Mengejar Mati

Bismillahirrahmanirrahim. Andai ada kesilapan atau silap tafsiran harap diperbetulkan. Sesungguhnya Qur masih seorang pelajar.

Assalamualaikum wr wb. :)

Mengejar mati? Bagaimana?Dengan membunuh diri kah?

"Dan janganlah kamu membubuh dirimu.Sungguh,Allah Maha penyayang kepadamu."
(Surah An-nisa',ayat 29)


Maka janganlah bunuh diri.Itu bukan caranya untuk mengejar mati.
Cara mengejar mati adalah dengan mengingati mati dan kehidupan selepas mati.
Dengan cara ini,kita dapat 'self motivate' untuk sentiasa beramal dan membuat baik dan terus memperbaiki diri kita setiap hari.

Ahad lalu Qur tertonton CNA. Ada satu program tentang kehidupan sebelum kematian.
Dokumenteri itu mengisahkan seorang warga cina kristian yang berusia lebih kurang 50(kot?). Dia diberitahu bahawa dia mempunyai penyakit cancer dan akan hidup lebih kurang 3 bulan lagi.

Pada awalnya,memang dia sangat terkesima dan amat takut. Namun,beberapa hari kemudian dia bertekad untuk "live life to the fullest". Setiap waktu hidupnya diisi dengan menziarahi anak-anak,keluarga,makan malam dan sebagainya. Tidak sesaat pun dibiarkan kosong. 

Kata suaminya,setiap pagi apabila dia bangun tidur,dia akan memuji tuhannya dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup. Setelah beberapa bulan dia meninggalkan dunia dengan kenangan-kenangan manis bersama mereka yang tersayang.

Dokumenteri itu sedikit sebanyak mengetuk pintu hati untuk bangun dari lamunan hidup.
Kita harus sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebaikan setiap hari.

"..maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan..
(Surah Al-Ma'idah,ayat 48)


Setiap hari adalah hari yang baru. Jangan kita sia-siakan kehidupan ini sebab kita sendiri tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik.

"Alah,aku makan sayur banyak.Aku healthy. Boleh hidup lama lah.." Percaya atau tidak,ada yang berpendapat sedemikian. Namun bukan makanan yang menghidupkan kita tetapi Allah.

Takkan nak tunggu doktor kata "oh,anda boleh hidup sebulan lagi sahaja" baru nak berlumba-lumba beribadah,bertaubat dan beramal? 
Itu pun kalau ada doktor yang memberitahu. Lazimnya,tak semua yang mendapat "terminal disease" ini. 

Maka hiduplah setiap hari seperti hari terakhir untuk kita semua. Semoga hidup ini diisi dengan kebaikan dan perkara-perkara yang berfaedah insyaAllah.

Assalamualaikum.

No comments