Telefon Karat

Assalamualaikum wr wb. :)

Awal sekali,Qur nak ucapkan afwan pada sesiapa yang telah tag di tagboard Qur sebab lambat sangat reply. Sekarang dah reply dah..jangan marah ye. :D

Dua malam yang lepas,demi mengeratkan silaturrahim, Qur dan rakan-rakan sebilik main permainan 'Telefon Karat'. Ada juga yang lebih mengenali permainan ini dengan nama 'game bisik-bisik' di mana kita duduk sekumpulan dalam jumlah yang besar,seorang akan membisikkan satu ayat kepada rakan sebelah,and so on, dan orang yang terakhir tu akan sebut balik ayat yang telah dibisikkan tu dengan suara yang kuat. Kita dibolehkan untuk berbisik sekali sahaja.
Memang sangat kecoh. (dah lah main waktu malam.huhu)
'Tok Ngah'
jadi 'Fatimah'...
Perkataan yang tak ada jadi ada...
Bahasa Melayu jadi bahasa Sarawak...
sampaikan perkataan 'Finding Nemo' pun termasuk. huhu

Antara 7 orang yang main, ada 2 orang utama yang sentiasa merusakkan ayat yang diberi.
Kadangkala sebab salah dengar. Ada masa juga kerana tidak dengar atau tidak faham lalu menukar ayat ikut sedap je.
Pengajaran yang boleh diambil dari permainan yang memecahkan perut ini ialah;-
Jika kita mendapat berita, semak kembali dari mana asal usulnya. Terutama sekali jika ianyanya adalah khabar angin. Bila satu cerita dibawa dari mulut ke mulut,kemungkinan besar ianya telah diubah walaupun sedikit.

Dan perubahan yang sedikit boleh membawa penukaran makna yang besar. Contoh:
Ahmad kata dia dah mandi.

Cuba kalau pembawa berita itu tersalah dengar dan dia mengatakan pada orang:
Ahmad kata dia tak mandi.


Kasihan Ahmad..semua orang akan menjauhkan diri darinya.

Pengajaran kedua ialah,jika kita ada maklumat penting untuk diberitahu kepada seseorang, ianya adalah lebih baik jika kita memberitahu kepadanya secara langsung dan bukan melalui orang lain.

Contoh:

Timah: Sue,bagitau Siti saya akan tunggu di kedai bawah pada jam 5 ya?
Sue: Ok.

Namun Sue amat sibuk ketika itu,lalu...

Sue: Nor,bagitau Siti yang Timah akan menunggunya di kedai bawah pada jam 5,ok?

Namun Nor tidak begitu rapat dengan Siti lalu menyuruh kawannya yang lebih rapat dengan Siti untuk memberitahu...

Bayangkan dari satu orang kepada seorang lagi kepada seorang lagi... bila nak game?
Akhirnya, Siti mendapat maklumat itu tepat pada pukul 5... bukan 5 petang. 5 pagi.
Hah. Siapa nak bertanggungjawab? Pasti dia akan menyalahkan dia, dan dia akan menyalahkan dia.

Manusia...
Dan yang ketiga, jika seseorang memberitahu kita sesuatu dan kita tidak dengar atau ianya kurang jelas,mohon dia ulang sekali lagi. Lebih baik orang fikir kita pekak sekarang dari dilabel sebagai penukar cerita pada masa hadapan. :)

Semoga ini menjadi peringatan pada Qur dan juga para pembaca insyaAllah.
Assalamualaikum. :)