Isu Baju Sekolah

Assalamualikum wr wb.

Definasi pendapat:
Kesimpulan yang dibuat atau diperoleh daripada berfikir.

Tiada pendapat yang betul atau salah kerana ia adalah hasil fikiran benak kita sendiri.
Lain individu mempunyai pendapat yang berlainan.

Kalau ada yang mengatakan warna kuning itu cantik,kita tak perlu memberontak dan mengatakan warna kuning itu buruk.
Itu pendapat dia,biarkan.
Paling-paling pun,kita boleh kongsi pendapat kita: Oh,pada awak kuning cantik?pada kita hitam cantik. :D

Beberapa hari lepas Qur terbaca di satu laman web / forum tentang isu baju seragam sekolah (school uniform) di negara jiran kita,Malaysia. Isu ini dah lama keluar.(21st Mei 2008) Tapi baru-baru ini Qur terbaca.


Tukar baju elak gangguan seks
May 21, 08 5:39pm

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian
boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak
jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan."

Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.
"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dansebagainya."

Beliau mencadangkan kementerian menilai semula secepat mungkin baju seragam sekolah untuk pelajar perempuan.Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

"Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam," kata Munirah, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, sikap pelajar perempuan yang tidak tegas menjadikan mereka mangsa cabul."Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa," katanya.

Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja, tegas Munirah, perlu diberikan perhatian oleh semua pihak."Namun begitu, isu ini dilupakan seketika (sekarang) apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar."Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan," tambahnya.

"Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini."

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


Seperti biasa,ramai yang mengemukakan pendapat masing-masing.
Ramai yang setuju dengan hal ini. Ramai juga yang membantah dan mengatakan isu ini adalah isu kolot.

Ini petikan dari sebuah laman web,

It’s nice that a student association is taking an interest in issues. But one
would have thought it would complain about the general state of education in
this country, rather than school uniforms.

Itu pendapat dia.
Kalau kami dalam satu perdebatan,Qur akan bangkang.
Sebab pada Qur,pakaian sekolah memain peranan dalam status pembelajaran kita juga.

Bayangkan....
Dalam kelas. Seorang pelajar lelaki duduk di belakang seorang pelajar perempuan.
Dia hendak melihat papan tulis di hadapan.
Tetapi,astarghfirullah,dia terlihat pelajar perempuan di hadapannya berbaju jarang dan bertudung pendek. 
Fokusnya akan terganggu,bukan?

Qur memang bersependapat dengan isu ini. Memang baju yang dibuat dari kain putih ni agak jarang. Sebaik-baiknya pakailah singlet di dalam,atau pakailah tudung yang labuh agar nampak lebih sopan. :)
Itu pendapat Qurcya. Apa agaknya pendapat yang lain ya?

Assalamualaikum.

No comments