Perlahankan Langkah

Assalamualaikum wr.

Abang Qur bagi satu teka teki tempoh hari.

Kenapa siput babi gerak perlahan?

Jawapannya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lah,fikirlah dulu...hehe.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak dapat juga?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hmm,yelah.
Jawapannya : sebab dia sibuk fikir,"aku ni sebenarnya siput atau babi ye?"
heh.
Tak faham? Tak mengapa... :)

Jawapan tu membuat Qur terfikir...
Siput pun boleh slow down untuk fikir...
Tapi kita kekadang, kalau ada soalan, kita akan kelam kabut. Kepala semua berserabut.
Sampaikan ada yang dah penat sangat fikir, dia terus melupakan soalan tersebut.

Ini bukan peperiksaan sekolah yang mempunyai batas waktu.
Apa salahnya luangkan sedikit masa untuk berfikir...
Ah? Sibuk dengan hal lain?
Tak jadi masalah... Ambil kertas, ambil pensel (atau pena) dan tuliskan soalan itu.
InsyaAllah kalau ada waktu kosong,fikirlah lagi.

Allah telah memberikan kita sebuah akal yang berfungsi untuk berfikir.
Mengapa rakyat muslim kita semakin mengundur?
Sebab kita tidak berfikir. Kalau berfikir pun, hanya tentang hal-hal duniawi..hal yang tidak penting...

"Mak masak apa hari ni eh..."
"Hmm..nak pakai baju apa eh hari ni..."
"Eh,dia senyum lah..ntah-ntah dia syok kat aku kot..." (-__-")
"Nak pergi shopping ke,nak pergi konsert eh..."
*sambil tengok cermin* "baju ni nampak gemuk tak?"

Kan?
Terutama sekali soalan yang pertama tu. Qur mengaku,Qur pun sama. :D
Tokoh-tokoh muslim waktu dahulu semuanya berjaya kerana mereka berfikir.
Ibnu Khaldun, Al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, At-Tabrani ... (ramai lagi. Cuba cari sendiri.BERFIKIR! heh)

Kita pula hanya mendengar dan mengakur. Memanglah dalam ayat Quran telah dinyatakan supaya kita mendengar dan menta'ati... Tapi kita juga disuruh untuk berfikir.

Kadangkala kita tidak mahu mencuba pun untuk berfikir.
Contohnya, semasa bermain teka-teki. Seringkali kita ingin tahu jawapannya tanpa berfikir.
"Tak boleh nak fikir lah..." adalah alasan yang sering diberi.
Namun adakah kita benar-benar tidak boleh berfikir?Atau kita tidak mahu mencuba?

Akal telah dikurniakan namun kita tidak menggunakannya.
Jika Allah tiba-tiba mengambil kembali kurniaan ini,bagaimana?
Hah.

Maka oleh itu, marilah sama-sama kita berfikir.
Jadilah hambaNya yang berguna.
InsyaAllah, dengan berfikir perkara-perkara yang berguna, ia akan memanfaatkan kita semua di dunia ini dan juga di akhirat kelak insyaAllah.

Peringatan ini adalah untuk diri Qur yang malas untuk berfikir dan juga kepada sesiapa yang telah membaca enrty yang panjang berjela ni.
Semoga memanfaatkan.


Assalamualaikum.




BERFIKIR! :D

1 comment