Nak Bergurau ye..?

Assalamualaikum. :)

Qur tidak menafikan bahawa senda gurauan boleh merapatkan dan memesrakan kita dengan keluarga,adik-beradik,kawan-kawan dan sebagainya.

Tetapi,seperti yang kita maklum,bagi setiap perkara pasti ada tahap dan batas yang ditentukan.
Jadi,apakah batas bergurau yang dibolehkan dalam islam?

Yusuf Qadrawi telah meletakkan 5 syarat (5 je.tak banyak tu..) untuk bergurau senda:-

1. Ucapan gurauan itu bukanlah sesuatu yang bohong. (penipuan itu dibuat semata-mata untuk membuat orang ketawa)

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
يل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له

"Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia."

(Hadith sahih riwayat Ahmad dan Ad-Darimi.)
Sebagai contoh: 
"Alah,pakcik Mat tu..dia kan dah mati kena tembak."
(Pakcik Mat mana pula lah yang kena tembak tu. Pandai-pandai je buat cerita.)


2. Tidak mengandungi penghinaan terhadap seseorang melainkan orang tersebut mengizinkannya.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

"Cukuplah seseorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudara seislamnya."
(hadith sahih riwayat Muslim.)
Contoh:
"Eh,dalam perut kau tu ada anak gajah eh? Pergi exercise lahh"

3.Melawak yang tidak menakutkan orang lain. (alamak.)

Nu'man bun Basyir r.a berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambul anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk lantas menyebabkan dia terperanjat. 

Sabda Rasulullah s.a.w: 
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

"Haram bagi seorang muslim menakutkan muslim yang lain."
(Hadith sahih riwayat At-Tabrani)
Sebagai contoh:

Kawan 1 : Eh,cepat tengok! Dia dah datang ke belum?
Kawan 2: Ha,sekejap. Kau pergi sembunyi dulu! Tunggu isyarat aku.
....
Kawan 2 : Ok dia dah datang. *memberi isyarat*
Kawan 1 : HUARGH!
Kawan 3: Opocot mak hantu!

(melatah ye?)

4. Jangan bergurau pada perkara yang perlu serius.

Dalam islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walau dalam keadaan berlawak. Rasulullah s.a.w bersabda:
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

"Tiga perkara yang diambil hukumnya samada dalam keadaan berlawak atau serius: 1.Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba."


Sebagai contoh:
 
Seorang suami bergurau pada isterinya : "Hah?! Bukankah kau tau makanan kegemaran aku adalah belacan! Kenapa masak sayur asam tak taruk belacan?! Sekarang aku akan ceraikan kau.hehehe."

5. Berlawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadith sahih riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Rasanya ini tak perlukan sebarang contoh. :)

Artikel ini dipetik dari
sini. Qur telah mengubah dan menambah sedikit idea kurang bernas dari diri Qur sendiri.


Astarghfirullah.. rasa terkesan sangat. Semoga sedaran ini dapat sentiasa melekat di ingatan dan hati Qur dan juga pada sesiapa yang telah membacanya insyaAllah.

Assalamualaikum.

No comments