Aduhai hatiku...

Walau tidak dapat berbuka dengan keluarga,
Bersyukurlah.
Ada yang hanya berbuka dengan debu dan habuk sahaja...

Walau tiap-tiap hari memakan makanan yang sama,(serious jelak)
Bersyukurlah.
Ada yang tidak mempunyai apa-apa makanan langsung.

Walau jauh dari keluarga,
Bersyukurlah.
Ada yang tidak mempunyai keluarga mahupun sesiapa untuk menumpang kasih sayang.

Walau penat dan letih menyiapkan kerja sekolah,
Bersyukurlah.
Ada yang penat dan letih dengan tugasan yang jauh lebih berat.

Walau terkadang terasa pening yang teramat sangat,
Bersyukurlah.
Sekurang-kurangnya pening kita sementara.Ada yang ditimpa ujian yang lebih berat dari sekadar pening biasa.

Sungguh ya Allah, nikmatMu melimpah namunku sentiasa tidak erti bersyukur...
"Kuatkanlah iman kami ya Allah,
Jadikanlah kami orang-orang yang sabar ya Rahman,
Bantulah hamba-hambaMu ini ya Rahim..."
InsyaAllah...

Assalamualaikum.
Rindu mak...

No comments