Sebagai hawa...

gambar sekadar hiasan sahaja

Sebagai hawa, ku keliru.
Ku disuruh untuk menjaga pandangan mata,
Namun ku dikatakan seorang yang sombong kerana tidak memandang.

Sebagai hawa, ku keliru.
Ku disuruh menghiasi diriku dengan sifat malu,
Namun ku dikatakan 'perasan bagus' kerana tidak melayan mereka.

Sebagai hawa, ku keliru.
Ku disuruh untuk menjaga pergaulanku,
Namun ku dikatakan sebagai seorang yang anti-sosial dan memilih kawan.

Sebagai hawa, ku keliru.
Mengapa ku disuruh untuk menjadi wanita solehah,
Namun kaum2 Adam kurang yang membantu.

Sebagai hawa, ku keliru.
Yang diingini kaum Adam adalah mutiara di dasar lautan,
Namun apakah yang mereka lakukan untuk menjaganya?

Sebagai hawa, ku keliru.
Mawar berduri menjadi pilihan hidup,
Namun mengapa bunga melur tetap menjadi tarikan pada si kumbang?

Sebagai hawa, ku keliru...


"wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah."

2 comments

  1. salam Qurcya=)) hehe.. hmm like ur post =) ya..tapi lelaki tetap mahu wanita yang mahal untuk dijadikan isterinya..so im proud to be a hijabi..haha

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum salaam wr. :D
    Alhamdulillah.. dia nak yang mahal untuk dijadikan isteri tapi sebelum berkahwin..hmm..

    Yep,am proud to be a hijabi too hamdanlillah! :)

    ReplyDelete