Tak boleh...

Assalamualaikum wr wb.
Selamat pagi rakan seperjuangan yang ku sayangi. :)
Pastinya,hari ini adalah lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya...
Semoga mendapat rahmatNya dalam setiap amalan kita hari ini insyaAllah.

Pernah satu kala dahulu,sewaktu Qur masih seorang kanak-kanak kecil, Qur ingin bertarannum.
Yang Qur tahu,asatizah sering berkata bahawa kita harus membaca Al-Quran dengan berlagu.
Qur pun cuba,dengan niat yang murni,membaca surah Al-Fatihah dengan menggunakan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Pada masa itu,Qur berasa sangat gembira kerana Qur tahu,tak ada yang pernah membaca surah Al Fatihah dengan lagu itu. Unik sungguh rasanya. yelah..unik sangat.

Beberapa tahun kemudian,baru Qur sedari bahawa kita tidak boleh membaca Al Quran dengan lagu-lagu seperti itu. Yang dimaksudkan dengan 'membaca dengan berlagu' ialah dengan lagu tarannum seperti Bayati,Sobah,Nahwand dan Hijaz. (kalau kurang tepat,harap tegur)

Dari kejadian itu, Qur sedar bahawa kita tak seharusnya mencampur adukkan hal agama dengan hal kehidupan. Dalam kes ini,hal agama ialah bertarannum dan hal kehidupan ialah lagu Twinkle Twinkle. 


Dan jika tidak tahu atau kurang pasti akan sesuatu perkara,TANYA. 
malu tanya,sesat jalan.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
"
(Al-Baqarah ayat 42)


Seperti juga dengan mereka yang mempunyai teman istimewa. Mungkin
si dia itu bukan boyfriend atau girlfriend kamu. Mungkin pada kamu,dia hanyalah kawan semata-mata.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."


Mungkin ada juga yang bercouple dengan niat ingin berdakwah.
Mungkin mereka saling bertukar pendapat tentang agama...
Mungkin mereka saling memberi tazkirah sesama sendiri...
Mungkin mereka saling mendorong sesama sendiri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik..

Niat memang baik. Namun,kita tidak boleh bercouple dalam Islam. 
Beranikah kamu mengatakan saat berdakwah pada
si dia itu,hatimu sentiasa berzikir dan mengingati Allah?
Sesungguhnya kita hanyalah hambaNya yang lemah.

Terdapat pelbagai jenis zina di dunia ini...
Antaranya,zina mata, zina lidah,zina telinga...dan juga zina hati.

Kalau kamu saling bertentang mata dengan dia,maka terjadilah zina mata.
Saat kamu berbicara dengannya,baik di telefon atau tika bersua,maka terjadilah zina lidah dan telinga.
Saat kita merasa rindu dan ingin melihatnya..maka terjadilah zina hati.
Saat terdetik kata-kata seperti
"haih,rindu betul dengan dia..lama tak berbual..",maka terjadilah zina hati.

Kesimpulan: Tak usah kita bercouple (atau cenderung ke arahnya) lebih-lebih lagi pada waktu persekolahan ini. Kasihan mak ayah kita bertungkus lumus mencari rezki untuk kita,duit yuran kita,duit makan kita,duit jajan kita.. 

Kalau hendak membalas jasa mereka sepenuhnya,memang tidak termampu.
Tetapi,boleh kita membalas sebahagian jasa itu dengan kusungguhan dan kecemerlangan dalam pelajaran. Dan usaha tak akan tercapai tanpa doa kepadaNya. Mungkinkah doa kita diterima jika hati kita dikotori dengan zina?


Sesungguhnya,Qur hanya memberi peringatan pada diri Qur,dan pada sesiapa yang membaca. Andai terdapat kesilapan,harap tegur kerana Qur hanyalah seorang pelajar yang sudah berbulan tidak menimba ilmu...

Assalamualaikum.

No comments