Merpati Karang

Assalamualaikum wr wb.

Pagi semalam,waktu membuka tingkap untuk menyambut sinaran mentari pagi di bilik,Qur mendapat satu kejutan.

Ada buaya di luar tingkap Qur! heh.Tak adalah...bukan buaya tetapi burung merpati karang.
Qur terkejut,dia pun terkejut. Kasihan dia...
Tetapi dia tidak terbang ke tempat lain.Dia berdiam di situ sahaja.


"Mungkin dia lapar kot..."fikir Qur.
Lalu Qur ke dapur untuk mengambil sekeping roti. Qur koyakkan kecil-kecil dan bulatkan lalu berikan pada dia. Dia makan. Alhamdulillah...

Qur fikir,mungkin selepas makan dia akan terbang. Tetapi dia tetap berdiam diri di situ.
Sambil memerhatikan merpati itu,Qur mendengar alunan selawat dari laptop.
"Mungkinkah dia juga mahu mendengarkan alunan selawat?"
SubhanAllah...

"Jangan masuk ke dalam ok?Stay di luar tau." Qur beritahu dia.
Dia diam.
Diam tandanya setuju. Lalu Qur pun teruskan dengan kerja harian Qur.


Petang itu dia tak ada di luar tingkap. Mungkin dia pergi mencari rezeki.
Malu rasanya... Haiwan pun rajin mencari rezeki dari terbitnya fajar hingga ke senja.
Namun manusia masih ramai yang menganggur dan mengambil jalan senang untuk mendapatkan duit seperti mencuri,merompak dan meragut. Astarghfirullahaladzim...



Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu sekalian..." (At-Taubah:105)


Malam itu,dia muncul lagi di luar tingkap.
Cuma mukanya agak lain sedikit. Matanya merah.


Mungkin memang merpati semuanya bermata merah waktu malam...atau mungkin dia telah dijangkiti virus Flu Burung?
Sepantas kilat Qur menutup tingkap rapat-rapat.

Pagi tadi dia duduk diam di luar jendela Qur.
Usai memberi salam dan mengucapkan selamat pagi padanya,Qur berikan dia beberapa ketul roti.




Itulah dia kisah Qurcya dan Seekor Merpati.
:)

Kepada kawan-kawan yang disayangi,insyaAllah,kalau dapat sebarang jawapan dari UIA,baik atau sebaliknya,Qur akan post di sini . :)

Buat masa ini,doakanlah yang terbaik untuk Qur... Semoga antum semua mendapat barakah dan redhaNya,amin.


Assalamualaikum.

No comments