Orang Islam itu bersaudara

Assalamualaikum wr wb.

Sewaktu di bangku sekolah, tika menghafal pelajaran ukhrawi, para asatizah sering mengingatkan kami agak tidak menghafal bulat-bulat tanpa memahami pelajaran itu.

Pada awalnya, Qur tidak mengerti mengapa disuruh buat begitu namun lama-kelamaan, baru Qur sedar bahawa ada faedahnya kita menghafal sambil memahami.
Selain memudahkan hafalan,ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dan menguatkan lagi hafazan.

Seperti juga doa selepas sembahyang.





Qur terperasan bahawa di kalimah doa tersebut, فعلnya menggunakan ضمير kami (نحن) dan bukan ضمير saya (أنا) . Tetapi Qur mematikan fikiran Qur di situ sahaja.
Seusai membaca buku Life is An Open Secret yang dipinjamkan oleh adik Fatihah, baru Qur tahu mengapa doa itu menggunakan ضمير kami.

Terdapat sebuah hadith riwayat Al-Bukhari di situ yang berbunyi:

"None of you truly believes until he wishes for his brothers what he wishes for
himself"

Belum beriman seorang muslim sehingga dia mendoakan saudaranya apa yang dia mendoakan untuk dirinya sendiri. (lebih kurang gitu kot terjemahannya. :P)
Pada awalnya,terdetik juga di hati "kalau kita doakan dia,siapa nak doakan kita?"

“Doanya seorang muslim kepada saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan.
Dekat di kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa
meminta
kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata “amiin”. Dan engkau
akan
mendapatkan yang serupa” (HR Muslim dari Ummi Darda)



Bererti,jika kita mendoakan supaya saudara kita murah rezki, kita akan mendapat doa yang serupa. Dan yang mendoakan kita dan turut mengaminkan doa kita adalah malaikat!SubhanAllah....

Baru Qur faham mengapa di doa selepas sembahyang yang selama ini Qur hafal membuta itu menggunakan ضمير kita. Memang itulah yang terbaik untuk dilakukan.
SubhanAllah.. sungguh,di sebalik setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

Yok sama-sama doakan semua orang!
:D

Assalamualaikum.

2 comments

  1. salam sis,
    masya allah it is so true. tak perasan pun. teringat pulak saudara kita kat palestin tu kan. when this sufferings gonna end...

    ReplyDelete
  2. w'km salam. betul tu.tapi semua pasti ada hikmahnnya.kte doakan supaya mereka sentiasa dlm keadaan beriman & sabar insyaAllah...

    ReplyDelete