Tegurlah...

Assalaamu'alaikum wr wb.

Teguran.
Kadangkala teguran terasa pedas.
Kadangkala ia terasa lembut.

Ada masa ia terasa perit.
Ada masa ia terasa menenangkan.

Terkadang ia menitiskan air mata kemarahan.
Terkadang ia menitiskan air mata keinsafan.

Teguran.

Siti: Nura, pergilah tegur Esah tu... perbuatannya tu tidak elok...
Nura: Ah, kenapa saya pula? Awaklah tegur dia.
Siti: Ish, tak mahulah...nanti dia kata "awak pun apa kurangnya.". Awak lah tegur Nura..awak kan budak baik...

Pernahkah kita terdengar perbualan sedemikian?
Atau mungkin kita sendiri pernah mengungkapkan kata-kata ini.
Terus terang, Qur pernah.

Kini, Qur terfikir: mengapa?
Jika benar mangsa teguran itu berkata "awak pun sama" atau "awak pun bukannya baik sangat", bukankah itu baik untuk kita juga?

Dengan kata-kata sedemikian, kita boleh
bermuhasabah diri. Semuanya bermula dengan diri sendiri, kan? Muhasabah,sedar,insaf,ubah dan istiqamah dengan amalan yang baik.

Siti: Saya takut nak tegur dia bercouple. Saya takut nanti saya pula yang bercouple lepas ni.

Munasabah?
Kita takut menegur sebab kita takut kita sendiri buat salah. Bermakna, kita tidak berani untuk merubah diri sendiri. Bererti kita sendiri masih lemah. Maka mengapa tidak mengambil peluang 'takut nanti saya pula' ini sebagai satu faktor motivasi diri untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara munkar?

Dah tegur orang salah, kita sendiri tak berani nak tegur diri sendiri.
Mengapa?

Janganlah takut untuk berubah. Berubah ke arah kebaikan adalah baik.
Pasti banyak ujiannya namun itulah lumrahnya kerana natijah di akhirat nanti tak ternilai harganya.

Dan jika menegur, janganlah harapkan apa-apa kecuali keredhaanNya.
Janganlah bangga dengan teguran kita kerana iman kita belum tentu kuat selama-lamanya...
Natijah teguran pula adalah ketentuanNya.
Yang penting, kita telah berusaha dan menjalankan amanah sebagai saudara seislam.

Maka tegurlah andai antara kita yang tersilap.
Kita tak akan rugi apa-apa pun. Percayalah.
Sebaliknya, kita akan untung di dunia dan di akhirat insyaAllah.

Jadi, kalau terlihat Qur buat salah atau apa-apa pun perkara yang tidak elok, tegurlah.
Jika ada silap,harap betulkan. Tegurlah saya.

:)

Peringatan untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yang membaca insyaAllah...
Assalaamu'alaikum.

3 comments

  1. Tak semestinya nak tegur kena lembut kan. Hikmah tu bukannya lembut. Ada orang bila kita cakap elok-elok, dia boleh terima. Tapi tak semua.

    Ada masa kena lebih tegas. Mungkin sedikit 'kasar'. Tengok kepada keadaan la. Ada ruang untuk tegur dengan tangan, utamakan tangan. Janganlah awal-awal lagi setakat benci di hati saja.

    Teringat kata TGNA, ada masa pemerintah buat salah. Jadi rakyat ada kuasa menegur dengan tangan. (Tangan yang dimaksudkan adalah undi ye, bukan senjata).

    Cuma dialog di atas tu ada jugak benarnya. Nak menegur orang pun, jangan sekadar melepas syarat je. Biasanya orang yang ditegur lebih mudah nak terima nasihat daripada orang yang dia hormat.

    Macamlah kita nampak seorang pakcik umur dalam linkungan 40-an duduk rilek menonton cerita Hindustan di kala orang lain duduk di masjid menunaikan Solat Jumaat. Agak-agak senang ke nak tegur pakcik tu suruh sembahyang?

    Jadi kena cari orang yang lebih dia hormat. Macam kakak dia ke, Imam masjid ke..

    Ops, dah terlebih panjang pulak komen. Cukup jadi satu entri. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Salaam.

    Jazaakallah atas comment ni.
    Betul juga..tegur tak semestinya dengan lembut. tengok keadaan...

    Tapi,awal2 tu,takkan nak terus bertegas? hmm...

    Nanti saya edit sedikit post ni insyaAllah. :)
    Jazaakallah khairan.

    ReplyDelete
  3. Erk, tak perlulah edit. Ok dah tu..

    Kalau fikir balik pun, takkan nak terus 'kasar' kan. Mesti ada step-step dia. Dimulakan dengan yang paling lembut dan tak menyakitkan hati dulu. Kalau dah jenis tak makan saman jugak, barulah pergi ke peringkat seterusnya.

    Apa pun, kena tengok keadaan la. Sebab saya lelaki, mungkin takde hal sangat kalau 'sound direct' je. Orang perempuan tak sama, mudah terasa. kecik hati.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete