Perjuangan Diteruskan...

Assalamualaikum wr.

Alhamdulillah, dengan bantuan dari Ilahi, Qur hanya ada 1 lagi kertas ujian dan fikiran Qur masih waras. :D
Baru Qur mula faham mengapa ramai pelajar U yang kena hysteria, cuba untuk membunuh diri dan sebagainya.

Hal pertama adalah kerana pelajaran.

Hal kedua, kawan-kawan. Kita lihat kawan belajar, kita stress sebab kita tak mampu belajar sekerap mereka. Kita lihat kawan tak belajar, kita join sekaki lalu di dewan peperiksaan nanti, kita merana kerana tak dapat jawab soalan. Siapa yang rugi? Kitaaaaaaaaa juga.

Hal ketiga, sokongan moral.
Haa...Yang ni bergantung pada individu. Pada mereka2 yang rumah tidak jauh dari kampus, senang untuk mendapat sokongan moral ibubapa. Pada yang rumah jauh bergunung-gunung, harapkan telefon dan sms semata-mata.

Namun, telefon dan sms tidak cukup. Sokongan moral lebih kuat dengan kehadiran sentuhan suci ikhlas terutama dari ibu tersayang. Oh, seribu satu nikmat ada pada sentuhan ibu.

Tapi Alhamdulillah, ajal Qur belum tiba lagi. Qur masih bernafas dan otak masih berfungsi. Satu lagi kertas ujian dan satu ujian lisan dan insyaAllah, Qur akan pulang ke pangkuan keluarga tersayang. :)



InsyaAllah Ahad ni Qur ada perjumpaan bersama rakan-rakan alien. Kami akan mengadakan jamuan makan malam sempena permergian mereka-mereka yang sudah tamat pengajian ni pusat asasi ni. Semoga tak ada yang tersangkut dan selamat pulang ke tanahair masing-masing.

Sedih rasanya.Walau baru 3 bulan berkenalan, kurang sebulan bersapa, namun, ukhuwwah yang terjalin terasa begitu kuat. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Andai telah ditakdirkan Tuhan, kita akan bertemua jua di masa hadapan insyaAllah.

Sekian untuk hari ini.
Lusa ada kertas Political Science. I loooooooooooooooove political science. :D
Doakan yang terbaik untuk Qur insyaAllah. Jazakallahu khairan.
Assalamualaikum.

No comments