Yakin dengan Benar




Assalamualaikum wr wb. :)
Klip video di atas tu adalah sebuah adengan dari filem Space Jam.
Siapa pernah tonton filem itu,angkat tangan! :D

Zaman Qur kecil-kecil dahulu,Qur minat sangat dengan filem ini.
Pada Qur,ia teramat lucu.Watak yang paling Qur gemar ialah Wile E. Coyote.
Comel.hehe

Tiba-tiba Qur teringat pada filem ini...
Merujuk klip di atas,pada awal klip tu,kelihatan ahli kumpulan Michael Jordan berebut-rebut hendak meminum air dari botol berwarna biru itu kan?
Kepada yang belum menonton filem ini,air di dalam botol tu hanyalah air putih semata-mata.
Bugs Bunny telah mengisinya lalu mengatakan bahawa ianya air sakti. (Tak silap.hehe)

Dia mengatakan bahawa air itu dapat membantu mereka menjadi lebih kuat,licik dan mahir bermain bola keranjang.
Satu tipuan yang baik.

Mengapa?
Kerana mereka semua percaya bulat-bulat dengan kata-kata Bugs Bunny dan menganggap air itu benar-benar bersakti.
Jika sebelum meminum air itu mereka semua lemah tak bermaya,seusai meminumnya mereka lebih bertenaga dan mula bermain dengan lebih baik walaupun air itu hanya air putih.

Keyakinan mereka bahawa air itu adalah air sakti cukup untuk memberi mereka semangat yang kukuh dan kental.
Keyakinan.

Apa yang Qur pelajari dari sini,ialah dalam apa jua kerja,amalan atau perbuatan kita,kita harus yakin.
Yakin dengan benar.
Yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita dan yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan itu.
InsyaAllah kejayaan dapat dicapai dan digenggam.

Yakin Qur,yakin dengan benar! *muka penuh keyakinan.*

Esok petang insyaAllah Qur akan naik ke KL.
Doakan Qur selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ye?InsyaAllah.

Sekian,
Assalamualaikum. :)

No comments