Ramadhan terakhir


Assalamualaikum.

Tanpa disedari, hari ramadhan terakhir sudah tiba.
Terawikh terakhir akan didirikan.Puasa terakhir akan dijalani.

Apakah memadai ibadahku sepanjang ramadhan?
Apakah berubah diriku atau sama seperti sebelum ini?
Apakah aku tergolong antara mereka yang berjaya atau mereka yang rugi?
Apakah aku akan diberi peluang untuk menemui Ramadhan sekali lagi?

Ya Rabbi,
Semoga Ramadhan ku tahun ini tidak sia-sia...
Ya Rahman,
Semoga ibadahku diterima...
Ya Rahiim,
Semoga kami tergolong antara orang-orang yang berjaya,insyaAllah...

Esok dah tak ada terawikh dah.
Pada siapa yang dapat puasa penuh,alhamdulillah,mabruk alaikum!
Pada yang tak berkesempatan atau berkemampuan, la ba's.
Yang penting,istiqamah dengan amalan dan ibadah kita even after Ramadhan. Ye tak?

Hmm...
Kepada sesiapa yang membaca,Selamat menyambut ketibaan Syawal.
Kepada yang Qur kenal, maafkan salah silap Qur. Yang tersengaja atau sebaliknya.Kata-kata Qur yang kekadang agak pedas,lupakan lah ye? :)

Rasanya itu sahaja untuk malam ni.
Assalamualaikum.

No comments