Cinta...

Assalamualaikum wr.

Perasaan cinta sesama manusia sudah tentu wujud di dalam setiap insan.
Cinta Ibu Bapa...
Cinta adik-beradik...
Cinta saudara-mara...
Cinta sahabat karib...
Cinta yang bukan mahram...

Cinta yang terakhir tu memang wujud namun janganlah kita terlalu taksub dengannya.
Jangan kerana ia,kita abaikan cinta yang PALING penting- Cinta kepada Allah.

Jika si dia sentiasa memberikan kita hadiah,
Allah sentiasa memberikan kita nikmatNya.

Jika si dia sentiasa menemani kita ke sana ke mari,
Allah sentiasa menemani dan melindungi kita di mana-mana 24jam.

Jika si dia sentiasa membuat kita terhibur dan gembira,
dari mana datangnya perasaan itu jika bukan dari Allah?

Jika si dia sentiasa membantu kita,
bantuannya itu tak akan berlaku tanpa keizinan Allah.

Sanggupkah kita lebihkan cinta dia dari cinta Allah yang mencipta kita?
Sanggupkah kita mementingkan kehendak si dia dari kehendakNya?
Sanggupkah kita memakan masa dengan si dia dari menggunakan masa itu untuk
menghadapNya?

Sanggupkah kita melafazkan kata-kata cinta kepada si dia sebelum melafazkanNya kepada yang Maha Penyayang?
Sanggupkan kita gadaikan agamaNya semata-mata untuk bersama si dia?
Sanggupkah kita???Sanggupkah kamu???
Sanggupkah saya???

tak sanggup...


Sesungguhnya, tidak akan ada dalam hati cinta kepada Allah sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia...

Ketahuilah cinta Allah itu kekal selamanya.Dalam Islam,cinta yang utama adalah cinta kepada Allah.
Kedua,kepada agama.
Ketiga,kepada Ibu Bapa tersayang.
Keempat,kepada pasangan yang halal.

Yang kita cinta kerana agamanya. Yang kita cinta
kerana Allah. Yang akan mendorong kita kepada kebaikan dunia dan akhirat insyaAllah.Bukan semata-mata kerana wajahnya atau perangainya.
Kerana wajah tidak kekal selamanya dan perangai akan berubah tanpa akidah.


Semoga blog post ini menjadi peringatan kepada diri ini yang sering terlupa dan lalai dan juga kepada sesiapa yang membaca insyaAllah.
Wallahua'lam.

Assalamualaikum.

No comments