Home Sweet Home

Assalamualaikum wr wb.

Pejam celik,pejam celik, dah sebulan Qur berada di sini.
SubhanAllah...cepat sungguh masa berlalu.

Minggu akan datang ni insyaAllah Qur ada mid-term exam. Kertas Communication.heh
Sabtu nanti pula ada mid-term English Reading.
InsyaAllah boleh... Yakin dengan Allah. Yakin dengan benar.

Tapi yang paling best sekali ialah: petang Sabtu,usai ujian insyaAllah, Qur akan pulang ke tanahair! :D Rindu rumah.huhu

Kalau nak dikirakan banyak lagi perkara yang Qur rindu dan banyak juga yang Qur ingin buat.
Namun apakan daya... cuti seminggu nanti akan diikuti pula dengan ujian-ujian mid-term yang belambak-lambak. History...Sociology...Political Science...Basic Themes of Al-Quran...
Belum termasuk assignment lagi tu.hehe.

Tapi takpelah. Alhamdulillah,ada juga kerja nak dibuat di rumah nanti. Kalau tak hari-hari makan tidur makan tidur sahaja. heh.Tapi rasanya masa untuk kawan-kawan tu pasti boleh diluangkan. :D

Lapar pula.heh

Di sini Qur telah menyertai sebuah kelab khusus untuk pelajar asing. Namanya, Global Committee Club. Namun,kebanyakan ahli-ahli kami dari negeri Kyrgyzstan.
Negeri apa tu?
Dekat mana?
Ah...dia dekat-dekat dengan negeri s-... eheh.nak tercakap ayat dari filem P Ramlee pula.
huhu..
Krygyzstan ni dekat dengan negeri Cina dan Russia. Qur pun baru tahu akibat menghafal peta dunia tempoh hari. (ada test.heh.kalau tak,Qur pun tak tahu.)
Ada juga 2 orang dari Brunei,sorang dari Indonesia,sorang dari Palestine dan yang lain berasal dari beberapa negeri yang jauh-jauh belaka...heh

Alhamdulillah,best lah juga. Dapat kenal kawan-kawan baru dan dapat memperbaiki bahasa inggeris Qur kerana mereka hanya berbual dalam bahasa inggeris sahaja. (kalau guna bahasa mereka sendiri,melopong lah Qur.huhu)

Baiklah,Qur berhenti di sini dahulu.
Assalamualaikum wr.

No comments