Bukan sorang je...

Assalamualaikum wr.

Couple.BGR.
Ah, topic ni selalu disentuh. Tapi kerap kali juga yang dipersalahkan dalam isu ini adalah kaum hawa.Perempuan.Wanita.Si gadis.

Memang patut disalahkan pun. Kerana sebagai muslimah,kita disuruh menjaga maruah diri dan sebagainya. Banyak dah rasanya Qur mention sebelum ini. Tapi kali ni, untuk mengelakkan diri dari menjadi gender-biased, (term baru yang dipelajari dari kelas Sociology. :D) Qur nak
sentuh hal ni dari segi kesilapan lelaki pula.

Lelaki.
Bila dah berumahtangga, dialah yang akan menjadi ketua rumah. (sebab memang biasanya keluarga akan mengikut sistem patriarchy. hanya segelintir sahaja yang akan mengikuti
sistem matriarchy.) Maka dialah yang harus mempunyai sifat seorang ketua.

Namun, sejak semenjak ni, dari apa yang Qur lihat lelaki dah tak seperti lelaki.
Baik dari segi pakaian, cara cakap, cara pemikiran dan sebagainya. Keberanian semakin berkurangan dan kematangan merosot.
Sedih lihat lelaki sekarang...
Layakkah lelaki jenis begini untuk dijadikan suami?
Kalau kita tanya kepada kaum wanita, suami jenis apa yang mereka idamkan,pasti antara ciri-ciri idaman mereka adalah keberanian.

Berani bukan bermaksud berani dengan perkara-perkara yang menakutkan. Kita tak mintak
lelaki semua berlawan dengan raksasa seperti Ultraman.


Keberanian boleh datang dari bermacam-macam aspek.
Keberanian dalam meminta maaf,
keberanian dalam bekata benar,
keberanian dalam mengongsi perasaan,
keberanian dalam mengelak dari perkara munkar,
dan sebagainya.

Jadi,apa sebenarnya yang Qur ingin katakan?
Dalam kebanyakan BGR atau couple, mereka tetap terus terjerumus dalam hal itu kerana si jejaka tidak menghalang. Apabila dalam BGR atau bercouple, si jejaka akan memanjaka
n si gadis. Bila dimanjakan, memang terikat.

Wanita mempunyai perasaan dan hati yang lembut. Kerana itu kita perlukan lelaki untuk membantu kuatkan hati kita semua. (betul tak?)

Kalau yang lelaki pun dua kali lima, apa kes?
Cuba kalau dalam BGR/couple si lelaki berkata: "Maaf Ani, couple ni haram. Mari berserah kepada takdirNya. Andai ada jodoh, saya akan datang untuk kamu." atau lebih kurang macam tu.


Ah?penipulah lelaki kalau kata macam tu.Konfem dia dah jumpa orang lain atau dah bosan dengan perempuan tu.

Mesti ramai yang terfikir macam tu kan? Kenapa? Sebab lelaki jarang berkata macam tu. Kenapa? Sebab lelaki dah hilang keberanian. Kenapa? Sebab mereka kurang matang.

Cuba kalau yang menguntumkan kata-kata tu orang yang matang,beriman dan . Pasti anda percaya kan?

Kesimpulannya, dalam hal BGR atau couple ni, dua-dua silap.
Kalau tak terjun, kita tak jatuh.
Kalau tak lapar, kita tak makan.
Kalau tak haus, kita tak minum.
Kalau lelaki tak ikut perasaan dan nafsu, maruah perempuan akan turut terpelihara. (insyaAllah.)

Pastinya ada kekurangan pada kata-kata Qur ni. Pasti juga ada yang mempunyai pendapat yang berbeza. Kalau ada silap, harap betulkan. Kalau nak comment, silakan. Pandangan dan pendapat semua amat dihargai.
Tapi ingat, jagalah kata-kata sebagai seorang muslim. :)

Assalamualaikum.

2 comments

  1. i love ur post! sebenarnyer , dalam islam takde istilah coule..couple tu haram..kita tak boleh bangkang sebab ini Allah yang cakap.sape kita nak go against Allah..Alllah yang ciptakan kita kan..dalam islam, memamg cantik dah aturkan macam mane lelaki nak melamar perempuan tu..and dating also haram. sbb itu mukadimah zina..kalau nak keluar jugak bawak mahram..no berdua-duaan. tapi pelik bila those youth yang ckp islam punyer stye ni kolot lah..sbbnarnye, barat tu lah yang kolot..islam yang modern..
    actually, sedih jugak bila remaja ni tak nak ikut perintah Allah .. semoga iman kita sentiasa meningkat setiap hari..amin=)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. every boy-girl relationship is haram except Nikah. and i agree with u. barat yg kolot.not Islam.Islam is beautiful.
    insyaAllah,amin. :)

    ReplyDelete