Isu Baju Sekolah

Assalamualikum wr wb.

Definasi pendapat:
Kesimpulan yang dibuat atau diperoleh daripada berfikir.

Tiada pendapat yang betul atau salah kerana ia adalah hasil fikiran benak kita sendiri.
Lain individu mempunyai pendapat yang berlainan.

Kalau ada yang mengatakan warna kuning itu cantik,kita tak perlu memberontak dan mengatakan warna kuning itu buruk.
Itu pendapat dia,biarkan.
Paling-paling pun,kita boleh kongsi pendapat kita: Oh,pada awak kuning cantik?pada kita hitam cantik. :D

Beberapa hari lepas Qur terbaca di satu laman web / forum tentang isu baju seragam sekolah (school uniform) di negara jiran kita,Malaysia. Isu ini dah lama keluar.(21st Mei 2008) Tapi baru-baru ini Qur terbaca.


Tukar baju elak gangguan seks
May 21, 08 5:39pm

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian
boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan."

Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.
"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dansebagainya."

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul."Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak."Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar."Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


Seperti biasa,ramai yang mengemukakan pendapat masing-masing.
Ramai yang setuju dengan hal ini. Ramai juga yang membantah dan mengatakan isu ini adalah isu kolot.

Ini petikan dari sebuah laman web,

It’s nice that a student association is taking an interest in issues. But one
would have thought it would complain about the general state of education in
this country, rather than school uniforms.

Itu pendapat dia.
Kalau kami dalam satu perdebatan,Qur akan bangkang.
Sebab pada Qur,pakaian sekolah memain peranan dalam status pembelajaran kita juga.

Bayangkan....
Dalam kelas. Seorang pelajar lelaki duduk di belakang seorang pelajar perempuan.
Dia hendak melihat papan tulis di hadapan.
Tetapi,astarghfirullah,dia terlihat pelajar perempuan di hadapannya berbaju jarang dan bertudung pendek. 
Fokusnya akan terganggu,bukan?

Qur memang bersependapat dengan isu ini. Memang baju yang dibuat dari kain putih ni agak jarang. Sebaik-baiknya pakailah singlet di dalam,atau pakailah tudung yang labuh agar nampak lebih sopan. :)
Itu pendapat Qurcya. Apa agaknya pendapat yang lain ya?

Assalamualaikum.

windows

Assalamualaikum.

Just arrived from KL.My entire body's aching and screaming for me to put minyak kapak on it.

I am just human and i have numerous flaws.
Uncountable,in fact,to say the least.
I have to keep reminding myself this:
"what we want isn't necessarily good for us,and what we hate isn't necesarily bad for us."

Allah knows best and He knows what's best for us.

Usually,when escaping a room,we will look for the main door.The exit.That one door.
What we don't usually realise are the windows.
Who says we must always exit by the door? A window is also a way out,right?
(tapi kenalah panjat.agak payah sikit.Tapi tetap dapat keluar kan?)

I went to IIC ( International Islamic College) yesterday.If plan A fails,then this will be my plan B insyaAllah.

Also,
Happy 18th to my dearest friend,Syahirah Salino!
May Allah bless you. :) Semoga berjaya dunia akhirat! :D



Implicit faith follows voluminous effort.
InsyaAllah.


Assalamualaikum.


ps: i miss studying.

لماذا؟

سألتُ نفسي , لماذا سأكون بلوغ؟ 

سألتُ قلبي , ما الفائدة لهذا البلوغ؟

وأطلب رأيى عن السبب الوجود هذا البلوغ

Entahlah.Rasanya dah tunggang langgang bahasa Arab Qur. Harap betulkan yang salah sendiri. :D



Assalamualaikum.

Tak boleh...

Assalamualaikum wr wb.
Selamat pagi rakan seperjuangan yang ku sayangi. :)
Pastinya,hari ini adalah lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya...
Semoga mendapat rahmatNya dalam setiap amalan kita hari ini insyaAllah.

Pernah satu kala dahulu,sewaktu Qur masih seorang kanak-kanak kecil, Qur ingin bertarannum.
Yang Qur tahu,asatizah sering berkata bahawa kita harus membaca Al-Quran dengan berlagu.
Qur pun cuba,dengan niat yang murni,membaca surah Al-Fatihah dengan menggunakan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Pada masa itu,Qur berasa sangat gembira kerana Qur tahu,tak ada yang pernah membaca surah Al Fatihah dengan lagu itu. Unik sungguh rasanya. yelah..unik sangat.

Beberapa tahun kemudian,baru Qur sedari bahawa kita tidak boleh membaca Al Quran dengan lagu-lagu seperti itu. Yang dimaksudkan dengan 'membaca dengan berlagu' ialah dengan lagu tarannum seperti Bayati,Sobah,Nahwand dan Hijaz. (kalau kurang tepat,harap tegur)

Dari kejadian itu, Qur sedar bahawa kita tak seharusnya mencampur adukkan hal agama dengan hal kehidupan. Dalam kes ini,hal agama ialah bertarannum dan hal kehidupan ialah lagu Twinkle Twinkle. 


Dan jika tidak tahu atau kurang pasti akan sesuatu perkara,TANYA. 
malu tanya,sesat jalan.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
"
(Al-Baqarah ayat 42)


Seperti juga dengan mereka yang mempunyai teman istimewa. Mungkin
si dia itu bukan boyfriend atau girlfriend kamu. Mungkin pada kamu,dia hanyalah kawan semata-mata.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."


Mungkin ada juga yang bercouple dengan niat ingin berdakwah.
Mungkin mereka saling bertukar pendapat tentang agama...
Mungkin mereka saling memberi tazkirah sesama sendiri...
Mungkin mereka saling mendorong sesama sendiri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik..

Niat memang baik. Namun,kita tidak boleh bercouple dalam Islam. 
Beranikah kamu mengatakan saat berdakwah pada
si dia itu,hatimu sentiasa berzikir dan mengingati Allah?
Sesungguhnya kita hanyalah hambaNya yang lemah.

Terdapat pelbagai jenis zina di dunia ini...
Antaranya,zina mata, zina lidah,zina telinga...dan juga zina hati.

Kalau kamu saling bertentang mata dengan dia,maka terjadilah zina mata.
Saat kamu berbicara dengannya,baik di telefon atau tika bersua,maka terjadilah zina lidah dan telinga.
Saat kita merasa rindu dan ingin melihatnya..maka terjadilah zina hati.
Saat terdetik kata-kata seperti
"haih,rindu betul dengan dia..lama tak berbual..",maka terjadilah zina hati.

Kesimpulan: Tak usah kita bercouple (atau cenderung ke arahnya) lebih-lebih lagi pada waktu persekolahan ini. Kasihan mak ayah kita bertungkus lumus mencari rezki untuk kita,duit yuran kita,duit makan kita,duit jajan kita.. 

Kalau hendak membalas jasa mereka sepenuhnya,memang tidak termampu.
Tetapi,boleh kita membalas sebahagian jasa itu dengan kusungguhan dan kecemerlangan dalam pelajaran. Dan usaha tak akan tercapai tanpa doa kepadaNya. Mungkinkah doa kita diterima jika hati kita dikotori dengan zina?


Sesungguhnya,Qur hanya memberi peringatan pada diri Qur,dan pada sesiapa yang membaca. Andai terdapat kesilapan,harap tegur kerana Qur hanyalah seorang pelajar yang sudah berbulan tidak menimba ilmu...

Assalamualaikum.

planet dan kiamat

Assalamualaikum semua.
Qur dapat emel ni dari rakan Qur,Nadiah.
Kalau ada yang sudah membacanya,Alhamdulillah.
Bagi yang tak dapat,belum baca atau memang tak kuasa nak baca emel,silalah baca petikan emel itu di bawah.



Ust.Harun Din .. korang kenal kan ??
Dalam ceramah dia,ade membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ...
Planet Marikh (planet ke4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya,planet yang dekat dengannya (bumi lah) akan bertukar arah pergerakan dia juga.

Maka pada saat itu, akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur. (tnda2 bsar kiamt) ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup.
xde harapan daa!!
Maklumat ini telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam.

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X(oleh
NASA)
sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun. Planet ini 100 kali ganda lebih besar dari bumi dan sama besar dengan planet Jupiter(musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik(polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari di mana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat?)

Objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.
Di Norway misalnya,mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Untuk rujukan penuh sila cari kat
mana2 web tentang NIBIRU atau video di youtube.

Benarlah kata2 RASULULLAH s.a.w; satu hari nanti bumi akan hancur dan satu
zaman dipanggil 'back to ancient' berlaku di mana segala teknologi pupus dan
manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno.
Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHUAKBAR!



Wallahua'lam.
Qur tak pasti akan kesahihan emel ini.(Jika anda ragu-ragu,anda boleh bertanya kepada yang lebih 'arif.)

Tetapi boleh kita menjadikannya sebagai satu tazkirah,peringatan dan renungan. Semoga kita tergolong dalam golongan para penghuni syurga,insyaAllah.

Assalamualaikum.

Garam

Di dapur. Kelihatan seorang ibu sedang mengajar anaknya memasak.

Ibu: Ish!Tawar hebeh lauk ni! Kenapa tak letak garam?
Siti: Oh,kalau tawar kena letak garam?
Ibu: Iyalah..apa-apa yang tawar pun,kena letak garam.Baru ada rasa...
Siti: Oh...

Petang itu,pakciknya datang berziarah. Sedang ibu bapanya berbual mesra di luar bersama pakciknya itu,Siti sibuk membancuh air teh-O di dapur. 5 minit kemudian,Siti keluar menghidangkan air yang telah dibuatnya.

Siti: Jemput minum...
Pakcik: Astarghfirullah!
Bapa: *tersembur air*
Ibu: Siti! Kenapa masin benar air ni?
Siti: Tadi air tu tawar...bukankah ibu kata "apa-apa yang tawar pun,kena letak garam"?






heh...
Sekadar menghiburkan hati yang kalut.
Ceria sokmo~ :D

Pengajaran; Kalau tak faham tentang apa-apa perkara pun,TANYA. Jangan pandai-pandai buat andaian atau kesimpulan sendiri. :)

Assalamualaikum

hari ini dalam sejarah


Assalamualaikum.

Tiba sudah 12hb Rabi'ulawwal...
Satu tarikh yang tidak luput dari minda setiap ummat islam seluruh dunia.
Dalam 1480 tahun yang lalu,telah lahirlah seorang yang agung,yang amat kita cintai,sanjungi dan hormati,Rasulullah s.a.w.

Qur telah terbaca artikel ini dari iluvislam.com.
Ini hanya sebuah petikan dari artikel itu.Jika ada yang ingin membaca isi penuhnya,boleh klik di sini. (Qur telah menukar sebahagian dari isinya)

Dengan kelahirannya, Rahmat Allah S.W.T. tersebar ke serata alam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita merasai nikmat Islam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita pada hari ini dapat sujud dan tunduk menyembah kepada Tuhan Yang Maha Agung.
Nah, sekarang ini tarikh 12 Rabi’ulawwal sudah tiba. Apakah persiapan kita bagi menyambut tarikh yang bersejarah tersebut?

Seandainya ulangtahun kelahiran kita, ibubapa kita, adik-beradik kita, rakan-rakan kita, serta orang-orang yang kita sayangi, kita raikan dengan penuh meriah, bagaimanakah sikap kita dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.? Sudah tentu, kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda bukanlah sepertimana orang-orang Barat meraikan ulangtahun kelahiran seseorang.

Sebaliknya, kita meraikan ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. sebagai manifestasi kecintaan kita yang mendalam terhadap Baginda s.a.w.; kita penuhi dengan selawat, maulid serta pengkisahan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Mencintai Rasulullah s.a.w. adalah merupakan kewajipan terhadap kita selaku umat Baginda s.a.w. Malah, dengan sebab kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. (yang benar-benar tulus) itulah yang akan mampu menyampaikan kita kepada keredhaan Allah S.W.T., serta kedudukan yang mulia di akhirat yang kekal abadi kelak.

Daripada Sayyidina Ali r.a., bahawa Nabi s.a.w. mencapai tangan Hasan r.a. dan Husin r.a., lalu bersabda (yang lebih kurang maksudnya):

“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini) serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.), maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)


Dalam keadaan umat pada hari ini kegersangan pedoman dan panduan sehingga mengalami kecelaruan nilai dan kehilangan adab, adalah sangat perlu untuk kita mengembalikan ‘roh’ dan ‘contoh’ Baginda Rasulullah s.a.w. ke dalam kehidupan umat. Betapa umat pada hari ini sudah terlalu jauh daripada kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w.; biarpun lidah-lidah dan bibir-bibir menuturkannya, tetapi hakikatnya di dalam benak hati masih lagi mencintai banyak perkara lain lebih daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Justeru, apakah perancangan anda untuk menyambut Maulidurrasul pada 12 Rabi’ulawwal ini? Wallahu’alam.



Wallahua'lam.
Assalamualaikum.

Happy Birthday~

Assalamualaikum.

I'd like to wish a very happy 20th birthday to my dearest brother,

Md Iqbal Abd Halim.

Semoga murah rezki,kuat iman,tetap pendirian dan berjaya dunia akhirat,insyaAllah.
(i don't know if he'll be reading this...but..yeah.)



And also,to Halym Ali Akbar,Happy 19th!
Semoga sentiasa di bawah lindunganNya,insyaAllah.

That's it for today.
Assalamualaikum.

mull it over


A wise person will seek love of The Creator,
Not of the created.