Tanda-tanda kecil kiamat

Antara tanda-tanda kecil hari kiamat, 

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf bin Malik r.a, katanya "Rasulullah s.a.w bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

[Telah pun terjadi di zaman 'Umar bin Al-khattab,tahun 16H. Namun,ia akan terjadi lagi ketika zaman Al-Mahdi mengalahkan golongan Yahudi]


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim.

[Tiap-tiap hari di suratkhabar....]


3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka (plastic surgery?)." Ada yang bertanya pada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: " Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita." -Ibnu Majah

[Anugerah,Anugerah Band,Akademi Fantasia,American Idol. Penyanyi wanita Katy Perry,Lady Gaga,Britney Spears...]



4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid." -Riwayat Nasai

[fikirkan...]



5) Munculkan kekejian,memutuskan kerabat, dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim

[Perkataan keji? Kedengaran di mana-mana...]



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad

[Fikirkan....]



7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya hari kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' Bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman dan diapit oleh 2 orang mulia." -Riwayat Thabrani


Anda boleh membaca selanjutnya di sini.
Semoga ia menjadi peringatan kepada semua termasuk diri ini sendiri.
Sedarlah kita sudah berada di akhir zaman...
Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..Astarghfirullahazadzim...

Assalamualaikum.

2 comments

  1. salam sis:) yar.. sekarang ni diorang dah kembali ke zaman jahiliyyah.. great post.

    ReplyDelete
  2. W'km salam wr wb.
    Rasa dekat sanagat dengan hari kiamat kan?

    ReplyDelete