U eh?
Dok ah...Di universiti nanti,kami harus menduduki Foundation Studies dahulu.
Setahun atau 2 tahun kemudian,insyaAllah baru kami boleh mula belajar di Universiti.

InsyaAllah hujung minggu ini,Qur akan ke UIA bersama mak bapak Qur untuk menghantar borang penyertaan.
Tarikh penutupnya adalah pada 1 Mac.
Harapnya tak terlalu lambat...
Doakan Qur dan juga Husnul dapat diterima di sana,insyaAllah...

Kenapa awak tak sambung Pre-U di Singapura macam kawan-kawan awak yang lain?Kan lagi senang...
Haaa..di soalan itu sudah pun terdapat jawapannya. "macam kawan-kawan awak yang lain".
Itu mereka dan ini Qurcya. Entah mengapa hati Qur tak terbuka untuk mengambil Pre-U di sini...
Ada banyak lagi sebab-sebabnya tetapi rasanya tak perlulah Qur nyatakan semuanya di sini ya? :)

Ya Rabbi..tiba-tiba rasa kecut pula.
Ya Allah,berilah aku ketenangan minda dan kesabaran yang mencukupi ya Allah..
Bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah...


InsyaAllah,usai segala perkara yang kini menjadi halangan tabiat hidup Qur,Qur akan menceritakan lebih lanjut lagi ya?InsyaAllah...

Hmm..di sini Qur ada beberapa gambar yang dipetik semasa di KL tempoh hari.
Kalau nak lihat,sila scroll ke bawah. :)



Lyssa,Husnul & Kak Umi di luar surau KLCC.


Kek Hazelnut dari Indonesia,Kek coklat dari Malaysia dan kek keju raspberry dari Singapura.


Entah Qur pun tak tahu siapa budak comel ni.Qur ternampak dia dalam LRT hari tu.heh.Tapi comel kan? :D


Sekian,
Assalamualaikum.

No comments