Garam

Di dapur. Kelihatan seorang ibu sedang mengajar anaknya memasak.

Ibu: Ish!Tawar hebeh lauk ni! Kenapa tak letak garam?
Siti: Oh,kalau tawar kena letak garam?
Ibu: Iyalah..apa-apa yang tawar pun,kena letak garam.Baru ada rasa...
Siti: Oh...

Petang itu,pakciknya datang berziarah. Sedang ibu bapanya berbual mesra di luar bersama pakciknya itu,Siti sibuk membancuh air teh-O di dapur. 5 minit kemudian,Siti keluar menghidangkan air yang telah dibuatnya.

Siti: Jemput minum...
Pakcik: Astarghfirullah!
Bapa: *tersembur air*
Ibu: Siti! Kenapa masin benar air ni?
Siti: Tadi air tu tawar...bukankah ibu kata "apa-apa yang tawar pun,kena letak garam"?






heh...
Sekadar menghiburkan hati yang kalut.
Ceria sokmo~ :D

Pengajaran; Kalau tak faham tentang apa-apa perkara pun,TANYA. Jangan pandai-pandai buat andaian atau kesimpulan sendiri. :)

Assalamualaikum

No comments