Malu Bertempat

Assalamualaikum wr.

Malu itu sebahagian daripada Iman.
Tetapi dari mafhum hadith, kita boleh memahami bahawa ada terdapat 2 jenis malu.

Pertama,perasaan malu yang berkaitan dengan iman iaitu malu untuk membuat perkara-perkara munkar..segala apa yang Allah benci. Atau boleh kita namakannya, malu bertempat.

Kedua, malu tersipu-sipu...Malu yang ini boleh dikatakan malu tak bertempat.
Contoh, malu ketika menuntut ilmu, malu dalam menyatakan perkara-perkara yang benar, dan sebagainya.

Qur ada satu peristiwa (chey,peristiwa... hehe) yang ingin Qur kongsi bersama..tak ada niat untuk mengumpat..harapan Qur adalah semoga peristiwa ini menjadi pengajaran pada kita insyaAllah...

Sebelum Qur mulakan cerita, meh Qur khabarkan sedikit tentang kampus Qur ni..
Untuk blok muslimah, pagar pintu masuk kami akan ditutup pada jam 10malam.
Kalau pulang lewat, pagar akan dikunci dan kami harus ke pondok pak guard untuk minta tolong bukakkan pagar.

Blok Qur pula,terletak bersebelahan dengan blok muslimin. Pondok guard pula, terletak di hujung blok muslimin. Jadi, jika Qur hendak ke sana, Qur terpaksa melalui satu jalan yang panjang...jauh berbatu... (melebih-lebih pula Qur ni.hehe) dan merentasi sederetan kaum muslimin. (kalau ada yang lepak-lepak dekat bawah tu. Di bawah blok kami ada beberapa buah kedai makan.lelaki suka lepak dan makan waktu malam.huhu)

Ah, jadi ceritanya begini...
Malam tempoh hari, Qur pergi ke satu talk di dewan masjid yang berdekatan dengan kampus Qur. Talk tu habis lebih kurang jam 11+ malam. Pagar konfem dah terkunci.

Di blok Qur,tak ramai yang pergi ke talk tu... ada kawan dorm 2 orang tapi mereka pulang lewat sedikit. Atas sebab letih yang teramat sangat, Qur pulang sendirian (jangan risau mak..hehe). Tiba di hadapan pagar blok, Qur terlihat 2 orang muslimah yang nampaknya seperti menunggu pak guard. Qur cam muka mereka. Satu blok dengan Qur tapi lain bilik.

Bila dah dekat, Qur bertanya: Dah panggil pak guard ke?
Muslimah 1: belum lagi...
Muslimah 2: *sedang call nombor pak guard.tapi pak guard tu dah dekat rumah.huhu*

Sungguh Qur dah penat.
Qur: Kenapa tak panggil pak guard?
Muslimah 1: Malu lah. Ramai lelaki.

Maka kita duduk di situ buat seketika. Diam membisu. (macamlah dengan diam macam tu pagar tu boleh terbuka sendiri.-__-)

Lalu Qur pun berdiri dengan niat hendak ke pondok guard.
Qur: Jagakan sekejap boleh? *hulurkan buku nota pada mereka*
Muslimah 2: Nak pergi panggil pak guard ke?
Qur: Ha ah.
Muslimah 1: Sorang je?
Qur: Ha ah. Nak teman ke? (sungguh Qur harap salah sorang akan teman Qur.)

*kedua2nya saling berpandangan*


Muslimah 2:
Tak kot.hehe
Qur: Ok...

Lalu Qur jalan tanpa memandang kanan kiri ke pondok guard, minta bukakkan pagar.
Syukurlah mata kurang nampak.heh.

Maka itulah ceritanya.
Bayangkan... Kalau semua tak nak berganjak, sampai bila nak tunggu pintu pagar tu buka?
Malu, malulah juga...tapi malu haruslah bertempat.
Sedih kecewa tak terkata. (chewah.hehe..)

Bukan untuk memburukkan nama mereka,(tak ada nama pun.heh) atau untuk meraih simpati..Niat Qur hanya semoga cerita/peristiwa ini jadi pengajaran untuk semua insyaAllah.

Assalamualaikum.

5 comments

  1. Salam.

    Err..maaf Qur,sbb x dpt tman Qur pulang mlm tu..'^_^

    Apa2 pn,tabik spring la kat Qur cz mmberanikn diri pergi kt post guard sorg diri..=)

    Moga Allah mmberkatimu shbtku..

    ReplyDelete
  2. Aiyak.. Ada jugak macam tu ye..

    Rasa-rasanya alasan yang sama la dipakai bebudak lelaki untuk tak pergi berjemaah kat masjid. Masjid kat mengadap blok pompuan. Nanti kang malu plak budak pompuan tengok gi masjid. Hehe

    ReplyDelete
  3. Aishah: eh,tak kisahlah..bkn salah aishah.hehe.. beranikan diri demi tilam yg memanggil di atas. :P
    Amin...

    ambsmart: malu utk sembahyang jemaah di masjid sbb perempuan nmpk? mcm kurang munasabah pula alasan tu.. hmm.. lebih malu pd manusia dr malu pd Allah?

    ReplyDelete
  4. Memang la kurang munasabah. Alasan kan?

    ReplyDelete
  5. Tulah..sungguh tak masuk akal.knp blh jadi mcm ni ye?

    ReplyDelete