Bersyukurlah...

Assalamualaikum wr wb.

Manusia.
Kita semua sangat istimewa. Kita tidak seperti makhluk Allah yang lain.
Kerana kita diberi pilihan dalam hidup.
Mengapakah para malaikat sentiasa berzikir kepada Allah?
Kerana mereka dicipta begitu.
Mengapakah sang mentari sentiasa menyinar?
Kerana ia dicipta begitu.

Namun kita istimewa. Kita diberi pilihan. Freedom of choice.
Yang ini atau yang itu.
Yang baik atau yang buruk.
Pahala atau dosa.
Syurga
atau neraka.
Sedar atau tidak,kita sentiasa terdorong untuk membuat pilihan yang dibenci Allah.
Astarghfirullah...

Sekarang ini,ramai yang sakit. Adik Qur sendiri sedang demam. Lemah tak bermaya. Syafahullahu khairan...
Kadangkala, apabila kita sakit ,kita mula terfikir "Ya Allah,dah sakit macam ni,nak sembahyang pun susah...kalau mati macam mana nanti? Aduh..."
Tetapi di kala kita sihat,payah sungguh untuk menunaikan sembahyang.
Kita sering melengah-lengahkannya...

Betul tak? Tak elok menipu... Tak mengapa. Qur pun. Semoga Allah tabahkan iman kita dan jauhkan kita semua dari sifat malas,insyaAllah.

Malas.
Sifat syaitan. Tapi rasanya,syaitan tak malas mana pun.
Rajin sangat-sangat mereka berusaha untuk menyesatkan kita.
Kesimpulannya, orang yang malas lebih teruk dari syaitan. huhu. (pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.heh)
Maka,marilah kita semua menjadi muslimin dan muslimat yang RAJIN!

Sekian,
Assalamualaikum

No comments